Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers
Showing posts with label weddingku. Show all posts
Showing posts with label weddingku. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

pagi hari


haii korangg..

sarapan apa hari ni??
aku sarapan bes! *meninggi diri
makan nasi impit kuah kacang..


sedapnyeeee
oh bukan itu saja! jugaaaaa makan nasi lemak.. itu pun tangan aku hampir panjang jekkk nak capai gak lempeng letak dalam pinggan, tp tahan jekk... pastu tetibe tangan hampir panjang gak nak capai roti jala, tapi ishh ishhh mengucap siket si dd oiiii ;p

total RM 2.50..
ok laahh tu cafe universiti kan ;p mane leh letak mahal2, ramai student oh.


pagi ni aku bangun awal, pukul 5 pagi. kentang betull..haha kuku outstation ke perlis hari ni. flight kul 7, so harus lah gerak awal.. tapi kuku je lah.. aku bye bye dari dalam rumah, hehe.

pertama kali ok kitorang x keluar pintu sesama... pecah rekod, perlu catat dalam buku ni ;P sebab selalu kalau dia outstation pun kuar kul 6 pagi lebih, aku tetap folo bontot sesame, pastu nanges sampai ptm pagi2 buta gelap lagi, haha.

tapi hari ni dia kuar 530 pagi la, gila ko aku nak kuar sekali pastu masuk ukm sengsorang haha. dahlaa cap jari aku ni selalu xlepas masuk kat pintu besar ptm tu.. kang terpacak je tunggu dalam gelap kat luar nak tunggu cap jari org len ;p heh. pastu kawan dengan monyet kat luar2tu. heh. xtaulaa kenapa jari ku ni, nak kata ada luka2 x de pulak. adakah terlalu kasar sampai mesin tu asik x nak detect je. nyampah nyampah


korang baca komik sincan x? pernah x baca part himawari tengah tidur, lepas tu sincan main muka himawari buat banyak2 bentuk, pastu sincan terhibur, pastu dia gelak guling2 kat tepi.


semalam aku buat macam tu kat muka kuku
hee hee pastu aku gelak sorang2 tengah2 malam buta hee hee gila terhibur hee hee kenapa aku macam sincan ni hee hee xmo xmo, aku nak didik anak agar jadi matang, lovely dan disayangi macam Tun. Dr. Siti Hasmah.

eh bb ku girl ke? motip? xtau lg. hehe


ok xtau nak cakap pe dah. bye uolsssss.. sori merepek byk sangat..



tetibe rasa nak letak gambar gubahan hantaranku cincin untuk kuku. sangat berharga sebab buat sendiri. hew


kredit : fuad topa


kredit : ezzan




Friday, January 28, 2011

cerita bermula di sini... aku dan vispera...



Salam sumeee tatapanku~ pangg~~ suke sangat tiru fb nasha ye~


ingat x entry ini? yang saya kata akan review khas pasal tudung nikah vispera, hehe.
ingatkan nak review bile kak vispera open balik blog beliau. tapi rasa macam x saba2 pulak. nak review sekarang jugak, sementara mud kawen maseh menebal hehe, lagipun memang dah ada kat draft ni sekian lama.

oh yee, kak vispera privatekan blog kejap sebab tengah under construction, mahu barukan blog katanya. nanti bile dah up blog baru, kite heboh2 kan ehh ;)


ok bermulanya cerita...



Aku mula mengenali kak vispera semasa aku sedang sibuk mencari tudung tunang.. aku tunang pada 16 januari 2010.. oh ahad lepas adalah anniversary aku tunang setahun ;p bole? padahal dah nikah dah ni
hee hee

masa tengah cari2 kat blog hopping tu laa terjumpe blog kak vispera yang ada buat contest.. tapi aku dah terlepas tarikh uhuk.. masa tu tengok koleksi tudung2 dia, Subhanallah canteknyee...
memang aku x ragu2 lagi, aku memang nakkk tudung ituuuu!!! terus emel kak hawa laju2, lepas tu kak hawa balas, lepas tu pada hari yang dijanjikan, balik keje laju2, amik ma ayah untuk teman laju2, jumpe kak hawa laju2 kat kl sentral untuk bagi perca kain, bagi deposit laju2.. zup zup zuppp tunai lak tu ;p terkejut kak hawa ;p haha tu namanya bersungguh nak tempah ye puan2 ;p



terima kasih kak hawa sebab membantu saya untuk lebih cantek dengan seri tudung akak di hari pertunangnan saya^^

nak tengok tudung tunang saya boleh klik sini ye ..


