Thursday, April 28, 2011

budaya sindir-menyindir


haha terhibur... thanx rina sebab share.. patutlaa rina lately suke buat tangan di dada mata ke atas hahahaha, kesan dari cite ni rupenye ;p




hai uols



hai uols.. pekaba? nak borak2 kosong ni je.. yang sudi baca aku merapu, meh la.

hari ni for lunch aku tapau bubur nasi je, bole?? sakit gusi la uols.. nape tah, jap gi baru nak cek..
naseb baik feveret aku si bubur nasi tu, hehe.

semalam balik rumah gombak, puas hati aku makan 2 mangkuk penuh laksa terengganu...
drooling
sekali hirup kuah dah tau ikan tu x la lama sangat, ok cun...
tapi cube bayangkan kalau ma masak laksa guna ikan yang betul betulllllllllllllllll baru keluar dari laut... perghhhh konfemmmmmm 5 mangkuk aku.. pastu kene jentik ngan bb dalam perut "omma makan byk sangat!"
hee hee

lepas tu dalam peti sejuk ada pulak 1 bekas buah rambutan yang ma dah kupas, tinggal makan isi je... ooooooooo m g!!! heaven heaven! aku suke sangat rambutannnnnnn.. ma kata dah tiba musim dia ni.. aku pun duk makan laa semalam.. hampir nak habes 1 bekas... betapa manisnye dan sedapnye.. yelah ni rambutan kulit kuning tau uols, manis butut.


ayah cakap "makan laa makan laa makan lagi.. esok tapau lagi ke ofis" hee hee

ma pula cakap "sudah sudahla tu... sakit perut karang... tinggal separuh, sambung makan besok.."

ok, dah nak habes aku makan malam td, tinggal 5 bijik jek skg dalam bekas. motip 5 bijik hee hee



pagi semalam kuku sampai Kuching. xlama kemudian dalam tengahari die sms kata kat airport nak ke Miri pula.

pagi tadi mms gambar kapal terbang kecik, katanya tgh dalam flight nak ke Bintulu pula.

dah sampai Bintulu dah, kejap lagi dia akan naik flight ke Sibu pulak.

aku yang dengar ni tetibe nak rasa jetlag bole?? *xde kene mengena ek?
turun flight naik flight turun flight naik flight, sakit kepala nanti yang oii..

adoii demi tugas... huk2

cube bayangkan kalau aku jadi ikut kuku ke sarawak..

..
..
..
..
.
.
.
.

ok, xyah bayangkan. mabuk langit kot. terus uweek uweekk kat tingkap kapal terbang kot
hee hee



hari ni aku teringin makan bihun sup bawah rumah pulak. yeyy sedapnyee..
mangsa suka makan betul aku ni. hihi

ok lah. daa, nak lunch makan bubur nasi..
lepas tu nak solat dan gosok gigi.. perlu ni gosok gigi sebelum check gusi jap lg.. hehe


dadada (^^.)/








perkataan pertama


perkataan pertama yang keluar dari mulut ayah apabila ayah nampak kelibat aku masa baru sampai rumah gombak, masa tu nak salam ayah, aku senyum2 riang...


"SUDAH GOMOKKK"


*muke terus berubah

crying crying


note : x agak2 tau ayah aku ni tegur
hee hee


Wednesday, April 27, 2011

roh


mak cakap..

"diana dah 3 bulan kan? nanti bila 4 bulan, roh bayi akan masuk.. diana banyakkan amalan solat sunat taubat.."


tentang roh ni, sebelum tu aku ada baca gak dalam buku ibu hamil yang aku beli.. meh aku quote dari Buku tulisan Fatimah Hj. Omar.

