Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers

Friday, June 17, 2011

update sambil makan tembikai



Assalammualaikum kowrangg~~ (cakap gumam2 sambil tembikai dalam mulut)

skg tgh lunch jumaat ni.. kenyang laa.. x keluar mana2 pun.. lg pun wewe xde hee hee die kan nikah pagi ni. hehe. lepas tu aku ada keje nak disiapkan, so memang x akan keluar punya. kalau xde keje urgent dan bole keluar, ingat nak ajak ciare pergi iceroom makan si durian yg ciare publish tu
hee hee alamak kuku pandang laa ;p


tadi jalan sorang2 naik ke cafe.. rasa nak sangat makan buah.. sebenanye hari2 aku beli buah ngan makcik tu.. dari jauh dia nampak aku, dia dah get ready nak potong buah tembikai.. kui2.. sebab aku suke beli tembikai ngan dia, mintak potong.. x paham nape makcik tu jual tembikai secara potong besar2 beserta kulit, camne tah aku nak makan dengan ayu hee hee

sebenanye aku dah serasi dah dengan persekitaran tempat keje aku ni, so memang x penah kesah kalau nak jalan sorang2 gi cafe.. hihi biasala perempuan kan, kan suke ber'gang jalan2.. masa mule2 masuk dulu, segan nak jalan sorang2, takut orang ingat kite xde kawan.. hak2..poyo kan.. tapi bile dah serasi dengan tempat keje ni, aku boleh makan dengan siapa saja.. kadang2 jalan ke cafe sorang pun bole.. xkesahh.. lagi2 si wewe tu slalu diet x makan.. so aku tunggu je lah kat partition aku.. sesiapa yang lalu mesti akan ajak makan punya tongue ni lah untungnye partition depan2 dekat dengan pintu tongue selalu akan nampak aku bertukar2 pasangan masa makan ok tongue kejap dengan rina, kejap dengan wewe, kejap dengan aina n the gang, kejap dengan kak hasnah n the gang, kejap dengan kak zura berdua je, kejap dengan suhana+sha, kejap dengan sumaiyyah, haha slalu tukar2, bergantung pada siapa yang available dan lalu depan partition ku ;p

oh ye, tadi jalan ke cafe beli buah semata2 sebab perut dah kenyang. pagi2 tadi makan bubur nasi marveles. sedapp ohh... kul 10 pulak tetibe aku dipanggil oleh bos suruh masuk bilek yang dia tengah miting. tiba2 aku kene tunjuk skrin yang aku dah buat. jadi langkah kanan la aku, sebab miting tu ada makanan. diorang pelawa banyak kali suruh aku makan. aku pun makan laaa, ada mihun kari. nyum2.

bubur nasi yang akan diletak kuah sup. sedapp



tadi makan bihun kari, tapi tempek gamba mee kari meeting hari tu. aci la kan


tadi balik cafe, cam biasa aku duduk laa depan pintu ptm. jari aku kan dah x nak di'detect oleh alat thumb print tu. duduk je laa menepek kat situ tunggu kot2 ada orang balik nak masuk ptm kan. duduk atas bangku sambil makan tembikai guna lidi, kuikui. tiba2 nampak ada seorang hamba Allah nak naik kereta pastu macam keluar balik, "ko tak bole masuk sebab thumb print ke" .. "ha ahhh"... terus hamba Allah tu jalan ke pintu dan capkan kan jari.. haha besar pahala hamba Allah itu.. terima kasih terima kasih..

semalam aku dan kuku pergi alamanda, nak beli hadiah kawen wewe dengan hadiah ofismet kuku. tapi kan alamanda lengang giler. "oooo hujung bulan rupanya"... lain kali kalau nak lengang kite pegi hujung bulan je la ye ;p

malam ni balik gombak jumpe ma dan ayah. rindunyewwwrr~~


eh sebenanye aku tengah busy ni. nak siapkan pengaturcaraan. ada 3 plastik buah yang aku beli *tembikai, jambu dan tembikai lg. da makan 1 plastik. nanti sambil keje kite makan lg 2 plastik ye.

bye uols









Wednesday, June 15, 2011

entry sempena wewe nak kawen



ku kenali wewe pada tahun 2009.. hari itu adalah hari pertama aku melapor diri di tempat kerja baruku yang bernama OAS, yang terletak di presint diplomatik, putrajaya..

