Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers

Tuesday, June 28, 2011

umur menginjak setahun lagi


28 jun 2011, di kala umur ku meningkat menjadi 27 tahun.

progres :

1) suami sentiasa di sisi ;p die nak gi kedai gunting rambut pun aku nak itut ;p bole?

2) bb dalam perut aktif lak gerak2 malam tadi. bb~ besday omma laa~ motip bb yang girang? ur besday lambat lagi ok bb
hee hee

3) keje ok. so far xpernah merungut nak berhenti lagi, hak2. kawan2 ofis pun xde yang annoying. sume pun macam sayang kat aku jek. *nak muntah la tu, nah baldi

4) mak ayah sehat. Alhamdulillah. ma sedang seronok layan astro beyond dia yang baru tu. ayah pulak masih gagah meneruskan hobi mengelap lantai. ok la tu, hehe.

5) ada seorang anak saudara. kemajuan ni. mungkin bole didik aku camne nak handle baby. hehe

6) mempunyai keluarga mertua yang sangat menerima diri ini. hehe aku tunjuk perangai sebenar tau. salah satunye kuat makan, mak pun tahu aku kuat makan. selalu je kuih yang mak buat dalam dapur tiba2 hilang
laughing kakak2 ipar dan abang ipar dan adik ipar pun masukk jekk.. motip aku xde rasa segan2? yang penting, tunjuk je diri sebenar. tak pura2/hipokrit pun. hehe

7) mempunyai kawan2 yang sangat baik

8) belum ada musuh. bole? ;p

9) ada kereta sendiri yang dah habes bayar. ok la tu kan.

10) belum beli rumah. failure ke?? uhuk2, tunggu bile line clear. skang belum ada rezeki lagi.

11) duduk di rumah yang sangat selesa. kuku kata macam nak apply kuarters rumah teres pulak sebelum aku bersalin. kalau jadi apply/dapat, Alhamdulillah tp xnak presint 11 punye bole ;p kalau xdapat pun xpe. tingkat 13 pun tingkat 13 la bang~~~

12) berat mencecah rekod baru. Angka Depan yang baru, sob sob. lepas bersalin nanti harus tekad turunkan sampai target. berapa target?? xtau lagi ;p

13) kewangan : cukup la makan. nak beli tudung atau baju bole lagi la.. tapi kalau tetibe nak request kat kuku nak buat treatment Mary France Bodyline x bole laa.. haha... dah kene utamakan barang2 baby skang ni.



hrmm bunyi cam life aku biasa2 je kan. x complicated lagi. belum ada masalah negara lagi. hari2 bole gelak lagi. tapi ini baru rekod untuk 27 tahun. kite tunggu rekod 28 tahun depan. harap2 keceriaan itu kekal :)

honestly aku live with the flow je. follow je apa yang datang. x mem'plan sangat. plan manja2 je...

tapi bak kata orang, kalau lelaki - life begins at 40 kan?

kalau perempuan - life begins at ....??? berapa? hehe


mungkin graf hidupku akan berubah siket2 bila dah ada anak nanti. entah2 aku berubah jadi singa dah. hihi lagi satu masa tu perasaan mesti makin sensitip. air mata pun mesti asik nak meleleh je. kan kan


syukur ya Allah aku masih hidup di dunia yang indah ni. Alhamdulillah atas rezeki dan kesihatan yang Kau kurniakan. Aminn


note : paling takut kalau tiada kuku disisi walaupun cume 1 jam.. *hari tu kuku terpaksa balik lewat yang x dijangka. setiap saat masa tunggu die balik tu, bb gerak laju2 sama laju dengan jantung aku berdegup macam nak tercabut dah jantung ini.

note 2 : hepi besday to adam jugak!