ok habes siri pertama..







siri kedua pula..


masa tengah mood buat persiapan perkahwinan tahun lepas, kan keje aku asyik update je pasal my wedding thoughts.. pasal dream wedding la, nak pelamin macam tu lah, tema warna itu lah ini lahh... termasuklaaahhhh pasal tudung punnnn aku ada cakap jugak.. rujuk entry ini


aku cakap


"prefer awning ombak-ombak ni untuk pakai masa nikah kot ;) "


sebab aku rasa cantek kalau pakai tudung yang ombak2 curl-curl gitu dekat dahi masa nikah, nice ;)



lepas tu dalam entry tudung tunang yang sebelum tu pun, aku ada cakap sesuatu..
"ingat masa nikah nanti nak guna tudung bawal putih biasa tapi nak kak vispera tambah manik lace kat tepi2 tudung bawah boleh? ;) tak nak pakai awning, nanti suami takleh cium dahi ;p heeeheee gataiii"



dann... tak sangka ayat "x nak pakai awning, nanti suami xleh cium dahi" telah membawa rahmat kepada ku..


pada suatu hari...
aku mendapat panggilan dari kak vispera.. "dudu.. akak baca blog awak yang pasal masa nikah xnak pakai awning nanti suami xleh cium dahi.. akak dapat idea laaa, akak try buat untuk awak nak?"

omaigod!! siriyes ke kakkk?????????? *bunyi guruh gegak gempita

nakkkk!!!!!!




dan.. Alhamdulillah pada 20.11.2010, kak vispera telah menunaikan 2 impian ku sekaligus.


1) nak tudung yang xde awning, tapi ada beads

2) nak tudung yang berombak2 di dahi *kebetulan, dah dapat tudung baru perasan


tiada awning, berombak2 di dahi



lace yang terletak cantek di kepala



beads yang bersinar2 (besarkan gambar untuk lihat)
veil yang putih berseri dari koleksi vispera juga.
simple sbb tudung aku dah sarat, so veil xyah over2 ;)
tapi simpel2 pun material veil ni bukan yang kain net, tapi material ringan dan jatuh :)
tapi aku suke sangat veil ni tau, rasa suci sangat
winking



suami senang cium dahi masa batal air sembahyang ;p hak hak *gataiii



kegembiraanku memang tak terkata lah. tersangat sukaaaa... masa tengah makeup oleh mak andam masa nikah, lepas dipakaikan tudung tu aku terus tengok kat cermin.. pastu jerit kecil2 canteknyee canteknyee!!!!!! hahaha orang kawen memang macam tu ke ;p


saya bebetul xtau nak cakap camne.. teramat suke dengan tudung kak vispera.. akak kata nak try, tapi MasyaAllah, sumpah jadi kak ;p ishhh xtau nak cakap camne lahh.. rasa hepi tu macam teruss rasa nak keje part time dengan akak jahit beads, tapi FOC ;p hak hak x agak2 kann over dia punye happy.


happy =)




terima kasih juga kak vispera kerana membuat tudung untuk bertandang, yang saaaaangattttt adorableeeee ^_^


kredit to quiny bridal





thanx kak vispera, yang xterhingga untuk wedding gift yang x ternilai harganya :) i really adore u.. love u!

okiee tamat kisah ini ^^


blog koleksi vispera yang di private sebentar : http://koleksivispera.blogspot.com/
emel kak vispera (kak hawa) :
koleksivispera@gmail.com


note 1 : hari tu masa nak pergi keje, kuku nak kiss dahi lepas tu awning tudung aku mengganggu. dia cakap "hish.. xde ke awning yang ada zip?"

hahaha ;n kak vispera ada x ek? *hihi larikkkkkkkk

note 2 : x sabar nak tengok hasil tudung lina nanti dari vispera =) pilihan color yang sweet!!!







