Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers

Sunday, November 20, 2011

Kembali


Assalammualaikum sumee ;) i'm back. sebagai seorang ibu :) Alhamdulillah.

macam x percaya. last entry yang lepas pasal ibu ngandung nak pergi econsave xtau jalan, tetibe kali ni kembali sebagai ibu kepada seorang bayi dah, hehe.

tapi diriku kembali bukan dalam blog ni lagi, aci x. kehidupan saya skg totally berubah 360 darjah, memang dah layak bukak new chapter dah ;p chapter 2 our secret garden ni hanya berkisar kisah suka duka kehidupan saya suami isteri selepas berkahwin saja. skang dah ada little family giteww, kene bukak new chapter dah ;P


jangan mara dan rasa annoying tauuu ;p hak2

dengan ini, saya bukak blog chapter baru, chapter 3 sempena dengan kehadiran si kecik permata dalam hidup kami. oh jgn risau, nanti ada si kecik baru 2, 3, 4 (4 ke?) x de nyee bukak blog baru. InsyaAllah masih gune blog yang sama, hahaha mati aku kene simbah cat kalau asik bukak blog baru je. hew hew hew.

kite jumpe kat sana je la ye.

klik http://dd-dudu.blogspot.com/


teaser. bole? ;P


note 1 : nak buat alamat url dudufamily.blogspot.com, sekali dah ada orang pakailaa.. tensinyeee.. rosak plan akuuuu... xpasal2 kene gune dd-dudu.blogspot jeee.. arghhh x kena dengan tema betolll


note 2 : blog chapter 2 ni dibuka pada 20 november 2010 saat aku disatukan dengan suamiku pada hari pernikahan kami. dan akhirnya, blog ini ditutup juga pada 20 november 2011 sempena ulang tahun perkahwinan kami yang genap setahun. setahun jee umur blog ni. selebihnyeee bersambung di blog chapter 3 ye. hehe kat sana blog mak mak makcik makcik siket ;p

note 3 : Syukur, dah setahun hubungan kami suami isteri. cepat je masa berlalu. terima kasih ya Allah :) (^_^)




Wednesday, October 19, 2011

ouchh


saya cuma tanya pada rina-serba-tau camne nak pegi econsave kajang. tapi ini yang saya dapat, map detail gilerr mengalahkan google map, siap ada Legend, cara nak balik rumah dan tandatangan ramai pihak. motip? motip?


Ouchhhh





rabu 19 oktober 2011


19 oktober da? yeyy sok gaji.

Selamat pagi sumeee ;)

hari ni bawak bekal nasik lemak lagi, haha motip hari2 nasik lemak? hee hee jap lagi sarapan janganlaaa ada yang tegur bau semerbak lagi, semalam dah kantoi dah sebab kak A jenguk2 kat partition, kantoilaa bau nasik lemak tu aku punye hee hee lepas tu kantoi ngan sorang lg A sebab die pegi bukak blog aku time tu, sah2 laa entry semalam pasal nasik lemak, kantoi di situ hik2.


oh yee, bekal nasik lemak hari ni bukan aku buat. tapi mak yang buat, hihi. semalam balik kampung banting sebab mak kesorangan malam tadi, so kitorang pun balik laaa teman tido. jadi pagi ni datang keje dari kampung banting la. tu yang ada bekal nasik lemak ni, hihi.

sebelum keluar tadi, mak sempat pesan suruh aku amalkan satu ayat tu setiap kali keluar rumah. ada lah mak tunjuk ayat tu, aku baca je tapi x dapatlaa nak hafal, hehe.
cakap pasal mak ni, oh yee bagi yang xbiasa baca blog ni lagi, mak tu merujuk pada mak kuku tau, kalau mak gombak ku, kitorang panggil ma. ok, mak jenis suke bagi nasihat dan pesanan tauuu.. kire aku masuk skali dalam pakej anak2 yang diberi nasihat laa, hehe.

antara nasihat yang aku ingat..

1) kalau masak, selagi x mendidih masakan tu jangan letak garam dulu, tak baik untuk kesihatan.

