Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers
Showing posts with label puteri 7. Show all posts
Showing posts with label puteri 7. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

gamba kengkawan



malam tadi jumpe geng puteri 7, makan2 kat fudcourt presint 11 putrajaya..


arghhh geram sangat dengan rayyan ni. comel sangat2. tak bole ar... geram sangat dengan anak ciare ni, comel yang teramat. arghhhhhh



arghhh. omma dd bole pengsan camni kalau berhadapan dengan rayyan comel ni.

arghhhhhhhh



adam yang makin hensem.
ja bakal risau nanti ni bile adam dah besar. ramai peminat wanita ni. hak2 susah ja nak buat pilihan nanti ;p




dudu kuku makan penang fried kue teow. tapi x sedap, tawor T_T




eh ha ha ha baru perasan. Adam buat pe tuuu kat rayyan ;p

hak hak
motip mak2 nye sampai x pasan sebab syok layan kamera? hak3






rayyan di dalam jagaan babysitter.

hik2.

kuku offer jaga rayyan masa ciare tengah makan. tapi sebenanye aku kagum ngan ciare yang pegang rayyan sebelah tangan kiri, tangan kanan makan mihun sup. superwoman ok!! lengan ciare kecik ke besar ek hee hee

ciare, kalau aku nanti nanti kannnnn, mesti tangan kemana, anak kemana, makanan ke mana T_T wuu.

oh dd! chaiyuk2 untuk jadi seperti ciare dan lynette dalam desperate housewives!




4 puteri dari 7 puteri

hehe dah pakai baju maternity dah. bes bes. rasa ringan sangat, loose gitu.

baju ni beli kat Scarlett jj wangsa maju jek ;p

comelnye rayyan pandang sana. rayyan wat pape pun comel. aduhh. adakah ini naluri ibu? sebab selama ni aku xde laa obses pada baby sangat. huk2 selalu buat dek jek.


sonok tul jumpe semalam. ja tu ada je wat lawak. ciare gelak aku pun gelak sebab ciare gelak kelaka. hana lak bergaya betul tudung dia pakai skang, hak hak. dah laa tidur marriot hotel. gile kaya hana ni ;p

balik tu hantar hana. sampai2 ke lobi, kelaka hana cakap "eh alamak ada orang bukakkan pintu kereta pulak."

comel hana cakap camtu kat hotel 4.5 bintang. ;p elleh dd tah2 ko pun sama. haha. comel tul hana alamak alamak. kui2

tersengih2 si pembuka pintu itu. hik2.



note 1 : nak baca kisah seram? klik sini

note 2 : nak baca kisah yang membengangkan tak? klik sini. cam biasa link ni ofismet ku si oto yang bagi. dia kalau bagi link, memang bes la cite tu. aku baca memang bengang gile lah. rasa nak hempuk2 jek. hahaha. tapi jangan risau, masih terkawal ;p bengang comel2 je.

hik2 selamat berbengang ;p







Tuesday, April 26, 2011

jumpe super woman



hari ahad hari tu aku dan geng puteri 7 ke Sungkai untuk bertemu dengan Super Woman..

iaitu..

ateh!!!!

hehe hebat x ateh leh pangku dua bb sekaligus. rezeki dapat twin^^

ateh letak adik, adik tidur, kakak bangun nanges..

lepas tu ateh tidurkan kakak, adik pula bangun nanges.

persoalannye bilakah ateh tidur??


kagum lah ateh.. tapi hari tu memang nampak dia penat.. huhu.. tapi penat2 gembira kan ^^



aina ke aira ye?
ooo aina kot, sebab tengah diam.. hehe aina ni adik, kalau aira kakak, tapi kakak aktif siket.


ibu ja

hek hek


adam sayang adik tapi mengekspressikan sayang dengan caranya tersendirrvvriii hee hee



kaum bapak2.

alah last2, mai jugak ke tempat baby2 ni. haha mana tahan tengok baby kan ;p



lepak dari umah ateh dari kul 11 lebih sampailah ke petang.
family ateh sediakan lunch lauk kari ayam, nikmat makan ramai2. siap ada mangga potong lagi tu uhhhh

pastu kitorang basuh pinggan beramai2 hee hee sungguh teringat memori zaman bujang dulu kitorang lepak kat umah ateh ni. heeeheee



petang tu sebelum pulang ke KL kitorang berehat2 di Hotspring Sungai Klah.
yang bawak baju extra tu mandi laa. aku xbawak hehe.