"Proses Kejadian Nuthfah (air mani) menjadi 'alaqah berlangsung selama 40 hari, dari alaqah menjadi segumpal daging (mudhghah) berlangsung selama 40 hari, sedang proses nuthfah sebagai kejadian pertama juga selama 40 hari. Kemudian setelah janin itu berumur 120 hari Allah tiupkan roh, menetapkan rezeki amal dan ajal, apakah kelak hidup bahagia atau sengsara....."



kandungan aku dah berusia 3 bulan dah, memang xlama lagi nak masuk 4 bulan..
makin besar perut ni makin kuat perasaan aku terhadap anak ini.. perasaan yang tak boleh di'describe dengan kata2...

aku rasa sangat rapat dengan anak ini.. ye lah kemana2 pun gendong die kan.. tidur pun sama2..

anakku.. ibu dan ayah sangat sayangmu nak~~~~~~~~..


kalau aku ada rasa x puas hati dengan orang atau x berkenan apa2 watak dalam tv pun, aku cube untuk tidak monolog dalam hati dengan kata2 yang tidak elok/tidak puas hati.. Astaghfirullahalazim... sebab semua kata2 yang aku monolog dengan hati, walaupun tiada siapa dengar tapi aku rasa seperti anak aku bole dengar... aku xnak aku xnak.. aku nak die bersih dari segala fikiran tidak baik...

huhuuuuuuuuuuuuuuu T_T




note : cuaca hujan2 sejuk ni memang rasa touching siket.. pu~.. nway hari ni aku datang kerja dengan bawak beg besar yg kosong... kuku hari ni die kene outstesen kat sarawak selama 3 hari T_T... padahal dia baru balik dari kelantan tu huhu... plan nak itutttt tapiii alahaii tengah banyak keje la pulak, plus tengah jimat cuti ni untuk sesuatu yang besar nanti..

petang ni aku akan balik gombak.. request kat ma nak makan laksa tengganu... hehe balik rumah ma, memang suke request macam2,... klu x request pun mesti ma masak special untuk anak dara ke? die sorang ni hehe.. lepas tu nanti bile balik semula ke putrajaya ma suke bagi barang2 dapur atau sabun mandi .. kalau x bagi pun, aku yang amik, hahaha macam halia, cili padi, sume tu malas nak beli sendiri sebab beli pun kuantiti siket jek tuk 2 orang.. heeheee







mata



semalam datang keje.. lepas tu dapat dialog2 macam ni

"dd kenapa mata kau?"

"dd kenapa mata merah sebelah?"

"dd.. mata tu.."

"dd kenapa mata kecik sebelah?"

dan ada dialog ulangan lah...


last2 petang semalam aku pergi klinik, xmo lah mata kecik sebelah kan, lagipun memang mata sentiasa rasa nak ditenyeh2 jeeee, bahaya tu klu asik tenyeh, aku nak ubat hee hee kang nanti klu dibiarkan orang ingat aku sakit mata lak heeehee xpun org ingat aku nanges sebelah, bole? ;p


kenapa mata aku jadi begitu??? kesahnyee...


pada malam semalam punye semalam punye semalam..

aku nak tido dah pun.. dah kul 12 lebih dah masa tu... sekali "alamak... ada samting masuk mata lak"... aku pun usehe laa untuk keluarkan dia... x berjaya, aku pun masuk toilet.. usehe usehe.. last2 dah nampak laa 1 titik hitam kat mata putih.. aku pun touch laa mata putih dan amik mende hitam tu.. fuhhh~~

tersengih2 kat kuku kata dah berjaya... kitorang yang lege ni pun tidoo laa...tibe2 aku terkebil2 lagi sebab rasa macam ada lagi samting kat mata ni.. arghhhhh kenapa ada lagii??????
nak kejut kuku suruh keluarkan sekali tengok die dah toing2 nyenyakkk~ terus xsampai hati nak kejut..


aku pun main2 la mata nak kasi kuarkan mende alah tu... roll mata sana roll mata sini.. masuk toilet tgk cermin still xnampak mende nyee... baring balik, roll mata sana roll sini.. dan last2 aku yang kepenatan.. tertidur, bole?? tertidur dengan ada samting dalam mata.. heehee


sok bangun....

hah selamat lah kau! mata dah macam apa dah..
kui kui


doktor kata ada infection siket lah kesan daripada peristiwa itu, sbb tu mata merah.. dah guna ubat titis da, hari ni macam kurang siket..

tapi yang kelakanya, aku datang keje hari ni, si A yang tegur mata aku semalam tetibe hari ni mata dia lak merah sebelah cam aku.. dan kesah dia sama macam aku, tertidur dengan tak sempat keluarkan "something" dalam mata...

haha motip something tu kacau mata si A pula? ;p

kelakanye~
ada 2 insan mata merah sebelah hari ni kat ofis rolling on the floor

moral valuenyee, korang sila keluarkan sampai berjaya dulu ye kalau ada sesuatu masuk dalam mata, sebelum tidur.. heehee