aku berseorangan, tiada teman yang menemani.. maklumlah aku pegi interview pun tiba2 mengejut, dapat keje pun tiba2 mengejut..
pada hari itu aku lihat ada lagi 3 orang yang melapor diri.. tapi mereka bertiga seperti sudah saling mengenali, melihat mereka bergelak sesama sendiri.


aku yang penyegan hanya mendiamkan diri sahaja, sehinggalah mereka yang menegurku, mengenalkan diri masing2 sebagai linda, hakim dan SALWA. waktu itu aku hanya senyum2 pada salwa dan rakan2... selepas senyum, mereka sambung bergosip tentang rakan2 uitm mereka.

bermulalah hubungan ku dengan mereka sebagai kawan mulai keesokkan hari dan seterusnya..
kami menjadi sangat rapat.. gang budak2 baru gitu.. walaupun mereka dari uitm tapi mereka x sisihkan aku yang sorang2 dari upm ni..

tetibe, rasa x larat nak bercerita, bole?? lenguh pinggang weh. nak tepek gamba je eh.


inilah dia salwa yang kukenali. seorang yang selamber dekkk.. memang ngam giler ngan dia. belakang salwa tu hakim. walaweh~




selamba kan ;p meluruskan kaki sambil makan aiskem di bawah ofis laughing




kami bekerja sama2, pergi kursus sama2.



kami makan sama2. stay up sama2. tidur di ofis sama2.



kadang2 aku berehat di rumah wewe untuk mandi2 sebelum ke ofis semula di waktu malam. dasat ok kitorang keje dulu hee hee



wewe dan jejaka berhelmet hee hee


pastu wewe suke gado2 manja dengan luqman. ce tengok ni. siap nak tikam2.

hee hee

pernah sekali tu luqman agah2 nak pijak kaki wewe. dia ingat wewe akan lari sebab ye lahh, paham2 laa kan kaki lelaki nak pijak kaki perempuan yang tanpa stokin/alas ;p

sekali dengan unpredictablenye, wewe gi pijak kaki luqman balik dengan banyak kali "hamik kau hamik kau hamikkkkkkkkk"


luqman terkedu

laughing


selain itu, wewe juga suka bermain badminton dalam ofis. dengan luqman lak tu hee hee guna buku sebagai raket dan gumpalan kertas sebagai bola hee hee

wewe jugak rajin layan aku main ngarut2 macam main jual2 yong tau fu. aku jadi penjual, wewe jadi pembeli. hak hak. siap gunting2 kertas macam gunting2 fishball gitu.





gamba atas ni zaman wewe bercinta dolu2. haha asyik tengok henset jek..



gigih wewe buat koding sambil menatap buku JANGAN BERSEDIH sebagai motivasi hee hee



tetapi, hubungan kami di OAS tidak lamaaa... tidak sampai setahun pun.. wawa telah mendapat rezeki untuk bekerja di ukm.. sob sob... pilu gile hatiku waktu ituu..

ku meratapi pemergianmu wawa~~


sehinggakan~

lukisan basikal mu pun menjadi tempat ku melepas rindu~ *tipu ;p

kelakakan basikal yang wewe lukis. kelakanyaaa
klu xnampak cube besarkan gambar ni dan cari basikal nama salwa



kemudian kami menjalani kehidupan seharian tanpa wewe disisi.. sehinggalah pada satu hari aku dapat link kekosongan ukm dari wewe, lalu aku mohon keje di ukm, dapat pegi ujian, dapat pegi interview.. dan berjaya menjadi calon simpanan... dan pada satu hari aku mendapat panggilan dari ukm untuk mohon aku lapor diri..

oh aku akan kembali bekerja bersama wewe~~ tapi pada masa yang sama, aku sedih giler1000x terpaksa meninggalkan kawan2 di OAS.

