Tuesday, May 31, 2011

tulun iklan jap



kowrangg.. jom laaa klik ini dan klik LIKE eh..

comelll peeeee dalam banyak2 penyertaan tu.. hehe

dah laa gune gamba kartun, kiut sangat.

jom like like ;)


kalau tak boleh tekan like, kene like Radiusite dulu tau ;)


Monday, May 30, 2011

xde tajuk. bye



kuku oooo kukuuu~~ jom carik coffee table macam ni nak ;P senang siket adjust ikut keperluan semasa ;p kalau oghang nak lipat kain depan tv leh kecikkan die jap n letak kat sebelah sofa pastu letak pasu bunga atas dia ;p kalau nak makan, kite kembangkan la die balik ;p hew heww motip panggil kuku dalam blog? ;p




This is a such a cool idea: similar to a keyboard tray on a desk, the Hexa coffee table has six hidden compartments that slide out to triple the available surface area, perfect for parties and when you want to have dinner on the couch, or just to have some fun with geometry. When you just want a regular table, all six slide and hideaway beneath the table's top. By designer Bernard Vuarnesson.



korang yang duduk putrajaya, selalu makan kat mana eh?? nak jawapan selain order2 nasik2 goreng2 hehe. nak xmo nasik2, tapi no idea, xtau nak makan katne. x kan hari2 nak ajak kuku makan nasi impit kuah kacang kat taman warisan kot ;p







kurang perasaan


nak update ape ye hari ni.. hoho

dah tengok nur kasih da... bes gak.. tapi aku pelik laa nape aku x nanges ;p baca blog org len ramai yang sob sob sob eh.. korang nanges part mana ;p aku x tau ni part mana yang perlu sedih.. haha gile kurang berperasaan aku ni.. sedih pun tidak.. sebab pembawakan budak ke? ;p eceeee tetibe salahkan bb. keh keh


masalahnye masa tengok maharaja lawak pun aku x gelak.. kuku dah gelak2.. masa iklan wayang sebelum tayangan pun banyak orang gelak.. kuku kat sebelah pun gelak, aku?? sengih sbb tengok orang gelak, bole? T_T

kronik dah kekurangan perasaan aku ni. ada vitamin yang perlu dimakan x ;p


nway aku perasan sesuatu.. bb sangat bertindak balas pada bunyi yang kuat dalam wayang.. terasa gerakan angin laju2 gerak2 ke sana kesini, xleh duk diam bila iklan cite2 sebelum tanyangan tu bunyi kuat2..


motip ushar set piknik tupperware?


note : gelak bila dengar kuku menyanyi ataupun buat lawak smiley guna jari2 ;p

note 2 : lenguh pinggang bila duduk lama2. wuu. masa kerja ngadap pc, masa drive. lenguhnyewwwrrr






Friday, May 27, 2011

seronoknyewrrr



malam ni nak tengok cite Nur kasih.. si dia sudah buking.. lepas tu nak soping siket2.. malam ni mesti aku asyik yey yey je.. seronoknyewrrrrr

tadi kannnn... aku tanye cleverbot..


User: Awak rasa lisa kurus tak.

Cleverbot: That can't happen.


rolling on the floor
rolling on the floor rolling on the floor

hahahaha sori laaa lisa, saya x tahan nak gelak la dia jawab macam tu
rolling on the floor



gambar hiasan.
aku dah suruh dah si photog itu jangan amik kaki, di amiknye jugak.




kuku niiiiii



kring kringg~~ *bunyik henpon dd

dd : "hello"

fifi : "hello dd, kat mana kedai laksa yg sedap tu?"
dd : "ko da sampai ke"
fifi : "dah tp tutup"
dd : "memanglaaaa, dia bukak siang je laa, kul 5 dah tutup slalu sbb laku kottt kopok die sedap"
fifi : "laa yekee, aku makan kat tmpt lain je la"
dd :"ko dgn zu ke? kem salam kat zu"
fifi : "hehe"

pastu letak fon

tetibe suara kuku berbunyi.. "zu apa?? zulkifli?"