2) nanti dah bersalin, kalau makan nasik, makan yang panas fresh2 je. jangan makan nasi yang dipanaskan 2 3 kali, nanti senang dapat sakit.


alamak, tetibe teringat 2 je. nanti nex time aku share ngan korang lagi eh kalau aku tingat yang lain. banyakkkkkkkkkkk sangatttt, hehehe. tapi kalau yang memang orang dah tau macam sebelum rumah kena baca2 ayat dulu takut ada benda ikut dan kategori2 macam tu aku x share laa eh, tu sume org tau kan ;p


hehe. krukk krukkk perut dah bunyi. nak sarapan sekarang. bye uols.


note : ada sekali tu aku balik kampung, tengok2 telekung aku dah bertukar.
rupe2nye, mak yang basuhkan telekung aku *comelnye mak basuhkan telekung dan ganti yang baru. segannye sebab ada satu telekung je kat rumah kampung dan jarang dapat basuh sebab aku da xde dtg bulan T_T rosa, nak kirim telekung simpel2 kat bandung bole x T_T


note : aku ada 5 telekung. satu untuk umah putrajaya, satu untuk umah gombak, satu untuk umah banting, satu letak dalam dik kelisa, dan satu lagi untuk surau ofis, tapi still rasa x cukup ;p x ada telekung untuk tetamu rumah, dan x ada spare. x beli2 telekung kat sini sebab dah nampak harga telekung bandung separuh murah kan dari harga sini, hew hew.






Tuesday, October 18, 2011

it must have been love



honestly aku ni jarang tengok pertandingan2 menyanyi versi omputih... macam american idol ke ape keee, memang xtengok langsung.. sebab aku rasa sume suara omputih sama je, bole hee hee

so aku memang slalu ketinggalan ketapi laa bab2 isu semasa pertandingan2 nyanyian omputih ni. x kenal pun juara bla bla bla. kuku layan gak tp aku wat dek jek kalau kuku tengok. tapi motip AF aku layan pulak? ;p


nak dijadikan cerita pada satu malam tu, kuku tengah surfing kot.. aku pun main laaa tukar2 channel kat tv.. terbenti kat channel 8. rancangan X Factor. ooo nyanyi2 rupenye.

lepass tuuu boleee plak aku x tukar channel lain.. kerana untuk pertama kali aku terpegun dengan nyanyian gadis ini. lagu it must have been love-roxette tapi versi slow je die buat.




sedapnye. aku suke.


rasa nak dengar lagi. lalu tadi aku youtube and search keyword 'x-factor it must have been love', puppp!! ramai rupenyee dah search mende yang sama dengan aku.. heee


layan dan tepeknye disini.

ok bye







nasik lemak sambal sotong



gara2 ternampak sambal sotong dalam blog KAK GEE semalam, terus mulut aku cam terliur2 nak sambal sotong. arghhh teringat2 kat sambal sotong ma la pulakkkkkk

wuu.

so balik tu masa kuku jemput, dalam keta cakaplaaa tinginnn sangat nak makan sambal sotong. buat muke sayu siket. hehe. *bukan mengidam ar, keinginan jek ;P

terus kuku singgah market beli sotong. balik tuuu tung tangg tungg tangg tungg tangggg siappp sambal sotong versi kuku!

ada banyak baki sambal sotong lepas dinner semalam, so hari ni pagi2 aku bangun buat nasik lemak. so hari ni bekal kite 2 beranak adalah nasi lemak sambal sotong.. yuhuuuuu xsaba nak makan! sedappp pedass


nasik lemak masak ngan halia, bawang dan daun pandan.

timun xde la plak, hehe.


okiee nak sarapan sekarang. bye uols

kuku makasihhhhhhhhhhhhhhhhh mmuahxxxxxx
petang ni nak tingin makan apa pulak ehh ;p




update : tengah sarapan ni terdengar diorang soksek soksek "siapa yg tgh makan nasik lemak ni".. "sedap nye bau"... "ha ahh siapa yg makan eh.. sedap kan bau dia" ... "eh A, bukan ko yg makan kee".. "xlah, bukan aku.." ... "eh siapa yg makan..." "siapaa yang makan nasikk lemakkkk?*ala2 pengumuman"

alamak, dorang ni cakap pasal nasik lemak sape? aku ke? tunduk tundukkkk kepala hahhaahaaaa
xsangka pulak bau satu ofis
hee hee











Monday, October 17, 2011

oh bed frame~


sebenarnye aku berkenan betul dengan bed frame dari ikea yang satu ni. simpel je laa tapi ;p xde kusyen2 divan pun kat belakang ;p

berkenan betul ah. simpel kan i? ;P memang niat nak beli. konfem.

tapi rasanya, buat masa sekarang, bye bye dulu kot.


sebab dah fikir dari hati ke hati, nak tido sama2 bb nanti, xmo pakai baby cot, pada masa yang sama rasa macam seriau pulak nak bawak bb tido atas katil. takut gedebuk...

so ingat bedframe sekarang pindah bilik sebelah je, kami dan bb tido atas tilam atas lantai je hewww hewwww.

tapi~~~ bed frame ikea ni~~~

hrmmm... xpelaa, kalau kite ada jodoh, kite jumpe lagi yeee bed frame ikea. nanti anak da besar siket, kite beli awak. harap awak masih wujud. kite memang minat awak sangat semenjak pertama kali kuku kenalkan kite pada awak. kuku kata awak besi yang kukuh.