3rd day gi ofis pakai baju ngandung ;p ciare kate die xmuak untuk tengok aku upload hehe aci la kan.

oh walaupun hari ni besday, tapi aku TAK cuti pun tau. huhu x leh nak apply cuti. aku dah cuti banyak sangat masa awal tahun, sekarang cutiku disekat oleh sistem. sedih betul

memang xleh cuti langsung. masuk bulan julai baru sistem open balik cuti aku. alahai~






Monday, June 27, 2011

2nd day ;p



apa yang 2nd day? ;p

2nd day pakai baju maternity gi opis, bole?

pangg~~ hehe itu pun nak kenang-kenangan ye ;p

memang pa wau ya wau betol ;p

belasah je la match ape2


tengah rasa capek sangat. petang semalam baru balik dari melaka. x cukup rehat lagi ni. semalam balik2 je, dengan kuku duk layan utube final maharaja lawak. jozan x juara ye, xpe, jozan tetap di hati, sob sob. tapi sepah memang bes, x bole dinafikan.

hehe kelaka yang dialog sepah "ape gile ke awak ni. takkan saya nak cium isteri orang?" laughing


disebabkan kepenatan yang sangat2 melanda, lambat lagi la okeh aku update pasal Melaka. nak transfer gambar2 dari kamera pun rasa alahaaiii~~~ x laratnyewwrr~~


ezan da izuan, nak gamba dari kamera korang eh nanti ;p


dadada (^^.)/


note : wewe dah kembali ke ofis sebagai pengantin baru. terkejut die tengok perut aku dah bulat dan besar. itulaa, perut ni x naik siket2. naik sejelepuk camtu. iols pun tekejut, cane~~ hik2


note 2 : aku, kuku dan ezan dah terikut2 dialog johan yang "hoi hoi.. suke hati kauuu jeeee" , dengan gaya suara pembaca berita
laughing




Friday, June 24, 2011

dah surrender pakai baju kurung. hik2 my first day pakai baju maternity gi keje



*kene tulis dalam buku ni. kandungan 5 bulan(22 weeks) adalah hari pertama pakai maternity dress ke ofis. haha poyo x


haishhh pagi tadi kuku dah amikkan gambar ku dan baju baru. kat ofis pulak, dah kaco si alice PA timb. pengarah tuk amikkan gambar
hee hee tapi bile nak transfer gambar ke pc, kabel tertinggal rupenye kat rumah. frustnyewwwrrrr

kalau tak, bole letak gambar dan caption my first maternity dress to office. huk2

frust menonggeng.



taraa~ dah upload. terima kasih alice sbb snapkan gambar ni. aku duk mem'printing, lepas tu kaco alice suh amikkan gamba alang2 die duk dkt ngan printer. haha


kain2 baju kurung dah x muat. kalau muat pun, masa duduk depan pc akan terasa beban dekat pinggang. hihi xpelaa, sian bb terpenyek kat dalam, so kite surrender aje lah. pakai baju ngandung yang memang sangat selesa dan seluar ngandung yang bile kite pakai sangatlah tiada beban di pinggang. suke2.

tapi sebenarnye minggu lepas muat lagi kain baju kurung aku, pakai pun rasa ok je lagi. tapi satu perkara yang aku faham tentang perut ni masa mengandung adalah dia tak naik siket2. tiba2 aku bangun dari tidur pagi2 dan lihat cermin "oooo mak kauu besarnye perut!".... perut besar secara mendadak.. tak main siket2... tokojut makcik pagi2 depan cermin.


hehe hari ni pakai baju maternity sebenarnye segan gak. yelah, bile kite pakai, ibarat dah beritahu pada umum "i'm pregnant!"... kalau dulu masa pakai baju kurung, kalau orang tu saje2 tengok perut kite, haa baru lah dia tahu. kalau tak, ada yang x tau pun. hee


paham2 lah hari pertama pakai. segannye macam hari pertama balik ofis selepas cuti kawen jek ;p


"waahhh dd dah pakai uniform lah!"

"eh dd.. akak x cam pulak dd.. hehe"

"dd comelnyee!!!"

"heee nampak dah perut"

"waa dd dah pakai?"

