Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers
Showing posts with label hadiah kawen. Show all posts
Showing posts with label hadiah kawen. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

hepi besday kuku ku~~~



salam uols.

semalam 17 ogos 2011 besday kuku.
masa bujang2 dulu setiap kali besday kuku mesti akan ada adegan aku merajuk sebab die slalu tertidur bile menjelang pukul 12am. bile die tertidur, aku x leh la call jadi orang yang wish pada pukul 12am, haishhh kesabaran betul hee hee

inilah masalahnye bile dak laki xde perasaan dengan besday sendiri hee hee itupun naseb baik ingat ada besday date, kalau xingat~~ ;n


so bile dah kawen ni, hak keistimewaan tu memang sah2 aku yang punyaaaaaaa muahahahahahhaa kamu kini dihadapankuuuuu, muahhahahaha~~~ *sedang gelak jahat, wah mesti kuku ketakutan, kakakaka

tapi kannnnn kali ni aku pulak yang tertidur T_T bole?? masa pukul 12 tu aku dah tertidur atas beg laptop masa tengah buat final correction for thesis depan tv, kuku pulak ada je disisi sebelahku tengah kopek2 ikan bilis, kupas bawang sambil tengok tv T_T
pukul 12:30 camtu terjaga, terus aku wish dengan mata lalok2 T_T


kebetulan hari 17hb tu aku cuti Nuzul Quran. so alang2 duk duk kat umah, tingin nak masak simpel2 and ajak kawan yang duk dekat2 area umah untuk berbuka puasa sama2. hehe

ni bukan aku yang bake. order online je, Red Velvet Cake with cream cheese.
thank you sangat100x ezan sebab tulun jadi posmen.


memang terpaksa gune khidmat posmen.
sebab aku serumah dengan kuku kan hee hee
lagipun x pernah pergi somewhere2 tanpa pengetahuan kuku hee hee kuku mesti akan tahu jugak
hee hee aduhh mesti x berjaya nak wat surprise klu ada apa2 hee hee

wat susah2 ezangg jek ;P


ada menu nasik lemak ayam rempah kuku, kue teow tomyan dudu, cheesy wedges+nugget huruf2 kuku dengan kuih2+murtabak diorang bawak, hee susah2 jeee, terima kasih ye :)


so, motip besday boy tapi kene buat keje dan masak? hehe makacehh wakkk ;P

masa nak buat makan2 siket ni laa duk geledah balik hadiah2 kawen. naseb baik ada tray bufet yang teammate hadiahkan ni. nampak x tray bufet yang 4 bekas kat atas ni? bes bes. suke sangat, leh jimat space. smart pun smart.


hadiah kawen yang bes gak. dia ada versi 6 partition, ada versi xde partition, dan apetah lagi. suke suke





ooo camni rupenye rasa red velvet cake.


terima kasih kepada ezan, ros, izuan dan kak fae yang datang teman kitorang berbuka sama2. heee

TO KUKU, HEPI BESDAYYY~~
okey ucapan selanjutnyee dah ucap dah hari tu secara live ;P so xyah tulis kat sini laa khaann, ekeke.


note : kelaka pulak bile teringat malam besday kuku pukul 2 pagi, kuku adalah di dapur sedang masak sambal, dan aku pulak angkut laptop dan charger duduk buat keje di dapur sambil teman kuku *sebenanye aku yang takut duk kat hall sengsorang ;p nak tulun kuku, die x bagi :)
begitulaa kisah besday suami saya... yang penting, die sentiasa ada disisiku...








Thursday, May 19, 2011

jumpe kak gee



jumaat lepas punye lepas, saya jumpe kak gee.

hehe. kak gee ni saya kenal kat blog dari zaman blog pertama dia lagi. kire kenalan dalam blog gitu, x pernah berjumpe tapi jauh di sudut hati, tingin sangat nak jumpe. wahhh begitu~~

kak gee ada bukak kedai online jual baju dan ceklat. disebabkan aku ni peminat tegar coklat2, jadi aku tinginnn sangat nak rasa homemade ceklat, heeehee jadi terus order dengan kak gee sebab nak rasa rasa :P

jumpe kak gee kat bawah umah kak gee kat presint 9. hoo baru tau sebelum terowong p11 tu kalau masuk kanan, banyak fasa dalam tu, banyak arrr rumahhhh...