uhuuuuuu~~~~ *angin sepoi2 sambil daun kering bertebangan perlahan2.




apa yang sentiasa ada dalam henbeg ibu hamil yang menunggu hari?



henbeg keje dulu2 kecik jek. tapi skang dah pakai yang besar sebab sume mende nak letak dalam henbeg. hik

gedebukk

so, selain beg baju yang tersimpan rapi dalam bonet keta, apa pulak yang sentiasa ada dalam henbeg ibu hamil yang menunggu hari? ;P




1) sume ibu ngandung mesti ada buku ni. tapi poli ukm nye lain design la kot, hik2. sila jangan kutuk kehancusan buku ini. hari2 aku duk peram buku ni dalam henbeg yg ada botol air, hard disk, makanan, hrmmmm memang lunyai terus buku ni menjadi mangsa, siu siu siu~


2) henset sentiasa ada bersama x kira dimana. yelahh kot2 emergencys kee, nak kol kuku, henset kene standby. pastu kot2 da bersalin ke, kenelaaa msj keluarga dan kawan2. hehee


3) bekas kurma. selain ma, ramai betul yang nasihatkan suruh makan kurma untuk tenaga masa bersalin nanti.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.


dipetik dari sini





4) charger henpon. xpenah2 aku bawak charger henpon dalam henbeg dulu. buat serabut jek wayar panjang2. tapi sekarang kena bawak laaaa, takut bile2 masa aku masuk spital, henset kong cane nak msj keluarga dan kawan2. hohoho



5) Tafsir Quran.

Rasa selesa kalau dapat bawak Tafsir Quran ni kemana2. lebih2 lagi kalau tetibe kene masuk spital nanti kan.
so motip color pink?


6) kamera. tapi tengah tangkap gambar ini pakai kamera ini, so tiadala dalam gambar ;P kamera perlu untuk amik gamba bb banyak2 bile da lahir nanti. hehe


7) dan lain-lain brg peribadi cam purse, cermin untuk sentiasa nampak gojes, lipice sume2 tu xyahlaa upload kannn, dah lari topik da tu... kekekekekek








ingat lagi x aku pernah jual brooch?



Salam.

korang ingat lagi x yang aku pernah jual brooch kain sebelum2 ni? klik SINI



kenalkah anda pada model dibawah? keke



dah lama aku xupdate, perasan x. brooch tu jual kat blog lama. tapi sampai skang masih orang rajin emel untuk beli brooch tu dari aku walaupun blog tu sebenanye dah idle ;P *tapi motip follower kat situ bertambah? ;p

sebenarnye aku dah stop restock brooch tu selepas ada kes bangunan runtuh kat lorong haji taib tu ;P yang ada empat orang terhempap tu. ya, untuk pengetahuan, kat bangunan tu laa aku amik stok ok. haha

lepas kes bangunan runtuh tu, terus aku takut nak pergi sana ;P kuik kuik kuik. tu yang bisnes brooch aku pun ala2 tergendala giteww.. x restock sampai ke sudah, dikala permintaan tersangatlah tinggi espeseli dari luar KL.


erm sebenarnye saje nak share perasaan dengan korang.
berbisnes brooch kain adalah salah satu perkara yang paling menghappykan kan aku sepanjang aku hidup. sebab niat asal aku pada masa itu adalah minat, x terfikir langsung untuk mencari duit lebih, kekeke. memang sebab rasa brooch tu sangat comel and soooo my tasteee... terus rasa nak share dengan pembeli2... giteww..


masa aku jual tu pun, aku happy sangat bile restock barang.. pilih satu2 brooch yang comel dimata, yang pin nye elok, yang kainnye elok, demi kepuasan pelanggan. memang happy sangat.


pastu saje2 bazirkan duit dengan buat wrapper/envelope bunga2 nak balut brooch2 tu haha tapi handmade laa, agak buruk tapi aku suke. plastiknye lak aku recycle jekk mana2 plastik pastu kerat laa ikutt kuantiti brooch.

ni style awal2. bile da maju siket dan aku pandai fikir siket, aku sangkut brooch2 ni pada kertas keras untuk keselamatan brooch.


kire kalau ada orang emel nak beli, aku akan gunakan pembalut tu laa untuk bungkus wrap kan brooch, kire kertas corak2 ok. memang buang duit betul, tapi sebab aku bukan nak cari untung kan, mmg buat sebab minat dan hepi, dan rasa gembira sangat brooch dideliver dalam keadaan bercorak comel. tapi yang beli kat ofis, xdpt laaa packaging macam tu ;p

huhu rindunyeee zaman nak reply emel, rekodkan permintaan, dan mengepos ngepos.


tanpa disedari, bisnes tu memang menguntungkan. Alhamdulillah. memang pulangkan keuntungan walaupun aku x mark up harga tinggi.