Tuesday, December 21, 2010

gambar tag dari fuad topa



hihi kena tag gambar kat facebook dengan our OP, fuad topa

tapi saya xpaham kenapa saya xboleh bagi comment atau klik like kat gambar2 kat album fuad topa eh. ada sesiapa bole terangkan? kitorang dah fren dah. wuuu



bile ni? haha x ingatt.. apa objek depan aku ekkkkk, kurang ngertiii hihihi tangan ke tu? ;p



kuku oh kuku
dengan kakak dan kak yati




sepatu nikah ku, hihi



caption : air dicincang x akan putus

masa ni idzuan kene bantu fuad topa. idzuan yang kene tuang air dari botol mineral ni dari atas. hihi
banyak kali plak tu ulangannya. syabas idzuan n makasih ;p



makasih fuad topa!


note : selepas publish entry ni, baru perasan fuad pun publish entry gak. hee heehaha saba je lahhh, so gambar2 lain korang tengok kat blog fuad topa eh. dadada (^^,)/




Sunday, December 5, 2010

pari-pari ku =)


pari-pari2 ku, thanx for everything :)


hasni dan lina

mesti korang penat kann hari tu :)

dan yang paling penting, terima kasih sebab.... erm.. korang berdua tau maksud aku... masa balik bertandang tu, masa petang tu.. aku nak tulis ni pun x sampai hati, sedih terbayang muka ma ayah... rasa sedih sangat terpaksa minta tolong korang masa tu... kami sekeluarga terhutang budi pada korang berdua.. thanx :'( thanx :'( thanx :'(

korang terlalu baik.. :)
aku takkan panggil korang dengan gelaran pengapit, sebab korang bukan sekadar pengapit hari tu.. tapi korang dah jadi macam pari-pari... sentiasa ada di situ untuk aku, kuku dan keluargaku.

Ya Allah, lindungilah kedua2 sahabatku ini.


thank u with all our heart..
-dudu & kuku-



oh ya, pari2, terima kasey ey sebab merialisasikan apa yang aku nak. maksud aku, terima kaseh sebab redha jek kain pengapit yang aku bagi tu, hehe sesetengah orang tak suka color krim. tapi korang xde lah merungut ke ape kan ;p lepas tu terima kasih sebab layan aku punye songeh. ye laa, aku cakap xbole pakai tudung corak bunga2 atau color lain.. kijamnye aku, hehe. dan endingnyee, tudung yang korang pilih/beli tu aku sukeeee sangattt, sesuaiiii gilerrr......... terharu ok!!
makasih sebab layan aku nye songeh tau, susah2 jek ;p






sepatu nikahku


ditempah dari Gavy.

sukee sangatttt =)

pakai masa nikah, pastu pakai gak masa bertandang. hehe recycle jek




Saturday, December 4, 2010

door gift


makasih hasni ada amik gambar sume door gift aku ni haa pastu compilekan ;) senang keje aku nak buat entry ;p



okiee untuk sume tetamu, kitorang bagi telur je. sume yang datang akan dapat laaa telur ni. idea asal nak bagi sume orang cookies kecik2 letak dalam bekas telur ni, tapi fikir2 balik xpelaa kite tradisional je lah ;p err sebenarnyee riso bajet x cukup ;p


bekas telur adalah color krim macam gambar atas ni dan juga color pink cam gambar bawah ni.


bagus linda dah buat watermark, xyah susah2 nak copy link n kredit. bole? ;p


dua2 versi pun sendiri yang pilih. hehe ma redha jek bagi aku buat pilihan ;p ma kata ma hepi bile tengok aku hepi. aku pun hepi bile ma hepi aku hepi. ma pun hepi bile aku hepi ma hepi bile aku hepi.

