Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers

Thursday, March 10, 2011

Big Red Strawberry Farm, Cameron Highland



petang2 kat Cameron makan makanan yang berunsurkan strawberry memang layan habesssssss, walaupun sejuk2 hujan big grin

oh pancake stoberi, i miss u soo much ;)



oh waffle stoberi, i miss u too.



dua2 snack di atas, dudu dan kuku makan dekat Big Red Strawberry Farm. banyak lagi yang aku teruja nak try makan, xpe nex time lah. hehe



nah terimalah hasil tangkapan kuku dekat Big Red Strawberry Farm ni.




besnyeee pegi weekdays, dunia ini kami yang punya hee hee






cuci mata melihat bunga2 dan tumbuh2an hijau memang merehatkan ;)


ekceli, bukan Big Red Strawberry Farm je yang kitorang pergi. sume tempat yang ada perkataan strawberry lah kitorang pergi, kecuali Raju's Hill Strawberyy Farm. motip?
hee hee


yang ni dekat Healthy Strawberry Farm.
gemuk2 stoberi dia kan kan.

Healthy Strawberry Farm ni duk betul2 sebelah rumah peranginan kitorang. so jalan kaki ajek, hihi. jalan kaki dalam hujan yang gerimis.


Kasimanis Strawberry Farm pun kitorang pergi.

EQ Strawberry Farm pun pegi. konon2 nak pick your own stoberi, tapi last2 x jadi sebab macam mahal pulak.


kitorang beli stoberi kat Kok Lim Strawberry Farm, harga macam murah n nampak ok laaa.


yang kelakanyeee, Strawberry Park Resort pun kitorang pergi. rupe2nye bukan strawberry farm laaa, tapi resort laaa laughing kelaka betul nampak perkataan strawberry jek nak pergi, haha.

tapi apartment2 resort ni kat puncak bukit tau... sejukkkkkk... pemandangan dari atas lawa sangat, Subhanallah.

pemandangan dari Strawberry Park Resort..
brrrr sejuk






from cameron with love



bole tak sebenarnye rasa malas2 nak update pasal Cameron? padahal kat Cameron sana aku adalah ceria gile. balik sini jadi lemau selemau2nya. tengok gamba Cameron pun macam alaaa malas nyeee~~ adakah aku dah jadi macam ciare yang x bole tengok gambar2 beliau di Bandung semasa dia mengandung?? oh~~~ ini bukan mode mengada2 ye. ini realiti, huk2.

jom lah baca cerita cameron aku dengan nada tanpa perasaan eh.

senada je tau aku cerita ni, tapi xtau laa kalu hujung2 tulisan aku ni berubah jadi ceria. u know dd~~ lalang yang boleh berubah2 mengikut angin~ kof kof kof



kitorang pergi Cameron hari ahad. naik ikut Simpang Pulai, balik ikut Tapah. Simpang Pulai busan siket perjalanan walaupun boleh laju, tapi bile turun ikut Tapah, pemandangan adalah kehijauan, bunyi2 hutan aku suke sangat. suke lahh sangat kannn kat atasss, bile dah nak sampai bawah aku mula pening xsedap xsedap mulut hee hee


sesungguhnye ini adalah kali pertama aku sampai ke Cameron Highland. dari kecil impian aku nak pergi ke Cameron selepas tengok drama2 melayu bile berlakon kat Cameron macam bes jekkk, nyaman betul kalau menetap di Cameron. paling suke bentuk2 rumah di cameron, eeee besnyee ala2 english gitu. x sangka impian tercapai gi cameron, tapi dengan org tersayang, wink wink ^^

kat depan Smoke House. suke suke *senyuman senada tanpa perasaan




waaaa englishnyee suke suke.


oh ye, di sana kami menetap di Rumah Penginapan Persekutuan.
murah gile, RM 25 semalam hee hee
memang jimat betul hee hee

so kakitangan2 kerajaan yang lain, silalah buking rumah penginapan anda di http://www.bph.gov.my/ ok?



ini pintu masuk, masuk2 je nampak apartment.
Apartment Rm50 semalam. tapi sebab kitorang 2 orang jek, amik bilik biasa suda~ hik2




bilik kami kat salah satu bilik di atas ini



dalam dia luas sangatttttt... boleh berlari kalau nak berlari. ada peti sejuk, pemanas bilik, astro.
oh aircond xde ek. haruslaa~



cuaca di Cameron masa kitorang pergi adalah kejap2 hujan.
jadiiii sangattttt lahhh sejuk.
sejuk gileeeeeeeeeee

sejuk sampai sistem badan aku tergendala kadang2.
aku memang kann kalau sejuk sangat aku xbole buat keje. kat ofis pun macam tu, tolonglah jangan sejuk sangat, memang x siap keje aku nanti.

tapi xtaulaa kenapa aku syok sendiri sejuk sorang2. kuku rilek giler. konfius aku.


tengoklah pakcik ni. orang2 dalam kedai sume pakai jaket tebal, dia sorang2 pakai t-shirt lengan pendek. puk puk


kuku kate masa dia pergi Cameron dolu2 dengan rombongan matrix, laagii sejukkkk sampai menggigil. ohhhh naseb baik aku x pergi masa tu, mesti aku beku x bole berjalan langsung, jadik pola bear terus.
naseb baik aku pergi sekarang, naseb baik naseb baik.