Ya Allah, hepinyee. dari minat bertukar menjadi untung.

tapi da gune da duit tu ;p haha


terasa rindu pada situasi itu. tapi xtau nak jual apa daaa, haha,xmo laa main jual jek, nak yang betul2 minat je. tapi kalau nak jual brooch kain, aku berani lagi ke nak gi lorong haji taib??? kakakakaka xmo ar.



note : skang kat mana2 pun da nampak stall brooch kain ni. hehe




asyik dengar kuku gelak


hari tu aku bawak balik 1 folder Running Man dalam hard disk, kasi kuku tengok... sebab opismet, oto yang kenalkan kat kitorang.. Running man ni macam game show korea la... opismet kata kelakaaa


semenjak dari hari tu... akan asyik kedengaran suara kuku gelakk jeee dalam umah hee hee punyelah lawak giler kan. aku kadang2 je join kuku layan. yelahhhh, bak kata kuku, aku ni x leh duduk diam kalau kat rumah hee hee ade je mende yang xkena kat mata dan aku nak buat keje umah, hehe... *padahal dulu duduk rumah family xpenah kesah pun rumah bersepah ke ape keee


tapi setiap kali join kuku tengok Running Man ni, memang aku pun gelakk sampai keluar air mata laaa... kelakaaarrrrr sangat2...


espeseli setiap kali tengok muke si Gary ni laughing



kuhik kuhik...

so, apekate korang pun layan ;P
100% aku jamin memang akan gelakkk punyeee... *sebab aku susah nak gelak ok kalu tengok apa2, selalu gelak senada je. tapi tengok ni gelak bernada nada

heeeeeheeeeeee









Friday, October 14, 2011

jumaat 14 oktober 4:00 pm



hai. tengah makan choki-choki ni. tapi frust sebab terkoyak bukaan lebih. so mkn x nikmat laa. choki-choki ni nikmat makan klu kite koyak die siket, so ceklat tu kite isap2 dapat siket2 je, n kene berusaha siket. haaa baruu laaa leh makan lama2. ini, kejap lg abes laaa ni, ahuk ahuk.

sambil update blog dan makan choki-choki, layan ym lisa. pastu sambil2 fikir pasal anak. motip fikir anak? hehe. cian anak tauu keliru nak panggil mak die ni apa. yelahh aku sebenanye nak bb panggil diriku mummy. tapi belum pape dah kene ngejek ngan kuku - mamee monster
crying kejammm takkkkkk crying uwaaaa. x rela kalau bb join papa die ngejek mummy die mamee monster nanti. ahuk2.


sebenarnyee kalau aku ckp ngn bb sorang2, aku bahasakan diri aku ibu tau... "bb... ibu mandi ni.. sejuk sikett tauu..."

tapi selalunye jarang la aku bercakap, bole? ;P slalu ckp dlam hati je. papa die laa rajin cakap ngn perut. hehe.

tapi kalau ibu, senang ke ek anak nak pronouns "iiiii...buuuuu"... nantiiiii... nanti first word die "papapapapapapa" lak... x aciiiiiiiiiiiiiiiiii... *eh motip cemburu cam lisa? kekeke


tapi kalau mama paling senang nak sebut kan... papa die pun klu borak ngn bb dalam perut pun akan bahasakan diri aku sebagai mama.. keke

cian bb, mesti keliru.


pagi tadi kan ada demo sistem sebenanye tau... semalam aku stress siket sbb sistem banyak lubang2 lagi.. xsiap skrin byk lagi *sebab aku ni slalu fokus lama kat mende yg xpenting dulu haha macam design warna dan mende2 yg xnampak,haha.. x seronok laaa nak present....muram semuram-muramnya.. ahuk2.. lepas tu asyik refresh emel je dengan harapan ada emel cakap "demo ditangguhkan/dibatalkan", bole? ekekeke. memang cuak habes laaaa...... memang x nak, memang rasa macam matilaa matilaa... gitewwww



pagi tadi datang ofis dengan suram,masuk bilek meeting dengan suram *habeslaa aku habeslaa aku.... nak dijadikan cerita, ahli group ku yang present sebelum aku, lamaa laaaaa plakk.... sebab sistem yang complicated dan ramailaa yang nyampuk tuk isu itu ini... last2 sampai dekat pukul 12 tengahari dah..