pangg~~


okie itu untuk sume tetamu.




aku ada sediakan special door gift jugak. khassss untuk yang aku kenal sahaja. hehe paham2 laahhh duk umah flat, ramai sebenarnye yang aku xkenal, tapi kiitorang jemput sume je..



so special door gift ni khas untuk kawan2 dan kenalan kami sahaja^^

siapa yang jumpa pengantin dapat laa ;p yang tak jumpa pun dapat gakkk, hihi thanx to ezzan n ros n pari2ku n acik2 flat yang tulun bagi door gift ni.

tapi sori tau untuk yang terlepas pandang tu. ada x? gtau laa yang tak dapat tu, saya ada lagi simpan siket door gift tu. nak nak nak? ;D


oh special gift tu, korang akan dapat roti berperisa dengan paper bag yang beriben peach / krim. roti tu ma beli kat pasar tani, ma suke, katanya lembut, pastu macam2 perisa ada. aku layan je sume perisa, kecuali lemon, xbeshh. hehe

dalam paper bag tu ada Al-Mathurat dan kalendar yang bole ubah2 tarikh. korang tarik je kayu2 tu kalau nak ubah tarikh, hihi.

Al-Mathurat beli kat kedai buku agama kat Carefour. RM 1.10 sekeping sebab beli banyak2 kan.



haa kalendar ni asalnya beli kat Bandung. tapi beli siket je dulu mase first trip. mase 2nd trip cari kalendar ni dah xjumpe pulak. bole? hee hee

nasib baik masa gugel2 terjumpe durian kahwin. durian kahwin ni ada jual kalendar ni gak. yahuuuu

haa korang masuk laa website durian kahwin tu. banyaakk door gift bes2. ofis die kat bandar tasik selatan. betul2 lah sebelah mrr2 tu haaaa




saya puas hati sangat dengan door gift ini ;)

harap2 tetamu pun suke... wuuuu


tapi seronok sangat bile tengok ofismetku gantung kalendar ni kat dinding partition.

hehe wink^^


note : biku, aku curik gamba ko kat fb tau

note lagi : sekalung penghargaan untuk mony, seni, lina, ezzan, rosa dan nurul jiranku sebab tulun ribenkan paper bag :)





Friday, December 3, 2010

baju sanding dan baju bertandang



baju sanding

color : peach pink
beli lace kosong kat jakel, yang tanpa beads punye.
tak beli yang dah ada beads sebab kadang2 beads sarat sangat, lepas tu kalau jahit nanti membazir, beads bertaburan huhu.

so, baju ni tempah kat wany dari orange Bridal.
harga tempah murah berbanding tempat yg saya tahu hihi. lepas tu dia tambahkan beads :)
yang best kalau tempah sendiri apa tau?? kite yang bertudung ni dia bole jahit terus inner lening sekali dalam baju tu, so tak payah laa pakai tube atau t-shirt inner masa kawen nanti. hehe


tapi wany pening gak, aku selalu bertukar2 fikiran, kejap nak baju camtu, kejap nak camni hee hee
asalnya nak baju kurung moden, lengan berjela2
tapi akhirnya aku tukar fikiran.. nak yang cam itu ini..
lepas tu request tak nak ketat sangat ikut body. buat biasa2 je, ho ho.


puas hati sangat.
di alam realiti, aku suka sangat baju kurung yang corak bunga kecil2.
tak sangka untuk lace, aku masih kekalkan suke bunga kecil2. tak suke kerawang besar2.
lace ni, border pun tak besar tau, hehe, memang kecil2 je.
suke sangat cara wany patch lace tu kat kain, kecil kecil.. aa sukee =)
untuk kain, aku pakai chiffon, x pakai inner satin biasa. chiffon = cantek dan selesa.