"dd x pakai baju kurung dah?"

"hahaha.. dd ko macam pahlawan omputih" motip teguran yang ni



petang ni balik keje terus mahu pegi Melaka. nak jalan2 dengan kuku dan geng bandung. sebenanye plan Melaka ni ros n izuan nak gi sempena anniversary dorang yang dah setahun. tapi biasalah, ada watak2 tambahan kan menempel hee hee *terpapar muka dd, kuku dan ezan di skrin. hakhak


pergi sana 2 malam. balik sini Ahad. puas lahh aku berjalan2 kat sana yuhuuu... sekarang tengah duk menggugel 'Asam Pedas yang sedap di Melaka'.. dah print beberapa helai.. aku nak sangat makan asam pedas yang berkualiti... yang berkualiti adalah yang sangat sedap, tanpa kandungan MSG dan bile ko makan ko boleh hirup2 hingga ke titisan terakhir. arghhhh nakk!!! pernah makan yang paling sedap di dunia di rumah aini di melaka, zaman praktikal dulu. sedap giler mak dia buat asam pedas. bertambah2 kitorang makan.
jadi pergi sana harus cari yang betul2 berkualiti camtu gak big hug


ok x saba menjelang pukul 5 petang. ros dan izuan gerak pagi ni. aku n the gang lambat siket sebab aku tak leh apply cuti laughing


note : malam ni siapa2 tulun la sms aku gtau keputusan Maharaja Lawak ;P

untuk juara aku x kesah jozan atau sepah menang. sebab dua2 bes. tp jauh di sudut hati macam nak jozan menang. wahh bole? kesian nabil ;P sebab diorang kelakar dimana2 sahaja. kalau xde skrip pun masih kelaka. pernah tengok Spontan kan, kan gile babeng zizan tu kelaka buat lawak spontan. even dalam Maharaja lawak ni pun, selepas buat persembahan pun, diorang masih wat aku gelak masa juri bagi komen. itulah maksud aku, diorang ni lawak di mana2 sahaja. xkira masa perform atau tak. spontan.

Sepah aku suke sebab mmg kelaka lepas tu lawak dorang asli, lawak melayu.

Nabil, num 3 pun ok gak sebab kesian tengok die bersusah payah buat lawak sorang2. sian tauuuu, orang yg bg comment kat utube reti kutuk jek. ingat senang ke sorang2 tanpa partner nak mencipta lawak. uhuk. lagi pun awal2 dulu, kan die kelaka. hehe lately ni je merundum.


jangan lupe sms i ;p




Thursday, June 23, 2011

gamba kengkawan



malam tadi jumpe geng puteri 7, makan2 kat fudcourt presint 11 putrajaya..


arghhh geram sangat dengan rayyan ni. comel sangat2. tak bole ar... geram sangat dengan anak ciare ni, comel yang teramat. arghhhhhh



arghhh. omma dd bole pengsan camni kalau berhadapan dengan rayyan comel ni.

arghhhhhhhh



adam yang makin hensem.
ja bakal risau nanti ni bile adam dah besar. ramai peminat wanita ni. hak2 susah ja nak buat pilihan nanti ;p




dudu kuku makan penang fried kue teow. tapi x sedap, tawor T_T




eh ha ha ha baru perasan. Adam buat pe tuuu kat rayyan ;p

hak hak
motip mak2 nye sampai x pasan sebab syok layan kamera? hak3






rayyan di dalam jagaan babysitter.

hik2.

kuku offer jaga rayyan masa ciare tengah makan. tapi sebenanye aku kagum ngan ciare yang pegang rayyan sebelah tangan kiri, tangan kanan makan mihun sup. superwoman ok!! lengan ciare kecik ke besar ek hee hee

ciare, kalau aku nanti nanti kannnnn, mesti tangan kemana, anak kemana, makanan ke mana T_T wuu.

oh dd! chaiyuk2 untuk jadi seperti ciare dan lynette dalam desperate housewives!