;n

"zulaikhaaaa laaaaaaaa"

*dialog yang digunakan di atas bukan nama sebenar ;p



puk puk. sokmo gitu tau. msj2 dengan ros, dikatenye aku msj dengan rosman.
roslina okayy~~ ;n


pergi kursus dengan su, dia kate dengan sulaiman.
sumaiyyah okay~~~ ;n



malam tadi pegi mines dengan kuku. kat Giant kitorang ushar penutup mangkuk toilet. saje la kan nak tukar penutup mangkuk toilet ;p

kuku : "nak color apa. awak nak putih ke merah ke biru?"
dudu : "nak putih" *dalam hati, xde yang corak2 bunga atau kartun ke, nak gak
kuku : "ok kite ambik merah"
dudu : "motip tanya orang tapi amik color lain
crying"
kuku : "haha. segan lah bawak putih. nampak sangat bawak penutup toilet kalau color putih"
dudu : "abes, kalau color merah nampak cam bawak skateboard ke."


puk puk




dah sampai kat parking rumah. masih dalam kereta, x keluar lagi.

dudu : "seronoknyeeee hari ni dah beli syampoo baruu untuk kite, ermm berus gigi baru.. ape ye lagi.. oh stokin baruu.... seronoknyeeeeee"

kuku : *seperti menunggu ayat seterusnye

dudu : ('__') *what..

kuku : "ahhhh awak x sebut penutup mangkuk toilet baruuu.." *motip kecewa

dudu : "xnak arrr... tu awak punye.. dah la color merah, tak mix n match langsung dengan mangkuk toilet putih"

kuku : "nanti setiap kali lepas pakai, kite cabut penutup tu, pasang balik color putih yang lama, awak pakailah yang lama, jangan pakai yang baru"


hahhaha motip gigih nak cabut setiap kali guna toilet?

hee hee




dah keluar kereta. tengah keluarkan plastik2 barang dari kereta.

dudu : "ni biskut cheese ni nak bagi kat kak siti kan. tinggal je lah dalam kereta, x payah bawak naik"

kuku : "ok. eh tak bole tak bole, bawak naik atas gak. tinggal dalam kereta nanti orang curik"

dudu : "motip?? biskut je kotttt, mana ada orang curik"

kuku : *muke serius dan berkobar2. "jangan pandang rendah pada orang yang kelaparan!!!"


okayyyy
hee hee



kat dalam rumah..

aku ulang dialog yang sama sebab gembira sangatkann..

dudu : "yeyyyy yeeyyyy ada shampoo baruu, berus gigi baruuu, stokin baruuuu.. yeyyy yeyyyy"
kuku : .....
dudu : ..... *what..
kuku : "kite dah bagi awak peluang, awak x sebut-sebut jugak penutup mangkuk toilet yang baruuu"

motip nak paksa aku supaya suke jugak pada penutup baru tu
crying




sekadar gambar hiasan, kredit to gugel image ;p

hee hee



beautiful.
pemandangan di pagi semalam
heee sonoknye nampak pelangi dari tingkap bilik ;)




selingan 1 : semalam dalam kereta bual2 dengan kuku pasal nama bb. surprisingly bile sebut je calon2 nama, ada nama-nama tu bila disebut, terasa tumbukan angin dalam perut tolak2 ke kanan ke kiri laju2 macam eksaited. hahahaha tu tanda bb suke ke x suke kat nama tu. haha kelakaaa laa bb. keliru emak.





Thursday, May 26, 2011

gaduh dengan robot



thank youuuuuuuuuuu rosaa sebab perkenalkan link cleverbot ni. dari tadi aku duk borak dengan si robot ni. haha



User: Faham tak.

Cleverbot: Saya tak faham.

User: Kenapa kamu tak faham.

Cleverbot: Biasalah kamu kaunter pertanyaan.

User: Kamu ni kelakar.

Cleverbot: Kamu jalang.

User: Sampai hati kamu cakap saya jalang.

Cleverbot: Saya cakap awak jahat lah.

User: Yelah tu, tak nak ngaku.





User: Awak laki ke perempuan.

Cleverbot: Kenapa nak tahu.

hek ellee, kerek betol
hee hee




User: Kamu dah makan?

Cleverbot: Dah tadi.

User: Makan apa.