Tuesday, April 26, 2011

gas



gas dah habes. x leh masak. bole masak tapi gune cooker lektrik la. tapi x feel laa~

malam tadi kitorang sepasang suami isteri keluar bawak tong gas cari gas baru.. mula2 pergi kedai runcit *kedai runcit laa sangat, stor lagi besar kot heheheeeheh kat bawah blok2 kitorang, tapi sampai2, dikatanye gas abes... pastu pergi ke kedai kuartes lain dekat2 picc, haa baru ada...

kuku buat senaman free ye malam tadi angkut gas dari bawah ke atas.. hehee dah laa rumah aku rumah paling hujung.. *nak beli troli tapi sampai skarang x beli2 lagi ;p


nway, alang2, nak tanye kepada sume warga putrajaya.. korang beli gas kat mana?? maksud saya, ada x yang hantar gas ke rumahh area putrajaya (presint 5) ni?? hari tu nampak kertas iklan tapi buat dek jek. huk



note : so far kawen, kuku xpernah kuar sorang2 lagi.. mesti ada percuma aku itut bontot die jugak, heeheeeeeheee





jumpe super woman



hari ahad hari tu aku dan geng puteri 7 ke Sungkai untuk bertemu dengan Super Woman..

iaitu..

ateh!!!!

hehe hebat x ateh leh pangku dua bb sekaligus. rezeki dapat twin^^

ateh letak adik, adik tidur, kakak bangun nanges..

lepas tu ateh tidurkan kakak, adik pula bangun nanges.

persoalannye bilakah ateh tidur??


kagum lah ateh.. tapi hari tu memang nampak dia penat.. huhu.. tapi penat2 gembira kan ^^



aina ke aira ye?
ooo aina kot, sebab tengah diam.. hehe aina ni adik, kalau aira kakak, tapi kakak aktif siket.


ibu ja

hek hek


adam sayang adik tapi mengekspressikan sayang dengan caranya tersendirrvvriii hee hee



kaum bapak2.

alah last2, mai jugak ke tempat baby2 ni. haha mana tahan tengok baby kan ;p



lepak dari umah ateh dari kul 11 lebih sampailah ke petang.
family ateh sediakan lunch lauk kari ayam, nikmat makan ramai2. siap ada mangga potong lagi tu uhhhh

pastu kitorang basuh pinggan beramai2 hee hee sungguh teringat memori zaman bujang dulu kitorang lepak kat umah ateh ni. heeeheee



petang tu sebelum pulang ke KL kitorang berehat2 di Hotspring Sungai Klah.
yang bawak baju extra tu mandi laa. aku xbawak hehe.


dari kiri - si bulat, ja yang asyik buat aku terhibur je, hana yang pakai tudung stylo dan prince charming hana.


gamba prince charming dd pulak hee hee


kalau tere carilah mana shah dan adam. haha

nak suruh korang carik biku dan hosmetnye macam kejam pulak , sebab diorang ada je.... disebalik gelongsor yang dorang x turun2-haha-konfius-aku



last but not least, seronoknyeeeeeeeeeeeeeeee hari tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!
asyik rasa nak gelak jek heeeheeeeeee
spend masa yang berkualiti betul!

daa~







Friday, April 22, 2011

singgit jek



ja kata lukisan yang dia lukis ni berharga singgit



hoho



kepala ku nak pecah dah ni akibat banyak sangat kerja dan menatap kertas2 dan komputer dari tadi.. sedar2 ofis dah sunyi dahh, maklumlahh waktu rehat hari jumaat..

ada orang lagi x ek?? malas pulak nak angkat kepala menjenguk.. wewe pun xde ni, dia pergi kajang.. eh, baru dengar suara kak M.. ok ada orang rupenye di ofis ni..


bukak blog gosip jap... scroll scroll... pause... eh anak artis xxx kena buli?? macam kenal je nama sekolah itu hee hee ohoo no comment hee hee


Thursday, April 21, 2011

kerja






hari ni nak cakap pasal kerja pulak.. hehe..