"sistem diana kite tangguh nex time laa yee demo.."



omg...

terus nampak pelangi depan mata.. hahahahhaah seronoknyewwwww... bernasib baik betul!


sebelum ni pun pernah, aku cuak nak present perkongsian ilmu... xtau nape segan nak present dpn ramai2 orang... kalau demo sistem aku ok, x takut pun ckp dpn2 ramai org.. tapi klu present mende lain, aku cuak plak. tgh cuak2 tu, dpt plak emel kateeee sesi tu ditangguhkan... yesssssssssssss sampai bile xtau la... keke aku pun nak bersalin daa ni, xkene dalam masa terdekat ni laa hik2.



hoho kene tag ngan lisa tuk cakap pasal suami. hehe honestly, segan ar kalau nak puji banyak2, sebab tahu kuku baca kan. heeeeeeeeheeeeeeeeee... malunyewww dengan kukuwww..

nwayyy entry2 blog aku ni ditapis oleh kuku dulu tauuu.. espeseli klu entry2 cakap pasal peribadi ke ape ke.... memang akan ditapis.. nanti kalau ada word yang x berapa elok untuk tatapan orang, kuku suruh buang/edit... hehe nak jaga maruah isteri gitewww... yelahhh, blog aku ni pun ada pembaca lelaki tau.. so yg kuku rasa x manis tuu, memang die suruh buang laa... wat masa ni dah ada 3 entry yang x lepas langsung.. xlepas langsung ok... hahahaha bole?? ada je dalam draft tu... xbole publish, kekekeke....


tapi xkesah pun.. sebab aku ni pun bile taip memang taip jee, xpk apa pandangan orang pun bile membacanya.. kadang2 aku x bole berfikir dengan baik pun... tapi bile ada yg memantau espeseli suami sendiri, me rasa lega laa :) bole x camtu. hehe.



lisa, xtau bile nak jawab tag iteww ;P tp tunggu je ar eh. hehe. xpun aku wat entry yang berpassword ;p siu siu siu~

oh bole plak lisa speku aku bersalin isnin depan. hoho. kakak ofis pun siap ada yang mimpi aku bersalin awal. kalau awal tu, minggu depan laa kan. kof kof kof. betullah orang cakap, sakit nak bersalin sakit yang ditunggu2. haha serius rasa berdebar2 dan tertanya2 sendiri bile akan sakit bile akan sakit :P tapi kalau xnak fikir sangat pun bole je... hehe





Thursday, October 13, 2011

khamis, 7:10am


13/10/2011 khamis, 7:10 am..

wahh macam diari pulak..

semalam gi checkup kat poliklinik ukm..

sekarang setiap minggu tau checkup, memang klu da masuk 9bulan kene dtg setiap minggu, doktor nak check..


dd : "doktor.. kalau sampai tarikh 24hb (due date), saya still x rasa sakit apa2, camne ekk"

doktor : "xpe.. u datang je sini nanti saya cek.. kalau x bersalin masa tarikh tu xde apa sebenanye, sebab maximum overdue 10hari.. yelahh, kadang2 baby mungkin xnak keluar lagi sebab x cukup matang lagi, ape kee kite xtau... so, biar die keluar secara naturally, jangan paksa2 dia keluar.. tapi awak kene pantau la pergerakan bb, klu xde gerak cepat2 pergi spital, kite takut bb x ok kat dalam, takut die da terberak pastu tertelan, atau takut terbelit tali pusat... mesti pantau kiraan pergerakan bb"





dd : "doktor doktor.. ada x orang yang x perasan die tengah contraction, kot2 die ingat sakit pinggang biasa je?"

doktor : "*doktor gelak *kuku pun gelak... xde laa, mesti perasan kalau tengah sakit contraction tu.. mule2 kite akan rasa perut mengerassss sangattt, macam kayu.. selepas tu xlama kemudian rasa laa contraction tu.. bla bla"



hehe ;P



huk huk tengah risau+cuak ni.. kerja x banyak progres, sok nak demo.. :(

bye, nak chaiyuk








Tuesday, October 11, 2011

cuaca sejuk2


Selamat pagiii;)

pagi ni bangun susah siket sebab sejuk2 gitu, pastu bile bukak tingkap huwaaaaaaa segar. Subhanallah.
oh sekarang bulan 10, bulan depan bulan 11 dan kehidupan ku pun dah berubah masa tu, ada si kecik. xleh bayangkan kehidupan baru, heehee. sekejapnyee masa berlalu, dalam TEMPOH SEBULAN, totally sume akan berubah. walawehhhh

InsyaAllah.



kuku~~ drive bebaik ke ofis. tadi nampak macam ngantuk2 giteww.

puan sukahatitanganmenaip dan cik the art of drawing without an eraser~ gud luck ek exam undang2 hari ni. comel jee dorang rancang duk sebelah2 hee hee pernah jumpe kee hee hee ezan~ lisa tu ganas siket, selamat berkawan ngan dia la ye hahaha. motip aku?