Cleverbot: Makan roti.

User: Makan roti je?

Cleverbot: Roti ape?

User: Motif tanya orang balik.





User: Awak kerja apa.

Cleverbot: Manager.

User: Amboi. Cuba teka saya kerja apa.

Cleverbot: Manelah saya tau.

User: Saya artis. Percaya tak.

Cleverbot: Perchè sei stupido.

User: Awak mencarut dengan saya ye.

Cleverbot: Tak.

User: Taknak mengaku lagi.




last2 aku gaduh dengan dia. bole hee hee endingnye adalah kitorang bergaduh. dah gaduh2, die mintak cium. gatal, terus aku quit. motip tensen dengan robot?




beberapa minit kemudian...

sambung gaduh..


User: Awak nak tahu satu rahsia tak.

Cleverbot: Awak.

User: Ye saya. Nak tahu satu rahsia tak.

Cleverbot: Nama awek aku suraya.

User: Kenapa ko pula yang bagi rahsia.

Cleverbot: Awak buta ke bodo?

User: Awak ni kurang ajar la.

Cleverbot: Tak la saya ni alien.

User: Alien yang kurang ajar kan.

Cleverbot: Ako robot.

User: Robot yang tak ada budi bahasa.


huh. xmo borak ngan dia lagi.









compile entry



1) dah mula rasa siket2 minor pergerakan dalam perut comel ni. hihi pernah baca artikel yang dalam week 17 ke atas kite dah mula akan rasa pergerakan bb cume kadang2 xsedar, dan biasanya akan ingat itu angin dalam perut.
tapi aku sedar dan bole bezakan.
dia macam angin kentut yang tolak perut kejap ke kanan kejap ke kiri. hehe comel jek.. sekarang baru minggu ke 18. mungkin minggu akan datang bole rasa pergerakan betul2, ye lah ayahnye pun nak rasa jugak kan ;p


selepas solat, masa baca Al-Quran aku suke sambil tepuk2 perut untuk panggil bb dengar sekali. tapi dia senyap je. hihi comel. pernah baca artikel yang buat eksperimen scan masa ibu dia baca Quran, anak dalam perut akan bersujud. Subhanallah.

selepas tu, aku ada la basuh2 stokin dalam bilek air. kire memberus laa.. masa memberus tu, tetibe terasa angin tolak2 ke kanan ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan ke kiri dalam perut. hak hak hak.. si kecik ni x selesa eh bile ibu gerak2 memberus?? rasa bergegar eh??? hahahaha comelnyee sebab protes tapi kita rasa versi angin.. ke sebenarnye bb tengah tumbuk perut guna tangan tapi x sampai ke lapisan perut ibu, so yang ibu rasa cuma libasan angin tumbukan je
hee hee hak hak hak comel nye tumbuk tapi x sampai, tangan kecil lagi hee hee


2) hari tu ada tanya kak H.
"akak~ perut saya ni kadang2 mengeras lak. badan tak boleh nak straight kejap. memang macam tu ke kak?"

kak H jawab
"ha ah memang macam tu. baby pun nak menggeliat jugak"

oo begitu
hee hee hak2



3) hik hik baru tahu lagu yang slalu kat radio yang "Tanya sama pokok apa sebab goyang~ jawab angin yang goncang~" tu hazama nyanyi eh ngan meet uncle hussain. ketinggalan pulak aku since dah lama x tengok af betol2.

tapi kadang2 ada tgk utube gak tengok siket2 dorang perform, tengok sume lah kecuali erul dan azri. x minat ah.

performance hazama bes, bagi aku.

bila baca blog ramai eh suka hazama??
hihi aku rasa dia ok ar sebab setiap kali masa juri komen, muke die sangat merendah diri dan mengangguk2. menyenangkan hati orang gitu.

x minat fina, bole x. berbakat la camne pun suara dia, tapii uhuk kadang2 personaliti atau cara bercakap mempengaruhi tarikan minat kita.


4) ramai duk risau isu secret recipe x halal. tapi secret recipe kan dah bangkit jelaskan isu sebenar. secret recipe tu generic name, banyak produk pakai nama tu. ia x refer pada The Secret Recipe.

boleh rujuk pada link ini dan ini. boleh jugak masuk jakim, dan taip secret recipe kat Cari tu.