4 puteri dari 7 puteri

hehe dah pakai baju maternity dah. bes bes. rasa ringan sangat, loose gitu.

baju ni beli kat Scarlett jj wangsa maju jek ;p

comelnye rayyan pandang sana. rayyan wat pape pun comel. aduhh. adakah ini naluri ibu? sebab selama ni aku xde laa obses pada baby sangat. huk2 selalu buat dek jek.


sonok tul jumpe semalam. ja tu ada je wat lawak. ciare gelak aku pun gelak sebab ciare gelak kelaka. hana lak bergaya betul tudung dia pakai skang, hak hak. dah laa tidur marriot hotel. gile kaya hana ni ;p

balik tu hantar hana. sampai2 ke lobi, kelaka hana cakap "eh alamak ada orang bukakkan pintu kereta pulak."

comel hana cakap camtu kat hotel 4.5 bintang. ;p elleh dd tah2 ko pun sama. haha. comel tul hana alamak alamak. kui2

tersengih2 si pembuka pintu itu. hik2.



note 1 : nak baca kisah seram? klik sini

note 2 : nak baca kisah yang membengangkan tak? klik sini. cam biasa link ni ofismet ku si oto yang bagi. dia kalau bagi link, memang bes la cite tu. aku baca memang bengang gile lah. rasa nak hempuk2 jek. hahaha. tapi jangan risau, masih terkawal ;p bengang comel2 je.

hik2 selamat berbengang ;p







Wednesday, June 22, 2011

akan kecewa apabila.. part 2


aku pernah kan buat tajuk ini dulu. hik2 ini part 1 motip ada part2?


daku akan kuciwa apabila

1) tengah xtahan nak masuk bilik air pagi2, sekali toilet dikunci sebab makcik cleaner tengah cuci2 kat dalam. huwarkkkKKKK waktu ini akan terasa dunia ini sangatlah tidak adil bagi diriku.


2) bila tengah semangat2 nak makan cekodok pisang besar @ muffin @ cupcake sekali bila masuk mulut, rasa pahit2 soda bikarbonat. kecewa ok. perlu ek penjual letak si soda tu banyak2 nak kasi kembang? banyak kali dah aku termakan. kecewaaa


ok dah 2 jek point hari ni. hehe

malam ni nak jumpe mok ciare dan geng2 puteri 7 sempena hana datang putrajaya. hana tu guru besar sekolah ke perlu dirai hah? ;p


kuku, malam ni kite kene kental!! ciare ada misi nak pegang perut kite dan nak tengok raut muka kita! bunyi seperti perangkap nak tau apa jantina anak kite melalui raut muke kite! kite kene bersedia wahai kuku!! bersediaaaa gerak gempurrrr!!!!!


pang~~ motip sangat nak rahsia2 jantina anak? ;p






Tuesday, June 21, 2011

hanin fizura's wedding


tarikh : 18 Jun 2011
tempat : Kampung Pengantin, Setapak
masa : 8:30 ++ malam


sedikit intro, hanin ni kawan aku masa kat mrsm kuantan dulu. kitorang satu kelas. satu blok asrama. rapat gak ngan hanin ni, selalu datang bilek dia, hehe. lepas tu kitorang selalu gak balik umah KL sama2 naik bas dari Kuantan.

hanin ni seorang yang sangat1000x lemah lembut. dalam banyak2 gadis/wanita yang aku kenali, dia ni lah yang paling lemah lembut. lemah lembut tahap kalau kitorang main bola jaring kan, aku risau betol kalau bola tu terkena hanin. risau sebab hanin ni lemah lembut sangat orangnye, tih tih tih..



so baru2 ni dapat kad jemputan dari hanin, rasa teruja sangat, siapalah jejaka yang bertuah itu.