color beads yang wany pilih pun aku suka ;)

thanx sangat kat wany dari orange bridal :)


tudung peach ni aku beli kat pasar malam je, 10 ringgit. huhu bole?
pastu pergi carefour letak batu kristal kat hujung awning untuk nampak cantek siket.
Veil dan aksesori pula, pakej yang aku amik memang includes sekali.

bunga tangan, orange bridal kasi fresh flowers, seronok2 ;)



takde close up baju ar. gambar camni je bole? hehe
bahagian depan baju nampak pendek siket. awal2nye aku segan, lepas tu aku bagi idea kat wany untuk letak riben panjang dekat bunga tangan.
haha secara psikonye, membantu laa jugak, sebab aku psyco ada riben panjang kat depan yang menutupi pehaku, so aku pun berkeyakinan laa berjalan dengan peha besar hee hee padahal takdelaa tutup sangat, psikologi je lebih hee hee


bahagian belakang baju pulak adalah labuh, tutup punggung. suke suke :)
bahagian kain pun wany wat ekor gak, tapi xde lahhh berjela yang tahap kena orang pegang, tapi ada sejemput ekor^^. oh i like sangat. wink^^


untuk baju pengantin lelaki lak, wany buat 3 layer punye baju. ok laa, cantek dan kemas sulaman nyee ;)

aksesori pengantin laki pun dari pakej orange bridal yang kitorang amik.




Baju Bertandang

color : soft blue

bila kuku cakap nak tema color soft blue untuk belah rumahnye, aku menutup mulut dan mata terbeliak, tanda suka. aku sukeeeeee sangattttt color biru lembutttttt, uh uh

kami pergi ke jakel lagi.
instead of lace, kitorang pilih chiffon beaded. hehe asyik chiffon je lah aku ni ;p
dan chiffon biru ni, kuku yang pilih. matanyaa selalu pilih yang terbaik =)


bila kitorang bawak ke wany nak tempah ngan die, wany eksaited sangat sebab die suke chiffon yang kuku pilih tu. asyik tanya beli kat mana, harga berapa je hee hee
memang wany nak jahit baju tu pun die seronok sangat sebab dapat jahit kain yang mengikut citarasa dia kan. hihi


untuk design, mula2 aku gugel2 dulu. ada beberapa option, aku tunjuk kat kuku tru emel. kuku pilih 2 design, dan kitorang bawak gambar tu ke wany. dan wany pilih design yang macam ni lah. inner kekal di dalam, tapi kat pinggang tu, kain chiffon terbelah.

dan hasilnye aku suka :)


dan sekarang..
baju peach tu aku dah sewakan kat butik, hehe.

baju biru rasa nak simpan sendiri ar :)


Alhamdulillah dua2 baju pun suka ;) i really love my wedding. wink^^ syok sendiri bole? hehe.

ada je cacat cela dan kesilapan2 masa wedding tu, tapi tak menjejaskan kitorang punye heppi pun. kite lupekannnnn sume yang burukkkk, ingat yang baik2 jek, yehh^^












terima kasih untuk entry2 itu



terima kasih untuk teman2 dan rakan blogger, buat entry pasal saya dan kuku ^^ sekalung penghargaan dari kami berdua angel


teman2 ku =)


1) http://shezzanyusop.blogspot.com/2010/11/my-fave-couple-is-getting-married.html

2) http://shezzanyusop.blogspot.com/2010/11/introducing.html

3) http://shezzanyusop.blogspot.com/2010/11/cerita-kahwin.html

4) http://linapersonaljournal.blogspot.com/2010/11/my-best-best-friends-wedding.html

5) http://rosealley.blogspot.com/2010/11/they-are.html

6) http://rosealley.blogspot.com/2010/11/mrs-kuku-n-mr-dudu.html

7) http://pandangdenganmatahati.blogspot.com/2010/11/double-happiness-today.html

8) http://seni4me.blogspot.com/2010/11/dd-dudu_22.html

9) http://seni4me.blogspot.com/2010/11/wedding-picture.html

10) http://seni4u.blogspot.com/2010/11/majlis-pernikahan-dudu-kuku.html

11) http://seni4u.blogspot.com/2010/11/majlis-persandingan-20112010.html

12) http://seni4u.blogspot.com/2010/11/outdoor-photo-shoot-bersama-fuad-topa.html