xde pe pun sebenanye, saje je nak cecite cecite



aku tengah dalam proses develop satu sistem yang agak besar jugak la,,lama jugak aku menatap fasa rekabentuk untuk pstikan design dan flow tu betul sebelum bangunkan sistem tu.. so aku punye flow chart dan rajah2 lain selalu lah kene conteng dengan bos sebab x ok kan.. hehe..

dah kene conteng, aku buat lagi.. tapi bos aku ok tau, die bukan conteng sebarangan, dia betulkan laaaa... kire xde laa biar aku terkapai2 x reti buat kan.. heheeee.. tapi die akan duk sebelah dan
tunjuk flow yang betul, bla bla.. eh aku kipas bos ke? kosser... bos pun xbaca blog aku okeh! cume bila mende2 cam ni aku memang hargai sangatlah kalau orang tu nak keje kite siap tapi at the same time dia takkan tinggal kite terkontang2 x reti.. yang ni aku respek lahh..



so gambar kat bawah ni gamba flow chart aku yang dah berapa kali aku buat, conteng, ubah,conteng ubah.. hehe nampak merah2 tu? ;p struggel ok. kadang2 bawah balik rumah lagi, kuku selalu laa nampak flow chart aku ni.



ok gambar kedua ni pulak aku baru tunjuk petang tadi.. and yeyyyy.. bos cakap "haaa kan dah pandai ni"

hee hee

aku kan tak boleh dipuji
hee hee pang~


tapi memang rasa seronok sangat sebab dah xpayah alter dah.. betul dah.. huhuhuuu





semalam petang aku tanye kak H satu soalan koding tu... sebab aku ada idea camne nak solve kan mende tu tapi idea aku memerlukan pengaturcaraan yang panjang laa, kalau boleh nak pengaturcaraan yang pendek dan efisyen je, xyah ulang2..

dalam pukul 5:30 macam tu pergi ke
partition kak H... dan tiba2 kak H pun macam sangkut masa nak solvekan koding aku tu... aku pun cakapla "oo xpela kak xpe2"....

tapi.. kak H
tetap nak berusehe!!... kak H mulelah buat aturcara sendiri bla bla.....

aku? dah sampai blur2 dah.. hehe kak H dah suruh aku balik
partition sendiri tapi aku xnak.. last2 aku sambar kain yang kak H sedang jahit terletak atas meja.. *kak H akan jahit baju sementara tunggu husband sampai.. terus aku sambung jahit sampai abes sambil2 ushar kak H tulis program
hee hee


siapp!! kak H sangat terkejuttttttttt tengok baju dia dah siap dan x sangka aku boleh menjahit.. "laaa kan mak saya tukang jahit, saya tahu siket2 lah hehe"..


pastu kak H suruh nex time aku tanya soalan banyak2 lagi supaya bila dia jawab soalan aku bole isi masa dengan jahitkan baju dia.. haha bole?? bole jeeeeee heheheehehheee



sampailaa suami kak H dah sampai, koding tu masih sangkut.. aku pun balik lahhh.. tengah2 drive dapat call dari kak H "dd!!! akak dalam keta ni, dah dapat idea!!!! sok pagi akak buat eh!"


aduhh terharunyeeeeeeeeeee T_T


pagi tadi ada seminar keselamatan.. so aku xde kat ofis.. tetibe dapat sms dari kak H "dd!!!!! akak dah berjaya.. seronoknyeeee"


kak H kan tengah banyak keje T_T terharunye akak chaiyuk untuk saya punye dulu, xbuat keje akak dulu T_T


bile aku balik seminar, duduk kat kerusi ofis, buka2 ada emel kak H emelkan koding tu pada sume orang. itu namanya perkongsian ilmu ye..

hehehehee

pastu ada emel kedua, dari si F.. dia modify koding kak H tu supaya lebih simpel... aku terus rasa macam "wahh!! hebatt!! xpernah terfikir pun cara2 yang diorang buat ni!"


xlama kemudian, ada emel ketiga pula dari si E.. die bg cara lagiiiiii simpell.. die modify laa koding tu..


huwaaaaaaaaaa terharunyeeeeeeeeee perjalanan ku dipermudahkan
crying


Alhamdulillah, developer developer kat sini memang sangat membantu..

wuuuu... terima kasih...


rasa gembira pula kerja hari ini :)


yehh



soya bean

homemade soya bean jenama kuku.