dari kiri - si bulat, ja yang asyik buat aku terhibur je, hana yang pakai tudung stylo dan prince charming hana.


gamba prince charming dd pulak hee hee


kalau tere carilah mana shah dan adam. haha

nak suruh korang carik biku dan hosmetnye macam kejam pulak , sebab diorang ada je.... disebalik gelongsor yang dorang x turun2-haha-konfius-aku



last but not least, seronoknyeeeeeeeeeeeeeeee hari tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!
asyik rasa nak gelak jek heeeheeeeeee
spend masa yang berkualiti betul!

daa~







Thursday, March 24, 2011

malam ni nak jumpe puteri 7


ja tarabas: aku da tukar URL blog aku --> http://tenhundred.blogspot.com
greenrose_dd: nape ja tukar
ja tarabas: eh ade?
greenrose_dd: aku mmg ada laaa

ja tarabas: tah aku ilang akal tgh takde keje neh
greenrose_dd: hahaha
ja tarabas: so tukar link blog.

greenrose_dd: selalu org tekejut bile aku reply.. kelaka betul, cam aku ni halimunan ;p
ja tarabas: hoh
ja tarabas: lebey kurang ar

ja tarabas: cm antu yg nyorok belakang almari mase org tgh salin baju
ja tarabas: pastu tetibe muncul



motip?? kelaka laa kawan2 aku ni... aku memang selalu invisible kat ym ... pastu masing2 cube je ym aku.. tapi bile aku balas, mesti masing2 terkejut, macam laa aku ni antu yang balas ym ;p



greenrose_dd: ok ok
greenrose_dd: takutnyee malam ni
ja tarabas: nape takut
greenrose_dd: mesti aku ketawa cam hape je bile jumpe korg
greenrose_dd: nyampah
ja tarabas: hee
ja tarabas: takla
ja tarabas: hana kate die nak bg usrah
ja tarabas: so takde ketawe
greenrose_dd: jgn buat lawak sgt hee hee
ja tarabas: jgn takut
greenrose_dd: hana bg usrah pun mesti aku gelak




hee hee hadoi.... takutnyee malam ni, aku ade tenaga ke nak gelak ni.. diorang ni kalau aku jumpe je mesti buat lawak tunggang terbalik.. nyampah sangat... x cukup mulut nak gelak nanti, uhuk2 ;p


oh baru terima satu keping gambar dari ja... ja lukis.. tajuk image adalah "ddlempangtaksampai.jpg"



wahhh besarnyee perut aku ja lukis, siap lempang x sampai lagi hee hee



Wednesday, February 2, 2011

sahabat baik ku... lina..



AMARAN! entry ini sangat panjang dengan gambar2... huhuu... bersedialah untuk scroll bagi yang rajin.. jangan kata aku x bagi amaran eh ;p


coretan dan gambar2 ini dibuat sempena mengingati memori2 bersama lina, sebab dia nak kawen daa 4 februari ni.. uwaaaa.. cam xcaye jeee lina nak kawennn thinking

aku mengenali lina semasa kami bersama2 belajar di upm tahun 2003, semester satu dah kenal dah.. semester 1, gang puteri 7 dah ditubuhkan. hehe

masa mula2 kenal lina ni, aku cam pelik jugak ngan lina ni, sebab lina suka bercakap, baru pertama kali jumpa dia dah bercakap banyak dengan ku.. hehe selamba je ngumpat lina kat sini ;p

masa mula2 kenal tu terus rapat.. terus ajak lina datang bilik.. masa kat bilik pun cepat je lina mesra dengan rumet2 ku yang lain... lepas tu lina suke borak dengan aku sebelum aku masuk tidur... mula2 aku duduk, kitorang borak2... lepas tu aku baring, lina masih berborak dengan aku, aku angguk2 je.. tiba2 mata aku dah kuyu, lina masih bercakap... dan akhirnya aku tertidur.. xtau lina masih bercakap lagi x tongue

matilaa aku ngumpat lina kat sini, haahahaha...