13) http://seni4u.blogspot.com/2010/11/majlis-sambut-menantu-21112011.html

14) http://redlinda.com/2010/11/selamat-pengantin-baru-diana-khairi.html

15) http://seri-wani.blogspot.com/2010/11/wedding-dd-kuku.html

16) http://nurulazida.blogspot.com/2010/11/perkahwinan-kd.html

17) http://ummu-hasan.blogspot.com/2010/12/entry-dh-lapok-tapi-nk-cerita-jugak.html


rakan blogger ku =)

18) http://dunieyaya.blogspot.com/2010/11/big-day-part-47inspirasi-bilik-tidur.html

19) http://lina-klina.blogspot.com/2010/11/dd-s-wedding-ceremony-201110.html



terima kasihhhh sangattt korangg.. mmuahhxxx

hehe kalu nak baca cerita2 dari sudut penulis lain, leh laa bukak link2 di atas ni
big grin






majlis bertandang di Banting, 21.11.2010



hari sabtu 20.11.2010 tu kan aku nikah, sanding dan outdoor photoshoot kan. semua pun dalam masa sehari, koboi x ;p

sehari lepas tu, terus majlis bertandang lak kat umah kuku di banting. ho ho koboi koboi tak ;p

memang niat nak cam tu pun, nak penat sekali harunggggggg je.. taknak berminggu2.. hehe lagipun banting dekat jek. wink^^

oh nway, lepas habes semua kenduri tu ok je, x rasa penat pun ;)


untuk majlis bertandang, saya menggunakan khidmat kak nik dari quiny bridal untuk makeupkan saya. pakej yang diberi sangat murah, dah sekali dengan aksesori, veil dan bunga tangan.

dengan kak nik selesa sangat, sebab die cepat ramah.. pastu rajin bercerita kalau aku tanya, bole? ;p hehe

suke dengar pengalaman2 dia, kisah2 dia, sambil makeup sambil borak uols~ ;)

cume tu laa nak mintak maaf sangat dengan kak nik atas kekurangan, dengan bilek sempit nyee, penuh dengan hadiah2 yang boleh buat tak selesa berdiri, huhu serba salah dengan kak nik.

lepas tu kuku dengan ezan terbuat lawak, seksa aku menahan gelak. bole?
maaf kak nik, maaf maaf ;p



hubby kak nik yang ambilkan gambar2 selepas makeup ni, hehe. makasih kak nik dan hubby ;)


dapat veil putih yang panjang dari kak nik, yahooo

crown silver dan necklace silver dari quiny bridal gak ;)


part bunga tangan adalah paling terharu. sebab dalam pakej dapat yang artificial punye.. kalau nak fresh flowers, kena order.. tapi saya rasa cam alamak xde bajet ni, walaupun di hati teringin laa nak fresh flowers.

masa kak nik siap2kan saya, dia bagilaa artificial flowers color peach yang saya dah pilih, cantek.
saya dah pegang dah pun.

lepas tu, tetiba kak nik keluarkan something dari beg nye.
"akak ada buatkan awak fresh flowers kalau awak nak"

channn~~~~ ternampak cahaya darii kejauhan~~
tapi kontrol lagi...
walaupun rasa macam bulan jatuh ke riba..

masa tengah turun tangga tanya kak nik, kena tambah RM berapa.
sekali kak nik jawab..
"akak hadiahkan bunga ni untuk awak"

arkkk!! *pengsann serta merta


terharu T_T
baiknyaaa akak T_T

makasihhh kak nikkkkk, moga dimurahkan rezeki kak dan suami dan bisnes akak. doa ikhlas dari client@kawan akak ni. huhu



kak nik makeupkan.
dalam gambar ni makeup nampak lite n sweet kan kan^^




tema di rumah kuku adalah biru lembut.
baju tempah dengan Orange Bridal.

tudung putih beads biru tu cube teke tempah dari mana?