*motip sedih beriya2 masa wewe pindah tapi last2 keje sama2 balik


di ptm, ukm, aku sungguh bertuah kerana dah ada wawa. hari pertamaku tidak keseorangan. aku tidak melalui suasana yang kekok, aku tidak lunch sengsorang dan aku tidak terkapai2. di sini jugak aku mula panggil wawa sebagai wewe. motip?

aku berkawan dengan semuaaa kawan2 wewe. kakak2 laa yang ramai ;p

tapi di sini, wewe dah matang siket. xde budak2 dah macam kat OAS dulu. dengan aku2 skali ikut matang ok. yelah, ko berani nak main badminton dalam ofis ptm? ko berani nak main jual2 yong tau fu dalam ofis?

nak berfacebook pun takut2 hokeii.. haha

lagi satu, ko berani nak main gado2 tikam2 dengan luqman kat sini? eh sini xde luqman.. kite ganti dengan ata bole? wewe rapat dengan ata.. semalam baru nampak wewe pelepekkkkkkk ata dengan kertas2 sebab ata cakap ............................... ;p *kijam oh ayat ata ;p


serius kan muka wewe buat keje sekarang, xde budak2 dah hee hee



sehinggalah pada hari ini. aku dan wewe masih berkawan.

kite pernah berbual2 di cafe membayangkan kite 2 akan mengusap perut sama2 jika kita masih kerja di ukm. aku sudah usap2 perut. 17hb ni wewe akan bernikah. xlama lagi usap perut la jugak, InsyaAllah. aku tunggu ko ye wewe~ ;p


Selamat Pengantin Baru wewe. x saba nak tengok wewe pakai baju pengantin color grey ;)

terima kasih wewe sebab banyak membantu aku selama ni, menjaga aku *wah menjaga ke.
terima kasih juga sebab suke bawak makanan kasi aku. ;p

mmuahxxx kiss

hik2 daa~


note : terharu baca entry jiwang wewe ;p





dik lisa yang senyap


jack sparrow jangan lupe like kami okay! pang~

arghh terngiang2 iklan hot fm tu dalam kepala ku.. x sukeeeeeee



nak tepek gamba sarapan ku pagi ini.
kuku nak makan sandwich sardin, so pagi2 ni ku buat 2 bekal sandwich sardin.. harap2 laa ofis xde bau sardin hee hee



oh hari tu lupe nak cerita detail pasal dik lisa.. wah dik kelisa dah ada nama pendek.. hari tu kan aku anta dik lisa ke perodua, 4 hari jugaklaa dik lisa kene duduk sana...

ada 2 mende major yang kene tukar.. ekszos yang patah.. pastu engine mounting.. pastu alang2 servis terus.. bila dapat bil tengok senarai2 tu terus rasa macam "wahhhh betul ke perempuan yang bawak ni?" nak binasa dah dik lisa ku, ganas kewwrr aku bawak selama ini hee hee

dapat bil XXX ribu. hoho nak nanges tak??? nak nanges takkkk??

yelah selama ni dik lisa tak penah buat apa2 perkara yang merisaukan aku. bagus giler.. tapi baru2 ni bila dah ada bunyi2 motorboat siket, terus fikir, laa cian dia, dah lenguh2 tulang dah, tua dah dia yee, 1XX,000km dh mileage dia ;p


bila dah sembuh, skang aku bawak dik lisa kool gileerr... senyapppp jekkkk... takde bunyi2 dah.. dah macam rasa bawak woody pulak.. eh eh pernah ke aku bawak woody? hahaha xpenah ;p

seronoknyee bawak dik lisa sekarang... sayangg dik lisa mmuah mmuah

ok bye nak buat kerja.



note 1 : x suke artikel zubir pasal siti saerah jual cupcakes. orang elok2 berbisnes halal pun nak tegur. huh

note 2: hari tu kuku ada keluarkan oven dari stor. dalam fikiranku dah mula2 fikir mahu start membakar kek la. hohoho nak mula dengan apa ya








Tuesday, June 14, 2011

saje je gugel gamba babycot dan baby's room :)


xlarat nak taip entry... aduhh duhh... lenguh tangan, lenguh pinggang, ngantukk... rasa nak baring jewrrkkk~~
nway aku tengah membiasakan diri dengan pregnancy ni... tibe2 aku rasa cepat mengah.. tibe2 aku sukar nak bongkok2 pakai stokin lepas solat kat ofis.. tibe2 aku rasa susah nyee nak bangun bile dah duduk.. tibe2 aku rasa x selesa duduk atas kusi lama2... kadang2 orang bole perasan muke aku xkeruan duduk lama2 espeseli bile bertandang rumah org hehe... malunye..
tiba2 rasa sakit melecet sana sini akibat kegemukan melanda *xtahan ok.. kagum dengan mereka yg obesiti... sob2..
emosi pun xstabil, kejap camtu kejap camni haha.. leh kelam kabut kuku~



xpe2.. x merungut, pengalaman indah ni.. heheee nanti lepas bersalin mesti tingat2 kat perut yang statik keras menyebabkan bile nak duduk/bersimpuh terus duduk secara keras... heehee






