k ar, x berkualiti betul entry ni. nak lompat2 blog jap nak baca, pastu nak baca beautifulnara dengan ohbulan tengok ada gosip baru x ;P pang~
pastu bukak mstar tengok tajuk2. tengok tajuk je, baca x ;p
nak bukak hmetro tapi selalu lambat loading. nyampahh.. pastu kannnn klu bukak blog femes2 cam *** ngan *** selalu lambat loading gak. napeee ehhhh, tensi je kadang2. walaupun sebenanye dah x minat baca blog *** sebab entry beliau skang banyak entry advert jekkk,busan busan, pastu kadang2 puji/testimonial baik2 sebab tengah advert, so xtau benar ke x pendapat dia. busan busan busan.tapi motip aku baca lgi?
blog kak D jugak paling the best dan klu buat advert kite tau die jujur, kannnnn....


kul 8 kite start buat keje ye ;P



note : camne nak bezakan sakit pinggang sebab duduk lama depan PC ngan sakit pinggang sebab contraction nak bersalin ek? ;P ke memang jelas2 dapat bezakan bila dah tiba masanya nanti ek ;P





Monday, October 10, 2011

ketip kuku



Semenjak usia kandungan da 9 bulan ni, aku jadi orang pertama sampai opis, kul 7 gitewww, sebabnyeee kuku yang menghanto gi keje, hehe... disebabkan aku ada masa yang agak panjang sebelum masuknyee office hour, jom update blog kejap.. ok ok?


cerita 1
tempat kejadian : dalam kereta


dudu : "adehhh adehhhh dehhhhh" *sambil pegang perut dan menggeliat2
kuku : "napee napee"
dudu : "bb ni.. xtau tengah buat apa, rasa macam jari dia tengah geletek ke sangkut2 tah... tapi rasa tajam2... dah ada kuku kot..
kuku : "ooo cube awak telan ketip kuku, tengok bb bole potong kuku sendiri x kat dalam"

motip hee hee

mampu ke aku telan ketip kuku ni walaupun saiz nye sangat lah comel hee hee



cerita 2
tempat kejadian : dalam kereta jugakk... *motip asyik dlm keta?

dudu : "orang2 tua kata, ibu ngandung x elok menjahit"
kuku : "kenape eh"
dudu : "entahhh, nanti susah bersalin kot... takut 'jalan' tertutup kottt"
kuku : "kalau macam tu, xyah la menjahit, tapi bukak la jahitan"


*dudu gelak giler.

kelakanyeeee crying so kalau bukak jahitan bole senang bersalin la ek crying


note : tadi gugel2, memang ramai yang pegang pantang itu. aku bukak iluvislam.com, baca pendapat kat sana, sebenarnye bukan apa, kalau menjahit tu dikhuatiri berlaku apa2 macam jarum tercucuk dekat perut ke, naya jek. gitewww.




cerita 3
tempat kejadian : rumah gombak.
* bukan watak kuku dah hehe


dudu : "ayah, nanti kite dah bersalin, ayah ngan ma teman kite kat umah putrajaya tauuuuu"
ayah : "u punye rumah dengan shopping berapa jauh? nanti mau beli makanan"
dudu : "15 minit"
ayah : "manyak jauh jugakkk arrr..." *muka susah hati


uhuk. motip shopping complex lagi penting hee hee



cerita 4
tempat kejadian : rumah gombak jugak

ayah : "ni... dah makan ke belum?"
ma : "sudahh..."

1 minit kemudian..

ayah : "ni... dah makan ke belum?"
ma : "sudahh...."

3 minit kemudian...

ayah : "ni... dah makan ke belum?"
ma : "sudahhhh...."


5 minit kemudian..

ayah : "ni... dah makan ke belum?"
ma : "sudahhhh....."

hee hee



ok dah abes cerita. nah gambar hiasan ;P

bb boy ke girl? kekekeke.

note : x pandai lipat baju bb ar.





Friday, October 7, 2011

oh zirafah


- tetibe rasa zirafah sangat comel selepas lisa tanye pasal baju zirafah dalam gambar yang aku publish baju2 baby aku sebelum ni.


comelnye zirafah. suke suke

kuku~~~ lepas ni kite cari tema zirafah untuk anak kite byk2 eh. baju zirafah, mainan zirafah.
comel nye.




ceria pulak tu zirafah ni hee hee




tengok zirafah yang senyum sinis ni tetibe terbayang rina.
alaaa, rina yang suke sebut "biasa jeee.."


hak hak




- pagi tadi dapat emel pasal satu taska tu. tengok gambar, terus meruntun jiwa. rasa cam pedih2 siket hati ini.

motip jaga anak orang tapi kasi tidur dengan tutup muka guna bantal/kain?
kalau lemas caneeee crying


terbayang.... terbayang kalau bb ku nanti tido atas kain yang nipis ni pastu himpit2 dengan bayi lain, taaaakkk nakkkkkkkkkkkk crying pastu bayi sebelah die pulak saiz giant terus himpap bb ku yang kecik *kecik ke? takkk nakkkk crying hati aku rapuhhhhh crying

gamba selanjutnye korang tengoklaa kat blog ini



- nway, dari semalam nak cakap tapi segan sebab xnak laa jadikan blog aku ni blog artis/hiburan hehe. tapi x tahanlaaa, nak cakap jugak.
aku sukeeeeeeeeee sangat bajuuu tunang bakal menantu Chef Wan ni. aaaaaaaaaa

lawonyeewwrr. source gambar dari beautifulnara ke ohbulan tah, xingat.