..

..

..

koleksi vispera laa ;p

aku ni tak habes2 dengan vispera kan hee hee dari tunang duluu sampailah ke skarang, nak buat camnee, suke sangat dengan tudung2 kak hawa ni haaaa


note : kak nik, tak pe ke saya pakai gambar2 yang akak tag kat fb ni letak dalam blog? huhu

eh asik cite pasal makeup dengan outfit jek, bile nak cite pasal bertandang nye hee hee








ok, kitorang sekeluarga+sedara mara+jiran2 rapat bertolak dari gombak ke banting, agak lewat, dalam kul 11 lebih gitu.

sampai umah kuku pukul 1 lebih.
berhenti jap tunggu azan zohor, pastu terus berarak diiringi bunyi kompang.


pic kredit to aya


menuju ke dalam rumah

ho ho ho kuku kata pelamin ni muncul di saat2 akhir..
pulakkk hee hee
sebab keluarganya request, untuk ambil2 gambar, hehe xpee sukeee jekk ;)


uh uh besnyeee veil panjang *tetibe


tak banyak gambar laa, banyak gambar kat OP kitorang lagi ;)


selepas amik2 gambar kat pelamin, kitorang pun makan beradab. time ni nampaklaa ramai gak kawan upm yang datang belah sini. kawan2 kuku, kawan2 dudu. hepi sangat2 ;)

lepas makan dan amik2 gambar2, kuku bawak saya pergi salam2 dan kenal-kenalan dengan saudara saudara, dengan tetamu ;)


eh motip dah duduk? ;p

hmm ini gamba pengantin dengan mak, dengan mmbah (cani ke eja ye?)
:)

dan jugak terselit kawan saya, semah kat situ.. hehe seronok giler nampak semah ni kat belah kuku.. kenal dia kat upm dulu, die kawan zila.. tapi die ni unik, haha selalu terhibur ngan dia. memang ngam ah ngan die. rasa terharu sangat nampak die datang sorang2 ke belah kheri.
"umah aku dekat klang, sebab tu aku x g umah ko, aku datang banting"
hihi semah masih periang seperti dahulu hee hee



erm dah petang2 siket tu, dapat berita yang kereta abah yang nak balik tengganu mati tengah jalan kat area2 Dengkil lagi.

lalu, si pengantin, mak ayah dan kawan2 rapat terus kesana. note: abah tiada sesiapa di sini, selain keluargaku, erm... our photographer fuad topa pun ikut jugak, dan dia lah yang banyak membantu.


hrm panjang sebenanye kesah ni, kite skip bole hee hee


satu pengalaman yang tak boleh dilupakan... kuku dengan berbaju pengantin jump start bateri kereta dari keretanye ke keta abah.. bukan sekali, banyak kali, sebab kereta abah asik berhenti di tepi jalan..

tragedi november betol.. :)
maaf ye kuku, banyak terlepas peluang nak jumpe kawan2 yang datang rumah petang2.. :(
ada sampai kawan kuku berkereta datang ke tepi jalan ni haa sebab nak jumpe kuku... :|

now uols understand why i like him so much..




motip pengantin bergambar tepi highway hee hee


selepas selesai2 sume ni, kitorang bersama fuad topa pergi outdoor photoshoot lak..
dekat2 KLIA... fuad nak amik gambar kitorang berbackgroundkan kapal terbang yang lalu, erl yang lalu, dan kereta2 yang laju di jalan raya.. huwarhh pengalaman yang x bole dilupakan rolling eyes

photoshoot tu nanti kite cite kat entry yang dah ada gambar karang2 eh ;)



thanx again to rosa dan ezan yang teman masa photoshoot ni, dan idzuan yang jadi pembantu fuad topa. hehe



Alhamdulillah segalanye selesai, dan tak hujan :)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...