5) lately ni malam2 asik cakap kat kuku nak makan nasi impit kuah kacang jek. dah 2 malam kuku teman pergi makan nasi impit kat taman warisan. makan 5 cucuk sate pastu makan nasi impit. ahhh puas giler......... pahal tah, padahal x dela sedap sangat kuah kacang kat taman warisan tu. hehe


6) tu je kot buat masa ni. bye2, happy2 ye darlings. LOVE LOVE LOVE. eh motip tiru fazura? ;p





Tuesday, May 24, 2011

dating2 tengok pirates of the caribbean



huhu xde mood laa, teringat2 pasal rayyan anak ciare.. harap sangat rayyan sembuh cepat.. mahu pergi lawat rayyan terus dari balik kerja petang ni..

ok lah nak update dengan tanpa nada ok? sila baca entry ini dengan tanpa nada ye... macam orang baru mula2 belajar membaca ya.. lepas tu x ada senyum2... muke selenge jeee, x de reaksi, ok?

hari sabtu hari tu (21 Mei 2011) pergi dating2 dengan kuku dan ketemu rossa dan izuan kat Times Square... kitorang tengok Pirates of the Caribbean.. lepas tu kitorang makan dekat VIVO... masa dating2 adalah sangat happy.. tapi sebab masa tengah menulis ni mood adalah sedang-fikir-macam-macam-oh-ciare-xsaba-nak-jumpe-ko-dan-rayyan , jadi entry yang disampaikan ni pun adalah................... begitu.... huk2 ....

oh ye.. pasal cerita Pirates tu.. erm aku ni susah siket, sume cerita pun bagi aku sedap.. so masa aku tengok cerita ni, aku rasa best je... awal2 jek aku tertido sebab memang dah lumrah burung kedidi kan, suke tido di mana2.. lagipun banyak aksi lawan2 mula2.. tapi bila part tengah2 tu, mata ku dah membesar.. suke sebab ada duyung2 yang cantek, bole? pastu suke pulak sebab dah x ada Orlando dan Keira knightley.. jangan mara peminat mereka ye.. aku suke Jack je.. so bila dah guna watak2 lain, xde laa bosan sangat... jangan mara, lari.. lari.. lari..~~ *senada dan sepatah2 x korang baca? aku lari pun slow motion ni

tapi Jack Sparrow tetap buat aku gelak.. suka..




jom layan makanan kat vivo..

ini bukan makanan.. ini pasangan pemakan..
selain suka makan, mereka juga suka ambil gambar..




pizza.. banyak betul bahan..
rasa dia, bole la.. tapi papa john menang.. maafkan mak nak~



ros, apa ye nama makanan ko ni?
ada perkataan meatball, ada perkataan spageti, lagi satu perkataan apa ya




ada perkataan prawn, ada perkataan spicy, ada perkataan spageti.. korang susun lah sendiri




air yang nampak paling sehat untuk diminum tu aku punyelah *riak
jus tembikai + stroberi..




makan dengan bahagia sambil bergosip.. *ros curi gamba blog ko satu ye



habes gosip jom balik.. nak pegi pasar pulak

ok.. jangan cakap/tegur apa2..
...
...
...

my first maternity dress..
tapi ini sebenanye maxi, bukan baju ngandung pun..
dorang selalu pakai maxi dengan belt longgar, kan kan.. stylo gitu..


bye bye..




Monday, May 23, 2011

boolatnyee dia

sehatnyeee dia hee hee booolat cam abangku..

omg rasa nak terbang ke johor sekarang jugakkk crying oh takkk, rasa nak terbang masa malam kelmarin gak masa dapat beritaaa kak shira dah selamat bersalin crying



kak shira selamat bersalin pada pukul 9malam++ pada 21 mei 2011, dekat hospital ape ye nama dia, yang sebelah woodland mengadap singapore tu, kat JB la... terpaksa transfer dari spital Kulai sebab kak shira sakit lebih 12 jam dan bukaan x nak buka, pastu kak shira dah keletihan nak bersalin normal... akhirnya terpaksa operate.. huhu sedeh sangat mengenangkan kesakitan kak shira.. uhuk uhuk... perasaan abang apatah lagi, uhuk uhuk..