tapi xpe, lina bercakap pun dia cakap pasal diri dia je, dia x cakap pasal orang lain.. sebab tu aku sangat suka kat dia =) xpe linaa, teruskan peribadi mu, itulah kelebihan mu dimataku =)


lina masa dolu2, di awal semester upm



lina kurus dan ciare



kami selalu bersama2 geng puteri 7




lina selalu tidur dengan aku.. aku ni penakut siket, kalau2 aku rasa takut, aku panggil lina untuk tidur dengan aku... takpun, kalau lina lepak kat bilik aku dengan rumet2ku, dia stay sampai sok je lah hee.
inilah katil kat upm dulu, kitorang selalu tidur sama heeeeeeee




sewaktu semester 4 pun, kitorang pergi latihan industri sama2 dekat melaka.

pergi zoo melaka sama2 :)




mendaki gunung sama2



pergi kenduri kawen abang demo sama2



puteri tujuh yang selalu bersama (eh x cukup 3 org)




sehinggalah pada tahun 2006 kitorang sama2 dah tamat pengajian. ada gambar konvo bersama2, nanti balik aku korek lagi eh. letak gamba konvo bes siket menggambarkan cerita heehehee..


selepas konvo, masing2 pun mulelahh menuju ke haluan masing2. aku cari pengalaman bekerja dahulu, lina pulak terus sambung master.

tapi kadang2 kitorang akan berjumpa balik semasa reunion :)

tak lama kemudian, tahun 2007 laa, ntah angin apa ntah aku pegi sambung master jugak, ikut jejak lina.. lina jadi senior aku setahun hee hee

ros dan wawa juga.. time tu lah aku bertambah rapat dengan mereka semua :)



apa yang kami buat adalah researh research research.. busan nak mamp*s ;p
kalu research pasal hutan ke sejarah ke bes siket kot bagi aku, tapi research pasal IT kan, mak aihhhhhh x sukeee okayyy


kitorang saling merungut2 sesama sendiri betapa x sukenye pada research...
tapi nak buat camana, perjuangan harus diteruskan huk2..


lepas tu kene hadiri conference macam2.

dalam gambar ni masa software engineering conference, ada dinner malam tu.


busan sebenarnye conference2 ni haha... tapi ada makan best2 tu je la yang best.




sehinggalah kami diterbangkan ke langkawi untuk perbentangan paper masing2 ke conference knowledge management. time tu baru rasa bes siket research, banyak peluang berjalan ;p

tidur bilik hotel pun sama2 padahal aku bawah supervisor lain, heehee



jauh nyee hubungan aku dengan lina, sampai ke langkawi hee hee




dimana ada lina dan dd, di situ juga ada rosa. rosa kawan baik kami juga, kitorang mmg banyak spend time bertiga. tapi sebab ini entry pasal lina nak kawen, jap ey ros, cari gamba2 yg byk muke lina je dulu eh hee hee




too many memories between me and her =)




oh yaaa, disitu juga ada kuku rolling on the floor

lina dah macam 'anak' kitorang, hehe



oh lina gayat tau kat tempat tinggi2, tengoklaa aksi die hee hee

kuikui


lina gayat ke? haha



okeh itu di langkawi... pergi terengganu masa zila kawen pun sama2...

lina, zila and me


us, yang memang rapat zaman buat research jadi RA



dd n lina @ terengganu





lepas tu kan... aku dengan lisa selalu cakap lina comel. heheeh suke dengan gelagat dia, kui2
hari tu lisa cite dia nampak lina kejar trefik lite aku dah gelak giler dah terbayang comelnyeee linaaaa kejar trefik lite
rolling on the floor

lisa, comel x lina?? cam kerang x, hehe


sampailah sekarang 2011, kitorang pun dah bekerja dah pun.. lina kerja kat cyberjaya, aku bekerja di bangi.. tapi saling rajin contact mengontact..

tapi biasalah kan kawan, adatlaa ada gaduh2 siket. kitorang pun sama, ada jeeee waktu2 diam. ada dalam 3 kali kot. hehe tapi cepat je baik semula hihi.
paling kitorang diam adalah semasa zaman lina menyertai *********tuuuuutttttt.... puk rasa geram sampai nak hempuk si lina masa tu, hehe..