inilaahh ceklat kitee~~

di order dari GeeJaa's Cottage ;)
order ceklat campur2, dan ceklat waffle




nyum2

sedap tau. sekejap je aku dan kuku habeskan. hehe

GeeJaa's Cottage ni ada gak buat pek untuk gift~ leh ar ushar kat blog GeeJaa's Cottage k ;)




lepas tu, terharu sangat, kak gee bagi hadiah kawen. hehe dah lama dah kak gee simpan hadiah tu, tp x berkesempatan nak jumpe lagi ;)

terharu sebab kak gee masih simpan :')

apa di dalam ya ;)



taraa~ lovely white frame!!

sukeeeee


makasih kak geeeeeeeeee, cayang kak gee :D



hehe bila balik tu, aku sms kak gee. ayat lebih kurang gini~

"akak, sori tadi saya macam kalut2 siket. sebenarnye saya segan dengan akak, yelaa selama ni kenal kat blog je kan, xpernah jumpe, tu yang jumpe tadi, cam x tentu arah je tu. akak jangan amik ati tau saya macam huru hara"


huhu, aku memang segan sangattt T_T terserlah pada waktu itu.

pastu kak gee reply.. ayat lebih kurang gini~

"haha itulaaa, rupa dd cuak, macam nak ngadap guru besar je"


see
crying
uwaaaa memang pun, ketara kan kak geeeee, nak perkenalkan kuku pun nampak huru hara crying


xpe, aku yakin second time jumpe, mesti aku kool hee hee *monolog ku pada diri sendiri
nanti kite jumpe lagi ye kak gee hee hee
oh ya, kak gee ni kecik je orangnye. pastu suara dia comelllll sangatt..... mesti MR. B cair klu cakap dengan kak gee ;p









Wednesday, May 4, 2011

dah gantung



hari tu kuku dari sarawak dia tak ke sabah terus, tapi dia pulang ke putrajaya dulu, cuti2 kat sini je.. so kitorang manfaatkan cuti 3 hari di rumah putrajaya buat keje2 rumah basuh2 baju, dan aku buat 'keje2' aku ;p

kuku pasang paku kat dinding dan gantung hadiah2 kawen yang kawan2 bagi. hehe dah 5 bulan kawen baru nak gantung ;p motip? yelaaaa dah setiap wikend kitorang selalu lesap x duduk rumah, bile nyee nak ada masa kan. hik2



jam dinding si P.... bagi. sukenye jam corak bunga. ada lagi satu hadiah jam dinding tapi tertinggal kat gombak laa pulak, yang tu rancang nak letak kat ruang makan, yang dalam gambar ni letak kat hall.
aku cakap kat kuku, letak laa satu dalam bilek, kuku jawab tak yahhh, dalam bilek pakai jam henset sudaa hee hee rasa nak ku cubit2 je beliau hee hee





Alhamdulillah ada kawan2 yang bagi kalimah Allah Muhammad.
Terima kasih kawanku si C dan kawan kuku. hehe

suke suke tak payah beli dah ^^



ok tu je lah. haha masih x deco2 rumah lagi pownn... ala kadar je baru... sampai sekarang carpet/tikar x de lagi. x tau nak beli kat mana, nak murah2 je. uhuk


ok byeee korangg... skarang kat rumah gombak ni, lepak2 sambil layan tv sambil pandang laptop ^_^... heheee jap lagi nak bawak ma ayah keluar.. pu~







Tuesday, February 15, 2011

bungkusan dari ipoh



hari tu ma cakap ada bungkusan sampai ke rumah, dan kebetulan masa yang sama kak nunu ada emelku tanya dapat x bungkusan.. ooo bungkusan yang ma cakap tu dari kak nunu rupenye heeehee..

kak nunu ni kawan blogger... ermm kenal kak nunu masa awal2 dulu masa blog chapter 1 lagi..

aku ingat lagi, masa mula2 tu kak nunu tegur kat chatbox, lebih kurang camni "dudu?? macam nama puteri 2 je.. akak pun nak jugaklaa.. akak nak "nunu"

comelnye kak hee hee


lepas tu, ada masa tu aku dan kawan2 gedik2 conteng kat chatbox blog nama penjodoh bilangan masing2 tau... ja mengaku diri dia - sekeping ja... *sekeping ke? ;p ... mony lak mengaku diri dia - sehelai murni... sehelai???
crying ... dan aku pulak mengaku diri aku - sepasang dd *hehe biasa2 je...

dan tiba2..

kak nunu muncul, mengaku diri sendiri adalah segulung nunu.. comelnyeee crying



comel okehh perwatakan begitu.. masa masa tu aku buka blog kak nunu, oooo kak nunu ni seorang cikgu rupenye.. hehe sampai skg aku baca blog kak nunu walaupun kak nunu dah jarang update.. kak nunu mempunyai seorang suami yang sangat romantik ^^


okeh sambung kesah hadiah... jadi masa balik gombak weekend hari tu, aku buka bungkusan dan lihat.. waaaaaaaahh

terharu :')

sebuah buku Pemilik Cintaku, dan juga Zikir pagi dan petang



ini bahagian dalam buku Pemilik Cintaku.. tertarik =)



kak nunu... terima kasih sangat sebab beri dd hadiah yang xternilai ni :)
dd xtau nak cakap apa.. terharu sangat..



akhir kata pada semua pembaca, Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi, 2011.