malam tadi tengok kuku buat air soya. yeke aku tengok? ;p

begitu rupanya cara membuat.


uhhhhhhhh segarrrrrrrrrrrrrrrr~~~




Wednesday, April 20, 2011

adoooiiiiiiiiiiiiiii


adoooooiiiiiiii~~ (sila baca adoi dengan nada zizan adoiiii masa helmet jatuh atas kaki dia ;p )



tadi pergi tempat kak Z, nak tanya2 pasal kerja.... biasalah nak tanya siket jek, so berdiri je lah kat meja, kosser nak duduk2... nak tanya laju2 jek... tapi sekaliii terdiskusi lamaaa pulakk (dalam 5 minit jek pun sebenanye) .... sebab dah melibatkan kak S untuk menjawab soalan.... dan tibe2 jantunggg rasa degup laju2, kaki rasa lemah2....

"aaa nak duduk nak dudukkk..." *bisikku dalam hati


bedebubbb terus terduduk kat kerusi yang ada di partition kak Z... lega siket, tapi jantung masih degup laju2... xtaulaaa kak Z dan kak S perasan x aku tetibe senyap dan terduduk.. hehe


tapi naseb baik paham gak apa yang diorang dok terangkan kat aku...


huhu
beginilah ye kawan2... bile pregnen, blood pressure memang akan rendah siket, doktor cakap hari tu, memang tekanan darah akan jadi camni sebab nak menampung kantung kite yang makin membesar...

sempat aku gugel sedikit tadi..



"Apabila usia kandungan meningkat, rahim akan membesar dan memberi tekanan kepada pembuluh darah vena kava inferior yang bertugas mengalirkan darah dari bahagian kaki kembali ke jantung. Kesan tekanan ini akan menghalang pengaliran darah semula ke jantung."
kredit sini



so far aku perasan aku memang x bole berdiri lama siket, nanti mula laah tetibe aku 'senyap'... hahaaaa....

semalam masa melawat baby kak Zai kat spital, aku jual mahal masa kak shikin pelawa suruh aku duduk.. masa kak Hasnah pelawa pun aku xnak, masa kak Zai sendiri suh aku duduk pun, aku jual mahal ok...


hmm yelah... mula2 aku biseng lah tanya kak Z2 itu ini dan tengok2 baby... tapi x lama kemudian, tetibe aku 'senyap'.... adalah maksudnyee tu
hee hee

terus aku terduduk atas lantai hokeyy........ bila nak duduk tu, lantai pun layann~~ ;p


begitulah hikayatnye.. mengenai apa yang aku perasan tentang badan sendiri...

hari tu masa pegi rumah ciare, ciare tegur "dd nampak cergas"... masa pergi rumah abang demo pun kak masa tegur "dd nampak sehat jek akak tengok"..


yelah memanglaah cergas dan sehat... tapi bilaaa part berdiri lama tu sama jekkk cam ibu2 hamil yang lain rasanya :) sebab tu aku perasan orang yang selalu offer aku duduk adalah ibu2 yang dah ada anak dan pernah mengandung. hehe diorang memahami :) hew hew


erm tapi kalau berjalan lama dan jauh ok pulak, x de masalah.. hehe cume jangan berdiri lama secara statik je laaa. hik2


hiyarkkkk!!!

-omma dd, ja yang lukis-







Tuesday, April 19, 2011

coret-coret selasa


"kenapa abang~ kenapa abang~"
"kau diam pe'ah~"


hee hee


"biar akuu~~ terangkannn dulluuuu~~
jangan kauuu tuduh melulu..
dia pembohonggg~
dia penipuuuuuuuuuuuuuuuuuu~
"


hee hee



"bukan sekali...
bukan dua kali..
tapi dah banyak kali..
terjadiiii~~~~~~~"


kelakanye sepah nyanyi hee hee



"buat tu.. buat ni.. itu yang kau bla blaa"

kelaka ok nabil nyanyi hee hee



adeiii kenapaa nii... lagu2 ni duk terngiang dalam otak aku la... oh noooo~~~!!



nak update secara point lagi hari ni. hehe


1) semalam kuku bawak balik kopok lekor tengganu yang sedap gilerr..... kopok tu siap vacuum seal lagi tauuuu... selamat!
memang puas lahhh makan kopok semalam.. 2 kali goreng... rangup diluar empuk di dalam.. hehehee.... puas sangattttttt!!!!!!!!!!!!!

makan dengan milo panas.. tapi masa ni milo xsiap lagi, hehe tengah jerang air..
sekarang kene kurangkan minum teh'o sebab perut asik angin jekkk lepas pregnen ni..



