28 jun 2011, di kala umur ku meningkat menjadi 27 tahun.
progres :
1) suami sentiasa di sisi ;p die nak gi kedai gunting rambut pun aku nak itut ;p bole?
2) bb dalam perut aktif lak gerak2 malam tadi. bb~ besday omma laa~ motip bb yang girang? ur besday lambat lagi ok bb
3) keje ok. so far xpernah merungut nak berhenti lagi, hak2. kawan2 ofis pun xde yang annoying. sume pun macam sayang kat aku jek. *nak muntah la tu, nah baldi
4) mak ayah sehat. Alhamdulillah. ma sedang seronok layan astro beyond dia yang baru tu. ayah pulak masih gagah meneruskan hobi mengelap lantai. ok la tu, hehe.
5) ada seorang anak saudara. kemajuan ni. mungkin bole didik aku camne nak handle baby. hehe
6) mempunyai keluarga mertua yang sangat menerima diri ini. hehe aku tunjuk perangai sebenar tau. salah satunye kuat makan, mak pun tahu aku kuat makan. selalu je kuih yang mak buat dalam dapur tiba2 hilang
7) mempunyai kawan2 yang sangat baik
8) belum ada musuh. bole? ;p
9) ada kereta sendiri yang dah habes bayar. ok la tu kan.
10) belum beli rumah. failure ke?? uhuk2, tunggu bile line clear. skang belum ada rezeki lagi.
11) duduk di rumah yang sangat selesa. kuku kata macam nak apply kuarters rumah teres pulak sebelum aku bersalin. kalau jadi apply/dapat, Alhamdulillah tp xnak presint 11 punye bole ;p kalau xdapat pun xpe. tingkat 13 pun tingkat 13 la bang~~~
12) berat mencecah rekod baru. Angka Depan yang baru, sob sob. lepas bersalin nanti harus tekad turunkan sampai target. berapa target?? xtau lagi ;p
13) kewangan : cukup la makan. nak beli tudung atau baju bole lagi la.. tapi kalau tetibe nak request kat kuku nak buat treatment Mary France Bodyline x bole laa.. haha... dah kene utamakan barang2 baby skang ni.
hrmm bunyi cam life aku biasa2 je kan. x complicated lagi. belum ada masalah negara lagi. hari2 bole gelak lagi. tapi ini baru rekod untuk 27 tahun. kite tunggu rekod 28 tahun depan. harap2 keceriaan itu kekal :)
honestly aku live with the flow je. follow je apa yang datang. x mem'plan sangat. plan manja2 je...
tapi bak kata orang, kalau lelaki - life begins at 40 kan?
kalau perempuan - life begins at ....??? berapa? hehe
mungkin graf hidupku akan berubah siket2 bila dah ada anak nanti. entah2 aku berubah jadi singa dah. hihi lagi satu masa tu perasaan mesti makin sensitip. air mata pun mesti asik nak meleleh je. kan kan
syukur ya Allah aku masih hidup di dunia yang indah ni. Alhamdulillah atas rezeki dan kesihatan yang Kau kurniakan. Aminn
note : paling takut kalau tiada kuku disisi walaupun cume 1 jam.. *hari tu kuku terpaksa balik lewat yang x dijangka. setiap saat masa tunggu die balik tu, bb gerak laju2 sama laju dengan jantung aku berdegup macam nak tercabut dah jantung ini.
note 2 : hepi besday to adam jugak!
oh walaupun hari ni besday, tapi aku TAK cuti pun tau. huhu x leh nak apply cuti. aku dah cuti banyak sangat masa awal tahun, sekarang cutiku disekat oleh sistem. sedih betul
memang xleh cuti langsung. masuk bulan julai baru sistem open balik cuti aku. alahai~