ini kad jemputan hanin. sangat taste aku ok!!!! ah suke giler1000x

memang taste aku.. memang memang memang!!! *perlu ke ulang banyak kali

suwitnyeee kad ni~~~~~~


simpel jeee, tapi suwit~~~~~~





@Kampung Pengantin, kelip sana kelip sini




lawo


nway, ini kali kedua aku pergi wedding kat Kampung Pengantin ni. pertama kali dulu masa aina punye wedding


sekejap je dah berubah sekeliling Kampung Pengantin ni. dulu sekeliling dia senyap je, mana ada apa2. kali ni aku datang dah buat aku keliru mana tapak kampung pengantin ni. tiba2 ada tempat karoke cina la apa laa.... huk2



setiap tetamu perempuan dapat bunga kristal ni. like like. rasa exclusive. hehe
mula2 aku ingat nama Fizura & Fikri tu engrave tau.. rupe2nyee sticker transparent.. hihi nice idea^^





dd dudu bersama leli, cikgu wan dan suami cikgu wan. sepanjang duduk ni asyik gelak jekkkk, leli ni la asik buat lawak jek. hak2

semeja dengan baity+suami+haris anaknye, dan juga wany+pokwe suaminye+mikael anaknye. *motip xde gambar?

ina pun datang, tapi meja kitorang dah penuh, so dia duduk meje sebelah, sob2.



ketibaan pengantin. MC ada buat intro serba sedikit pasal pengantin perempuan dan pengantin lelaki. oooo pengantin laki ni doktor perubatan rupanya.. waahh pegawai bank + doktor, dimana kalian bertemu hah, xnampak link/ cabang lak hee hee



kui kui masa makan, kitorang sume makan, tapi kuku sorang je xmakan, die jadi babysitter untuk mikael anaknye wany hee hee mikael pun nampak selesa je dengan kuku, ok la tu hee hee lepas tu kuku buat badan mikael menari ikut lagu yang didendangkan, serius lawak laughing *rugi x amik gamba, sob2




dah pukul 10lebih tu laju2 ke pentas nak amik gamba dengan pengantin.
hanin~~ hanin cantek sangat. kite suke sangat design baju hanin, tudung dan veil. sume yang hanin pakai malam tu kite suke lah. sukee sukee
hanin nampak gojes sangat. pengantin yang rupawan


ok gambar belah kiri adalah wany, cikgu wan dan ina. ina comel ngandung 5 bulan gak ;)

gambar belah kanan lak baity, dd dan leli ;)





yeayyy happy sangat jumpe korang2 malam tu.

kelas F2 batch 2000/2001 memang terbaik ;)








selamat hidup berumahtangga wewe



tarikh : 18 Jun 2011
tempat : Batu 18, Hulu Langat *jauh nyee rumah wewe, ke dalam nunnn~~~ xleh bayangkan wewe ulang alik ke ukm hari2. uhuk


mula2 nak tunjuk kad kawen wewe

simple but nice :) ramai yang puji


kenduri wewe ni dudu dan kuku pergi sama2 dengan ezan. kitorang sampai dalam pukul berapa ye, dekat2 pukul 3 kot. alaa zidaaaa x sempat jumpe kitorang ye.. alaaa terlewat sedikit jewrrkk ;p kitorang sempat jumpe linda tau, hehe

sayangnye x sempat jumpe zida.

zida kate zida jumpe megat dan zura. oo sayangnye x sempat jumpe diorang gak. uhuk uhuk


masa sampai tu, wewe dan rano kat meja beradab.. tengah nak potong kek kowtt.. aku dah cakap kat wewe awal2 yang aku nak pakai baju color grey, saja nak tenggelamkan wewe..

masa datang tu, masa wewe nampak aku dia kata "aku x tenggelam pownnn"..

hak hak.. motip sangat kan aku dengki nak tenggelamkan pengantin, padahal sah2 pengantin adalah gojes hik2..


tema wedding wewe adalah merah hati...