2) malam tadi dengan kuku duk layan youtube maharaja lawak dari minggu 1 hingga minggu 3.. tengok banyak kali pun xpe... sebabbb sangattt kelakaaaaa.... hahahaa..

part jozan aku memang banyak gelakkkkk..... tapi bukan masa dia buat lawak, tapi masa mamat khalid nak bagi comment...

minggu pertama, mamat khalid cakap "itu je yang korang boleh buat?"
pastu zizan dan johan terus ke sana ke sini amik barangg nak cover malu.. hahahahahaha kelakanyeee


minggu kedua, diorang takut kene comment... kelakaa giler johan dan zizan buat muke takut2, pastu asyik nak ngelat jek dengar comment.. siap "Assolatuwassalam Assolatuwassalam"..

saba je lah hee hee



3) tahukah kamu, perjalanan aku dari rumah ke tempat kerja setiap pagi perlu melalui 13 trefik light?? ah mencik.. dah laa dekat2 jaraknye... pastu hijaunye kejap2 jek pulak tu... pu~



4) kuarters yang kitorang duk sekarang ni memang dah ramai orang dah... pagi tadi aku dan kuku lewat sedikit dari biasa... so dari tingkat 13 nak turun lif kebawah.. cube bayangkan, tingkat 12 ting tongg~ ada orang nak masuk lif, tingkat 10 tingtong~ ada orang, tingkat 9 pun tingtong~~... dan seterusnyee hee hee hohoho bila kitorang nak sampai bawah ni hee hee


rolling on the floor




5) kitorang dah xde jiran rupenye. tengok kat pintu depan rumah kitorang die tulis "kuarters ini telah dikosongkan pada......"

lerrr xsempat nak kenal lebih lanjut jiran kitorang ;P cetttt dd, yolah tu.



6) last but not least... "adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~" *dengan gaya zizan adoiiii bile helmet terjatuh atas kaki dia rolling on the floor





Monday, April 18, 2011

kelaka la sepah.. adoi


aku adalah masih mood maharaja lawak okeh..

selama ni aku ingat aku minat jozan je.. tapi bile aku tengok maharaja lawak hari tu, jozan x bes la... telinga aku x terngiang2 pun dialog diorang.. cume yang aku pasti selepas tengok show dorang aku terus nak cari lagu yang zizan nyayi.. "ku tak peduli.. bila ku benar2 cinta.."

lagu TBK, bukannye aku takut.. hehe... itu jeee effectnye pada aku..


x sangka show yang aku suke malam tu adalah nabil dan kumpulan sepah.. giler kentang kelaka..

hari ni jek dah 3x aku duk ulang video sepah.. haha... sangat mengiburkan hati ni laaaaaaa... :'D kelakanyeeeee

note : dialog dibawah yang aku merahkan tu adalah yang duk terngiang2 kat telinga aku hari ni.. haha


lelaki : "sayang, hari ni kan hari jadi u kan"
perempuan: "ha'ah"
lelaki : "jadi i ada hadiah tau untuk u"
perempuan : "iyee? alalala sukenyeee"
lelaki : "alalala... tangan tangannn"
*shuib tu hulurkan tangan dengan gedik2

lelaki : "amboi miangnye nampak"
lelaki : "haaa ngam ngam yang.. x payah potong2 tangan buat sampel"
lelaki : "suke x suke x"
perempuan : "suke sangat sangat.. cantek laa ni"
lelaki : "cube teke batu apa tu cube teke"
perempuan : "ini? kalau tengok ini bukan batu biasa ni............ batu caves niii~~~"
rolling on the floor

.
.
.
.
.
.


lelaki : "eh kite makan laa.. i order nasi ok"
perempuan : "alaaaa janganlaa makan nasi~~"
lelaki : "abes tu?"
perempuan : "abang tau takk nasi tu boleh buat abang gemuk~"
lelaki : "yeke?"
perempuan : "ha ah.. macam member saya.. dia 6 bulan tak makan nasi, die diet, kurus sampai sekarang"
lelaki : "iyeke?"
perempuan : "iye"
lelaki : "x percayalah abang"
lelaki : "yang tu baru 6 bulan kan?"
perempuan : "ha ahh"
lelaki : "habes camane dengan gajah tu? bertahun2 x makan nasi.. gemuk jugak"
rolling on the floor