Alhamdulillah semuanya dah selamat :) baby boy, dan berat dia 3.65kg.. x agak2 tau
hee hee

comel nyee anak sedara omma yang sorang ni ;) terharu ada anak buah, hik2.... first time first time..


tanye abang, apa nama si comel ni?

abang jawab nama dia - kheri
bole?


puk






Saturday, May 21, 2011

windows shopping


*scheduled entry ringan2 untuk wikend

malam semalam (khamis) balik keje, dating2 dengan kuku di alamanda. xde nak cari barang apa pun, saje jalan2. asalnye kuar nak carik stoking kat mines, tapi nape tah x pegi pun, pegi alamanda jek hee. macam windows soping gitu.

masuk anakku, mother's care dan kedai barang2 baby yang lain, tapi tengok2 je laa, x beli pape pun lagi. masuk toys'ur us (xreti eja), kuku tengok2 transformers.. aku folo jek walaupun xpaham mainan apa yang kuku tengah ushar... pastu masuk modern mom tengok2 baju ngandung.. tapi x rasa nak.. heheee... masuk nichii, masuk kedai baju muslimah, pastu kuar balik ;p

masuk parkson.. kuku gigih gak nak carikkan baju ngandung, tunjuk tu tu tu tu, sume aku xnak hee hee ngada2. sebab aku teringat2 dress kat Warta kot. haha. pastu tengok2 handbag... kuku tunjuk dan pegang2, punnn x rasa nakkk lagi... nanti2 laa ;p bes pulak cuci2 mata je hari ni ;)

pastu makan pizza hut.. nikmat gile dapat makan.. dah lama x makannn makanan yang begini2... kali ni baru kuku benarkan.. hohoooo nikmat1000x....makan island supreme, soup, garlic bread, kentang petak2 tu, pastu kuku makan masala roll kot nama dia, sampai kat rumah aku duk sebut2 puas hatiii hee hee padahal pizza hut je pownnn ;p hehe sebab memang dah lama sangat x makan makanan begini begini... wuuu jadi beginilah jadinya.. ;p


x beli apa2 pun kan, memang windows soping.. tapiiiiiiiiiiiiiiii... ada satu barang yang aku beli... taraaa~~


kalau dah masuk blog tu konfem sebab dah jadi item kesayangan dd dudu laa maksudnyee, hew hew :B


1.5 L air bawak ke ofis dan leh bawak kesana kesini.. puas atiiiiiiiiiiiii *sebenanye puas ati sebab dapat color purple ;p









Friday, May 20, 2011

ambil gambar team


dd : "aina tengok apa tu~~"
aina : "perut dd"

hak hak... hari ni pakai baju kurung cam biasa, tp perut ni over tau, dah timbul2 pulak ;p dah beberapa orang tegur hari ni, kalau x tegur pun mata duk pandang ke situ.. hik2 motip?

nway, x tau pulak hari ni ada ambil2 gambar team - SMK, sempena salah sorang staf kitorang yg bernama suhana dah nak berpindah kerja.. kalau tahu ada amik2 gamba, pakai gojes2 siket ;P oh over~

jom tengok perkembangan kedidi yang dah 4 months pregnant.. nanti 5 months update lagi.. skang dah kembang siket since berat dah naik jadik 5X... X dirahsiakan.. lisa, ko diam eh ;n
skarang pun dah kembang, xbole bayangkan nanti lama2, kembang air, kembang hidung.. ohhh hidung yang dah sedia besar kalau kembang cane rupenye yee
hee hee

betul2kan tudung siket


asik gelak je, bile nak siriyes?
hoho sume berpunca dari en. photographer yang suruh kitorang tarik nafas masa amik gamba. motip?? sah2 laa nampak hidung makin kembang kalau tarik nafas.

oh ya, en. photog dan cik photog x yah import jauh2, import dari bahagian multimedia kat sebelah jek ;p



last2 gambar kat luar jugak cun

kat luar serius siket, dah xgelak



nak kenalkan nama ke?
ok lah. klik je gambar kalau nak tengok saiz besar k.