Monday, June 13, 2011

pagi tadi berjaya jadi misae



hari ni checkup lagi sempena dah kandungan 5 bulan :D poliklinik bukak pukul 8:30 pagi, tapi aku dan kuku sampai pukul 8 pagi :D lepas tu tunggu depan klinik, berdiri tunggu pintu bukak semata2 mahu merebut angka giliran No. 0001 big grin desperate tak dengan angka tu
hee hee
yelah kuku kan bekerja, xmo lah die masuk ofis lewat2 sangat.. cian dia..

dah dekat2 pukul 8:30 tu, makin ramai pulak ibu mengandung berdiri tunggu pintu bukak. masing2 pegang buku pink, ahakss..

dan apabilaa pintu buka... terussss aku yang memang berdiri paling depan teruss masukk... klik klikkkk dapat num 0001.... berjayaaaaaa \(^o^)/ tapi sebenanye xde rebut2 punn.. hehe diorang nampak kot aku berdiri paling awal, xde laa kot nak berebut2 dengan aku ke depan skali hehe.. ibu2 mengandung memang sume baik2 belaka ;p


nota sampingan untuk yang tak kenal misae : misae adalah ibu sincan.bila ada sales dia suke tunggu kat luar pasaraya awal2 tunggu pintu dibuka sebelum merempuh masuk merebut baju2 yang 50%..


habes checkup tu kan, wahh hamik ko tengok ramai gile tunggu giliran... naseb baik aku datang awal fuh fuh fuh...

datang awal, doktor pun segar2 lagi kan.. leh tanya macam2 :D

checkup Alhamdulillah, sume ok. normal..Alhamdulillah. test urine, fuh fuh normal. tak sia2 aku minum milo malam tadi tanpa gula/susu manis... milo kosong jek, takut kandungan gula tinggi hee hee tapi berat aku naik mendadak lagi.. hohooooo.. nex checkup doktor nak tengok kalau naik mendadak lagi, habeslaaa aku.... ujian air gula laahh kamuuuuuu....

lepas tu tadi, doktor inject untuk elak kancing gigi... oooo memang kene ek kalau pregnant??
masa injek x sakit/ x perasan.. sebab duk pandang muka kuku pastu dia buat2 aksi lembut macam sincan masa doktor suruh lembut2kan tangan
sabo je lah... tapi lepas2 tu sampai ke ofis tangan rasa lenguh2 siket hee hee


masa scan, bb kali ni mengiring pandang weols.. maksudnye, aku tengah baring mengadap skrin kan, haa dalam skrin tu, bb pandang aku balik.. wahh *tp die mestilaa xtau kan yang muke die sedang ditangkap ;p


macam pandang sinis je hee hee
wah mata terbukak besar, awal bangun si kecik ni hee hee
doktor kata dagu dia tajam, ikut emak ke?. aku x rasa dagu aku tajam, double chin adalah hee hee
nak kata ikut dagu kuku, kuku pun dah gumux. kene korek2 balik gamba kuku versi kurus dulu tengok dagu tajam tak hee hee
nampak tak mulut atas dagu tu? macam kecik jek mulut dia. ikut kuku la kot. tak ikut mulut aku yang besar. ayah aku dulu kannnnn slalu ngejek aku mulut cam ning baizura bile aku gelak besar. sabar tak sabar tak?

kalau boleh taknak hidung dia ikut hidung aku. nanti jadi bahan ngan kawan2 universiti, kene ngejek hidung jambu air hee hee itulah yang omma lalui selama ni crying

comelnyeee tangannn~..
adehh kantoii makan karipap malam tadi. apa yang aku makan sume bb nak makan tawww hee hee



doktor kate bb sangat aktif. itulahh punca aku selalu rasa nak ter'shi'shi dengan terlalu kerap, sebab bila die gerak2 akan tertekan2 ke bawah kan. hohoo patutlaa.... oh bb~~ nanti bb kuar, omma bawak bb main jongkang jongkit yee hee hee


oklah. see ya bb. mama dan ayah sayangkan kamu. *kejap omma, kejap emak, kejap ibu, kejap mama pangg~


note : jozan kelaka kannnn ;p begitulah awan nano nano nano nano~~~~ rolling on the floor lawakkk sangattt rolling on the floor








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...