.
.
.
.
.



perempuan : "tak pun abang amalkan makan sandwich"
lelaki : "sandwich?"
perempuan : "a'a sehari 3 kali.. pagiiiiii sekali...... tengahariiiiiii sekali....... malammmmmm sekali"
lelaki : "haa ok ok.. tapi selepas makan ke sebelum makan?"
rolling on the floor
perempuan : "apa ni... abang ingat ubat ke apa?"




lepas tu part nyanyi2 lagu hotel california tu giler kentang kelaka... sampai lah lagu kedua... hak hak hakk.. adehh nah laa dengar sendiri bagi yang belum tengok ;P








coret-coret isnin



Salam sume... hari ni nak update laju2 je secara point2.. pastu nak buat kerja laju2... print laju2.. tunnjuk kat bos laju2.. ;P


- kuku outstation ke terengganu pula hari ni.. tapi balik hari hee hee comelnye pergi kul 8:40 pagi balik kul 4 petang hee hee bila aku balik keje nanti mesti dia dah terpacak dalam rumah dah main game hee hee macam xde kemana2 pula hee hee padahal dia dah berjalan sejauh 800 kilometer++ hari ni hee hee

hak hak....



- hari tu kuku pergi perlis, dia bawak balik toto, beli dekat.... entah ;p.. * comelnye membayangkan kuku bawak toto naik flight.. terus x ganas laughing

dan juga seluar yang seluar untuk ibu hamil ni letak perut.. haha motip kuku bole terfikir nak beli seluar ngandung dekat perlis? ;p muat dan ngam2 pulak tu ngan saiz perut aku dan ketinggianku.. hebat kuku hebat2!


erm ermm hari ni gi terengganu dia bawak balik apa ya ;P dah jadi macam anak2 lak aku ni eksaited menunggu ;P mintak2 dia bawak balik kopok lekor yg super sedapppp.... haishh duk fikir makanan jek aku ni sekarang ;P



- semalam teman lina pergi somewhere.. tp lina x bagi aku update bagitau kat blog lagi.. tensi aku ;P sebab dah amik gambar dah, hahaaa


- jumaat hari tu balik gombak... ma dan kuku bukak maharaja lawak.. sebelum ni aku xlayan sangat... macam tu macam tu je la.. sekali malam tu duk layan, kelakaaanyeeeeeeeeeee :'D nabil punye lawak paling lawak.. hahahaaaa yang lain2 pun kelakaa... sume pun kelaka laaahh sampai amir yang orang kata x bes pun aku rasa kelaka :'D bole??


- hari tu pergi checkup. Alhamdulillah Dr. kate sume ok. bile scan, baby lengkap, denyutan jantung ok. comelnyee tengok bb gerak2... dia angkat2 tangan.. heehee shumilnyee... "doktor, kenapa saya x rasa dia gerak pun dlam perut tp dalam mesin nampak die gerak?"

doktor jawab "sekarang memang x rasa lagi... nanti bulan ke 5 awk rasa laa" sambil senyum2 ;p



lepas tu masa balik ofis aku asik menatap jek gambar scan tu.. hehe nampak kepala, nampak badan, hidung, mata, tangan, kaki, sume2 la... memang dah rupe bayi.. Subhanallah... tapi awal2 lagi ni x rasa lagi nak upload kat blog.. later eh ;)

pastu masa doktor suh timbang berat, dan resultnye, omg!! aku naik 4 kg!! uhukk.... bb x berat mana pun... omma nye jee dah naik mendadak.. wuwuuuuu kembang dah aku rupenye...


- last friday petang2 tetibe dapat emel lukisan dari ja..


hahaaa suke ^_^ comel je ja bayangkan rupa aku ada perut. xpe bayangan macam ni xpe, ja jangan bayangkan rupe aku gemuk dah la ek. hak2

banyak lagi... ada gambar aku mengandung sedang melompat "yey" pun ada.. hak2..
ja, suke suke...

:D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...