berdiri dari kiri
1) faizal staf paling baru eh-perlu-ke-mention..... 2) matshuk bos dedikasi yang setiap pagi jumaat akan ym "dd.. nak report" uh terdengar suara garau dia walau dalam ym.... 3) kak ain yang baru habes pantang.... 4) dd tengah cover perut haha....5) rina serba tahu dan suke makan nasi lemak hari2 *sebab nasi lemak ke ko jadi serba tahu, rina?.... 6) safura pekerja cemerlang.... 7) shadatul besfren suhana yang nak pindah.... 8) suhana yang nak pindah dan besfren pada besfren sebelah tadi yang besfren dia nak pindah ;p pangg~.... 9) kak mai ibu gigih yang sedang sambung degree.... 10) aina yang pakai baju sume cantek2 pastu aku suke ;p.... 11) talib kenderaan.. eh nape panggil talib kenderaan? hee hee.... 12) fird mangsa tertinggal 1 episod cerita nenek kamsia sebab EL hari tu pastu xde orang bagi hee hee

duduk dari kiri
1) kak hasnah yang suke jadi rujukan dd bile nak tanya koding ;p pastu suke buat kitorang gelak. hehe. 2) kak zura peminat setia nek kamsia juga~ 3) kak siti yang cakap perlahan dan kadang2 aku teringin nak jadi cakap perlahan camtu.. leh feeling2 isteri solehah ;p


ok lah penat gile ok taip. bye


note :
huhu bos kitorang lambat masuk, so ada dalam gambar kemudian2.




Thursday, May 19, 2011

jumpe kak gee



jumaat lepas punye lepas, saya jumpe kak gee.

hehe. kak gee ni saya kenal kat blog dari zaman blog pertama dia lagi. kire kenalan dalam blog gitu, x pernah berjumpe tapi jauh di sudut hati, tingin sangat nak jumpe. wahhh begitu~~

kak gee ada bukak kedai online jual baju dan ceklat. disebabkan aku ni peminat tegar coklat2, jadi aku tinginnn sangat nak rasa homemade ceklat, heeehee jadi terus order dengan kak gee sebab nak rasa rasa :P

jumpe kak gee kat bawah umah kak gee kat presint 9. hoo baru tau sebelum terowong p11 tu kalau masuk kanan, banyak fasa dalam tu, banyak arrr rumahhhh...


inilaahh ceklat kitee~~

di order dari GeeJaa's Cottage ;)
order ceklat campur2, dan ceklat waffle




nyum2

sedap tau. sekejap je aku dan kuku habeskan. hehe

GeeJaa's Cottage ni ada gak buat pek untuk gift~ leh ar ushar kat blog GeeJaa's Cottage k ;)




lepas tu, terharu sangat, kak gee bagi hadiah kawen. hehe dah lama dah kak gee simpan hadiah tu, tp x berkesempatan nak jumpe lagi ;)

terharu sebab kak gee masih simpan :')

apa di dalam ya ;)



taraa~ lovely white frame!!

sukeeeee


makasih kak geeeeeeeeee, cayang kak gee :D



hehe bila balik tu, aku sms kak gee. ayat lebih kurang gini~

"akak, sori tadi saya macam kalut2 siket. sebenarnye saya segan dengan akak, yelaa selama ni kenal kat blog je kan, xpernah jumpe, tu yang jumpe tadi, cam x tentu arah je tu. akak jangan amik ati tau saya macam huru hara"


huhu, aku memang segan sangattt T_T terserlah pada waktu itu.

pastu kak gee reply.. ayat lebih kurang gini~

"haha itulaaa, rupa dd cuak, macam nak ngadap guru besar je"


see
crying
uwaaaa memang pun, ketara kan kak geeeee, nak perkenalkan kuku pun nampak huru hara crying


xpe, aku yakin second time jumpe, mesti aku kool hee hee *monolog ku pada diri sendiri
nanti kite jumpe lagi ye kak gee hee hee
oh ya, kak gee ni kecik je orangnye. pastu suara dia comelllll sangatt..... mesti MR. B cair klu cakap dengan kak gee ;p









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...