- hari ni rasa bes sebab pagi tadi miting sangat sekejap, padu, jitu dan produktif. aku suke miting ngan bos kecik aku sebab die jenis x merapu, die jenis straight to the point gitu. suke suke.

eh opismet, xyah laa bgtau bos kecik aku tu eh aku puji die dalam blog. rahsia2 kite sudah.



- hari ni baca kesah org bersalin lagi. yg ini pulak, bes lah cara die cerita hehe.


- berminat dengan tikar yang ciare jual ni.

bole order kat sini


murah ok ciare jual, rm55 je. aku pernah tergoda dengan tikar ni kat expo midveli dulu, tapi harga die rm100. nama die tikar korea kot. seb baik aku x beli.

sayang ah ciare banyak2.
aku memang akan beli tikar ni, konpemmmmmmmmm


corak zirafah ada x ciare? ;p


note : oh baru pasan G = giraffe. hak2 ciare, aku konfem order tikar ABC ni!! big grin








Thursday, October 6, 2011

perut gegar2 sebab gelak


rupe2nye 2 minah ni (lisa dan ciare) duk berchatting untuk speku isu jantina anak weols *sambil tengok gamba yang aku penah tepek dulu yang ini.. oh dudu dan kuku kijam ke sebab rahsiakan identiti anak? kekekekkee

lisa dan ciare comel la ;p


pestisid: ko tgk romper tu..tu kale boboi kan??
pastu tilam pon kaler boboi
mitten tu je kot saja nak kaburi mata org..so beli mitten pink 1 tayang kat blog
mcm x mungkin kan dd akan beli romper kale garang2 gitu kalau baby girl..ko rasa??
pastu receiving blanket pon motip putih+biru??kalau gegirl mesti kale soft kan? so aku rasa mmg bb boi
biasanya anak 1st kite x dpt ape yg kite nak haha
mcm ko. ko nak bb girl kan..aku lak prefer boy..tp dpt girl..tp hepi dan syukooooooooooooor
tub mandi pon kaler ijau dd beli nih..aku yg tak suke girly2 sgt pon belikan kale peach kat imani

narapidana84 says:
aku rasa yg wane pink dia saje x letak dlm belog
sbb kalo letak sah2 kantoi kan
sbb gegirl bleh pakai baju boboi

pestisid:
yeke
oh betul2



okiee, sangat gegar2 perut aku baca ym dorang ni. hehehehe


xpeee uolsss, lagi beberapa hari jekk si kecik ni nak kuarrr, nanti terjawabbb laaa sudaaaaa... hehehehehehhehee jangann maraaaaaaaaa~~~~~


note 1 : lisa dan ciare, aku soping barang bb sume ngn kuku. sbb tu aku slalu xdpt barang pink, yg bath tub tu tetibe je kuku dah amik hijau ok. ahuk ahuk, kalau aku nampak peach mesti nak peach ;P cam lisa ;P

note 2 : nanti aku amik gambar baju lg dalam drawer tepek kat blog, hehe




Tuesday, October 4, 2011

beautiful music


cuak jap lepas dapat emel kamis ni ada demo.

xpe2, layan music yang memberi ketenangan giteww.




soooo relaxingg~~~~






coretan tiada motif ;P x yah baca eh



Assalammualaikum

- setiap pagi mesti mood mendung siket sebab tengok tanda2/bintik2 hitam buruk yang tumbuh kat beberapa bahagian kulit sepanjang masa ngandung ni .. huh scarry sangat... betulke orang kate lepas bersalin, sume tanda2 hitam tu akan pergi?? benarkahh?? tolonglaa benar.. x sanggup ar nak adacrying


- tadi datang ofis, duk baca pengalaman sakit bersalin sorang ni .. memang sakit sangat baca kesah dia, sampai senak2 gitu. senget2 perut aku baca ala2 aku yang menahan kesakitan. lain orang lain pengalaman bersalin dia, ada yang senang beranak, ada yang susah, ada yang cepat bukaan, ada yang macam tertutup pula.. aku nanti tak tahulah macam mana, prepare for the worst je.. pada masa yang sama berdoa pada Allah akan dipermudahkan nanti. beberapa surah yang suruh diamalkan, adalah aku baca, tapi selebihnye berserah pada Allah.


kebetulan pada masa yang sama, aya ada buat entry khas untuk ku dan kuku. macam tau2 jeee aya ni aku baru lepas baca kesah bersalin orang lain. heh

makasey aya bagi tips yang berguna untuk kami berdua. mmuahx

ma suruh aku amalkan makan kurma setiap pagi, tapi xtaulaa nape asik lupe je nak bawak masuk henbeg. kalau x sebelum ni memang rajin bawak. mulai esok, tekad jangan lupa!!!!!!!!