wewe lak pakai baju grey.. memang cantek gabungan ;) jap gi aku tunjuk gamba wewe ye



sorang satu dapat muffin. ehem ehem tq note ni aku ada tulung gunting tau ;p




ni gamba ngan mony. alaa nampak gemux sebab kuku snap dari sudut bawah *bole x xnak ngaku sendiri gemuk?

mule2 duduk semeja ngan mony+rizal.

lepas tu dorang balik.... yuyu lak sampai.. umu+anas lak sampai.. pastu ros + izuan lak sampai..


duduk semeja ngan ros+izuan.. geng bandung gitu..
lama gak kitorang duduk2 hihi..


nampak ramai gak staf ukm... so tegur2 salam2 je lah mana yang terserempak.. yang duk jauh2 tu aku pandang dari jauh je la,, hehe aci kan..


nak tengok gamba pengantin??

taraa~

pengantin in grey.
credit gambar to kak reen punye fb.

comel wewe hihi.


nway, paling terpikat dengan kasut wewe. wewe tempah dengan Gavy. aa cantek sangatttttt, sukee sukee

gojes betul kasut silver wewe ni.
credit gambar to kak reen punye fb gak.




wewe dan ex-oasian..

omg, semua ni dulu staff OAS, tapi sume dah jadi ex-OAS.
xsangka kan. herrmmm

dari kiri : yuyu SAPURA, ummu TM, pengantin laki, wewe UKM, ezzan Kementerian Kesihatan, Rossa MMU dan yang duduk tu dd UKM.

so dd, perlu kee letak nama kompeni pada setiap nama? ;n hak2



pelamin wewe cantek kan, nampak fresh. pelamin putih + bunga merah + pengantin grey memang sesuai. akhirnye tercapai impian wewe nak pelamin bunga merah. hik2 merah or merah hati, xsure


rindu kat uols ;)



okielah. wewe baca entry aku x? kalau baca, cume nak wish, ermm ingatlaah wewe yang kamu dah berkahwin. hak2 anda bukan single lagi ok. selamat menempuh alam rumahtangga ye wewe dan rano ^^


bye uols.






Monday, June 20, 2011

hikhik hari ayah




ayah terkebil2 tengok ma borak2 ngan dudu kuku..


ayah tak dengar.. cian ayah..

tapi...

ayah nak tahu jugak apa yang diborakkan hee hee



akhirnya...

ayah hala telinga ayah ke muka ma, lalu ma pun kenalah cakap kat telinga ayah hee hee


inilah situasi yang selalu berlaku. comel butut. hik2



sempena hari ayah, kitorang bawak makan Papa John kat jusco wangsa maju.
masa tu baru lepas makan kenduri, so makan lite2 je la.
pizza kira lite ke ;p


kuku order pizza tanpa nenas hee hee




papehal ayah memang akan makan aiskem dulu, x pandang yg lain dah.




ayah kata ini raket pingpong. kui2



sedikit nota pasal ayah : ayahku seorang yang selalu tergoda dengan iklan makanan di tv. contoh: kfc iklan chicken chop. ayah tergoda. lalu ma menjadi mangsa ajakan ayah untuk pergi kfc semata2 nak try chicken chop. hoh iklan lah apa saja, konfem ayah aku nak try.



sedikit nota pasal ma : ibuku pula seorang surirumah yang mudah tergoda dengan panggilan astro untuk tukar channel. haha masa pakej basic dulu yang 49ggt tu, astro call ma offer ma masukkan channel movie *xingat apa nama... ma accept... xlama kemudian offer untuk pakej mustika pula, rm80.. ma accept, ma antara orang2 yang terawal guna astro warna ok.. haha... dan baru2 ini astro call ma untuk offer astro beyond rm 125.. punnnnnn ma accept laughing tak pasal2 umah dah ada beyond. kui2..


comel betul ma ayah mangsa yang mudah tergoda dengan sebarang pengiklanan. hik2

sayang betul ah kat ma ayah. mmuahx.. uhuk2 sayang sangat..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...