=)






Tuesday, February 1, 2011

ezan jangan berduka



entry ni ditujukan untuk ezan, hehe..

kenapa ezan berduka? ermm nanti laa kot die cite kat blog huhu.

so ezan, dd nak tayang hadiah kawen ezan ni, suke x suke x? hihihi


taraaaa~~~


makasih ezan bagi bunge lovely lace yang sangatttt lovely ^_^



tapi xtau lagi nak letak mana flower pots ni. kejap letak situ kejap letak sini hee hee



ni yang rasa nak gugel ni ;P



letak kat magazine rack???
berapa ringgit eh magazine rack hee hee




letak kat tepi tingkap macam ni???? suke sukeeeee, beli meja kecil pastu letak tepi tingkap pastu letak laa flower pot ni. oh i like~~~





lebih kurang camni ke?? hee hee



yang ni.. biasa je thinking




hohoo no comment thinking
^_^
note : aku nak satu bilik persalinan baju macam ni bole???????? sekali dengan wardrobe sume2 baju la. pehh~




ni kot pemenang nye.. letak flower pot ezan kat rak gambar macam ni
eh rak gambar berapa ringgit eh hee hee

tahun bila la bole beli ni, tengah berjimat ni hee hee



tapi, idea meja kecil tepi tingkap tadi pun suke gak thinking




..


ezan, terhibur x ;)




hehe ok lah bye bye.





nah selingan, lately ni kan cuaca lembab2, badan ni rasa sejuk2 je. terus semalam terasa nak makan bihun sup yang ada lada hitam, bole panas2 kan badan.

terus buat sup ni malam tadi.

sukeeeeeeeeeeee big grin
sup yang ada lada hitam memang kegemaran.
heeeeeee heeeee tengok kuku hirup mangkuk sup nye sampai titisan terakhir, uh sejuk hati ;P







Tuesday, January 25, 2011

kotak tisu untuk rumahku



hari tu kan masa ezan, lina dan aida datang umah..

- ezan masa sampai2 je kat pintu "dd!!! u duduk rumah apa ni?? omaigodd!! ezan ingat xde umah dah hujung ni, ezan da nak pata balik, rupenyee memang ada umah dd"


note : hak hak rumah aku mmg hujung dunia
hee hee pullman tu dah cukup ujung, ezan ingatkan aprtment sebelah pullman tu rumah kitorang, tp sebenanye tidak!!!! anda perlu berjalan terusss lg sampai hujung walaupun anda rasa itu jalan mati, tetapi sebenarnya tidak!!! anda perlu teruskannnnnnnnn jugakkkkkkkkk

lepas tu unit rumah aku pun hujung dekat tingkat 13, dah gelap2 nampak sign 'Keluar' tu mesti org akan ingat dah takde rumah, *macam aku dan kuku awal2 dulu haha, tetapi tidak!!! anda perlu yakin bahawasanya masih ada rumah di hujung lorong yang gelap itu!!!

kesian ezan takut
rolling on the floor




- lina masuk2 rumah je terus jenguk aku kat dapur dan berkata "dd, comelnye keri pakai seluar kotak2"

rolling on the floor

lina
rolling on the floor



- lina bawak betik. comel kan.. so betik itu jadi pembasuh mulut kitorang selepas makan nasi. hihi



- mereka kepedasan selepas makan sayur yang kuku buat hahahaha termasuklaa aku nak nanges pedaasss


- selepas pulang dari nilai, dorang naik semula umah kitorang, kitorang jemput solat maghrib kat umah. lepas tu, kuku bukak cite jepun. kitorang pun layan laa cite jepun yang cite pasal st Lucia's academy school for girls, yang setiap gadis ada butlernye sendiri.. hi hi hi layan.... pagi tadi aku half day pun aku duk layan cite tu kat umah hik2..


- lina, makasih bagi wedding present ini!! rumah dah ku berseri siket dengan adanya kotak tisu cantek ^^

makasih lina :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...