- tadi amik gambar ni dari blog izuan

baru perasan x cite kat entry hehe. masa ni aya, wawa dan ros datang beraya di rumah. tapi pagi tu ekceli kitorang kat kampung banting lagi, diorang lak akan datang beraya tengahari. kitorang xpergi pasar pun lagi haha cube bayangkan segala2nyee diselesaikan pagi tu jugak, bertolak dari kampung, pergi pasar beli barang basah laju2, dan masak laju2, hidang laju2. kuku masak mee kari, ngan sambal tempe+kentang+bilis untuk sape2 yang nak makan nasi.


tengok dalam gambar tu, haha kesian kerusi/sofa ni slalu beralih tempat. sekarang di alam realiti, sofa ni kat tempat lain pulak tau, bukan di tempat dalam gamba ni hee hee

aku ngan kuku dua2 jenis suke duk bawah, nak golek2 ke nak meniarap sambil tengok tv ke, bes siket. tapi sofa letak jauh2, so memang lapang giler laa tempat nak golek2, tempat aku nak lipat baju, puas sangat sebab lapang. kekeke. lagi satu sebagai persediaan ada bb nanti, elok ada tempat lapang kat hall, hehe, mak die yang nak pantang pun bes bole join baring, nenek ma yg nak join baring pun bole, ahh sume2 laaah join baring kat hall hahhhahahhaaa



- tadi pagi tengah2 ngadap pc, telinga ni tertangkap dialog sayup2 dari partition belah sana2.. dialog lebih kurang begini

kak Z : "sejak bile ada bungkusan roti canai kat sini"

*&*@%& pastu dengar2 siket suara F dan R, tp xbape jelas..

kak Z : "ooo dd ada datang ke sini ke tadi?"

F : "ada laaa.. dd yang besar tu pun xnampak ke"

R : "ha ah punyelaa besar dd tu, xnampak ke dd datang meja akak"



cissssssssssss!!!!! kuajaq cakap aku besar belakang2 sick aku dengar tahuuuuuuu sick


xlama kemudian, si O pulak ym, nak cakap pasal apantah.

"heii si gemuk"


x agak2 kan kawan opis aku ni
hee hee nak kene plaster betul hee hee bertimpa2 aku kene besar dan gemuk hari ni. kohok kohok kohok


tapi x sentap pownnn~~ dapat gelaran tu masa preggy ni je haa.. soo kool jek, hek hek hek *perasan kurus masa x mengandung chicken




- tengok cite sofiyya x? hehe dah agak da dari mula yang muiz x mati ;p bole ;p


- dah berbulan2 telinga aku asyik tertangkap ringtone yang sedap dalam ofis ni. tapi xtau dari sapa. die muzik omputih ala2 sendu gitu. setiap kali ringtone tu berbunyi, mesti aku berdiri nak tengok siapa yang tengah cakap henpon, nak tau gak ringtone siapa. tapi slalu hampa, sebab x jumpe gak tuan punya ringtone tu. pelik betul aku. memang misteri habes.


tadi aku terdengar lagi lagu tu. pastu dengar suara elis bercakap. eh ringtone elis ke selama ni? terusss serang elis hahahaha. betullah rupe2nyeee tu ringtone die, xpenah nampak sebab die PA bos, duk kat luar bilik bos, so aku xpernah terpikir nak carik sampai sana...


fuhhh puas ati dah jumpe hee hee

tajuk lagu yang slalu buat aku xduk diam sebab duk mencari tu adalah Breathless - Kenny G.

sendu kan aku ;P ok fine ;P


- malam tadi tido lewat siket sebab duk meneman kuku yang gigih memblend kacang soya, memerah, dan masak soya. buatnye memang renyah siket, tapi puas atiiii dapat minum soya handmade
drooling
nyesal x bawak bekal soya hari ni hehe. tapi kalau bawak bekal, nanti bekalan soya kat rumah pula kurang, ahuk2.


- oto kata akan ada sambungan cerita nek kamsia, bulan oktober ni. teruja x ;p wah wah aku teruja sangat. siapa2 yg ada permission tuk masuk forum tu nanti jangan lupe paste kat aku cite tu
batting eyelashes



- eh dah la dah la. nak produktif hari ni ;P bye nak buat keje.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...