tapi selepas tu ok balikkkk, kembali akrab hee hee

dah besor panjang ni xpenah pulak diam. lagipun lina xpandai buat aku terasa/kecil hati. hihi





pergi open house dan kenduri pun sentiasa bersama2 ;)

ada ja n ciare gak


ada rosa lagi ;p


paling bes, kawan2 aku sume jadi kawan2 lina gak. termasuklaa si ezzan kawan baik dd juga ni, hehe suke suke

slogan kitorang, kawan dd kawan lina jugak.. kawan lina bukan kawan dd tongue bole??
sebab aku kurang pandai bergaul siket, heeeheeeeee


sampai nak ke Bandung pun aku angkut si lina ni, hik2 padahal plan asal nak pergi bandung dengan kawan2 opis hee hee


comelnye lina makan mamee kat bandung


selain tu, my besfrend dari sekolah menengah cbn dulu, shai pun jadi kawan lina gak. haha

mase wedding shai



lina rapat dengan ma ayahku.. selalu bermalam di rumahku...
selalu kena teman aku pegi kenduri yang aku xkenal tapi kawan ayah.. hehe siriyes busan pergi kenduri sorang2 sebab x de adik badik pmpuan

seb baik ada lina...
dah kene angkut secara mengejut gi kenduri, lina selalu laa mengejut kene pakai baju kurung aku hee hee



sampai ke makcik2, cousin aku pun si lina ni kenal gak.. dah aku suke angkut lina ke mana2.. hik2

@ulu bendul, kat umah mak sedara kesayanganku



dan kemuncaknyee..

pada hari pernikahanku dengan suami, lina sentiasa disisiku... menemaniku..
:')

nak nanges laaa bile tengok gambar ni.. lina memang rapat dengan aku :'(




dan.. pada hari persandinganku, dia telah menjadi seorang pari untukku angel
memang banyak rupenye aku bergantung pada kau lina... dari awal perkenalan sehinggalah sekarang.. tapi kau x pernah merungut. sob sob



lina.. ko nak kawen da... aku harap sume persediaan ko berjalan dengan lancar hari ni, esoknye lusenye...
tinggal 2 hari je lagi ni..

huhu aku cakap camni sebab kalau ada masalah lina mesti call aku ngadu tu ngadu ni.. aku rasa geram sangat .. bukan pee, sian lina asik x bole balik lipis jek sebab baju x siap2 lagi, xleh fitting :( lepas tu bile dah siap, tengok2 lina dapat veil buruk gile, malam tadi terpaksa lina pergi cari kain sendiri nak DIY veil, nasib baik mak aku teman dia :(


entahlahh... xtau nak cakap camne.. kepada sume vendor2, tolonglaa consider customer yang duduk jauh ni.. siapkan laaa sebelum customer nak balik kampung, sian tau bakal pengantin nak kena stress macam2.... daripada lina patut balik lipis minggu lepas, terus last2 dia balik lipis malam tadi selepas dah dapat baju... x ke haru?? kat rumah dia byk lagi preparation.. aku yang hangin tau x...


tolonglaahh...


naseb baik lina dah dapat tudung dari kak vispera on time... terubat hati lina tengok tudung yang cantek dalam genggaman =)


wowww panjang giler entry ni..

okeh ar lina, ko dah nak menempuh alam baru... alam rumahtangga bersama suami tercinta..
aku cuma nak cakap...

aku saaaaaaaaaaayaaangggg sangat kat kooo!!!!!
kau lah sahabat ku dunia akhirat

tsk.. tetibe teringat aku pernah kekurangan duit, jadi terpaksa makan berjimat cermat, dengan lina2 sekali aku paksa makan nasi lemak singgit hari2 waktu dinner... uwaaa



aku teringat kata2 ja...

"lina tu sebaik2 manusia tau tak.... aku tak pernah tengok dia cakap buruk pasal orang.."


ya, betol.. aku setuju dengan ja... lina memang suka bercakap, tapi dia hanya cakap pasal dirinya, boifrennye/tunangnye dan familinye sahaja.


din, jaga lina baik2 crying


-TAMAT-

(terngiang2 lagu 7 budak hitam)


note : sahabat2 baik ku yang lain jangan amik hati, nanti korang kawen akan ada special entry jugaaa, heehee

labels dari blog lama : puteri 7





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...