mungkin pertahanan badanku terhadap sejuk kurang kot berbanding orang lain thinking


oh yee, kat sanaaa kitorang memang asik berjalan aje lah.
tq sangat to mrs ruxa. Comment anda yang suruh kitorang beli map sangat membantu.


map yang banyak membantu dan kertas yang aku print comment2 kui2.



oh ye disebabkan kitorang pergi hari ahad, jadi kitorang adalah x sempat nak pergi pasar malam yang orang gembur2kan bes tu. sebab pasar malam tu hari jumaat dan sabtu. sob sob.

naseb baik ada Day Market. kat Day Market kitorang beli jagung madu, mushroom goreng dan souvenir magnet peti sejuk, singgit satu. jumpe satu kedai je yang jual magnet singgit 1, tempat lain kebanyakan 3 ke 5 tah = RM 10.


kuku kate nak bagi kat budak.

aku tanye "budak mane?"

kuku jawab "tu budak dalam perut tu" sambil tunjuk ke arah perutku

lerrrr hee hee

disebabkan xtau jantina apa, beli color oren je lah. hik2




ini lak untuk mak budak.
terima kasih bapa budak. keke


haa gambar kat bawah ni lak dekat 1Stop Souvenir Centre, bukan dekat Day Market. aku main letak gamba je ni, x de nye nak ikut turutan hari, hihi.

mangsa peminat barang2 stoberi tapi xdelah beli bagaikan.



kelaka yang ni laughing



tadi gugel2, tetibe jumpe gambar Bala's Chalet ni. hari tu nampak je signboard Bala's Chalet, tapi xde lahh kesah pun.

tengok gambar jadik kesah pulak. lawanyeeeee umah garden ni crying


wahhhhhh



kuku~~~~ dudu nak duduk Bala's Garden kalau nex time datang Cameron bole? hee hee


tetibe suara garau kuku jawab "TAK BOLE" menjelma hee hee


nanti2 la eh nex entry.






7 weeks



balik dari cameron hari selasa sebenanye. tapi semalam dudu dan kuku sambung cuti sebab ada appoinment dengan doktor kan untuk checkup.

semalam doktor dah scan bb, hik2 sejuk sejuk geli geli perut aku bile doktor sapu gel atas perut. ahakkkk. lepas tu tengok kat skrin, alahaiiii comelnyeee bb dalam kantung. uhh uhh keciknyee bb, keciknyee kantung ^_^ *balik rumah still menatap gamba scan kekeke

xsangka xsangka.

Alhamdulillah dr. kata jantung bb ok, kedudukan bb dalam rahim pun ok.

hari tu kat cameron aku aktif gak berjalan ke sana kesini, siap panjat2 bukit siket. tapi xpe, panjat bukit xpe kot, jangan jatuh bukit, ok?


nway suke sangat dengan nasihat doktor yang katenye awal2 kehamilan ni xyah beriya sangat, biasa2 je, macam nasihat ibuku lah, hohoho. doktor cume bagi asid folik sahaja, dia kata klu asid folik dah habes datang je klinik bile2 amik for free, hehe. dia kata awal2 kehamilan ni asid folik dan minum susu sudah mencukupi. tapi klu muntah2 masa minum susu then baru ganti dengan obimin. tapi kalau nak amik jugak vitamin lain awal2 ni xkesah, die kate itu vitamin kan, nak amik pun xpe. datang je klinik amik vitamin tu ho ho, nak ikut nasihat doktor lah x yah beriya sangat. buat masa sekarang minum susu yang x sedap tu dengan makan asid folik sahaja.

nanti bile dah up siket usia kehamilan baru amik vitamin lain, ok.
kalau xberjaya minum susu, amik obimin, ok.


erm selepas jumpe doktor, kitorang makan kat Restoran Murtabak Singapura kat seksyen 15 bangi. hari tu tengok JJCM review pasal restoran murtabak singapura kat bangi, rasanye yang ni lah.kottt..

kuku order yang 2 lapis punye.


what say u???
uhukkkk tak 'in' laa dengan selera aku.... selera orang lain okayyy kot...

bagi akuuu, ia sangat kering dengan daging2 halus dan rempah2nye.. susah giler aku nak telan dan habeskan...

ermmm xnak makan lagi... nak murtabak biasa2 je, wuwuuwu








kembali


makcik kepenatan dalam gambar ni, kui kui


Salam sumee :)

3 hari bercuti, baru hari ni bekerja.
nak setelkan hal2 penting dulu di ofis, nanti saya update lagi ey,
nak cerita pasal pertunangan my friend, cite pasal cameron highland, dan cite pasal my pregnancy yang dah 7 weeks, hehe.

sementara tu layan laa lagu Sumpah mati ni dulu eh.
lagu ni aku pertama kali dengar masa kat Bandung tahun lepas dalam keta jefry. jefry pasang lagu ni, dia kate kumpulan 5 minutes yang nyanyi. 5 minutes ni nyanyi sume lagu die 5 minit jek ;p

masa pertama kali dengar lagu ni terus suke. kesimpulannye sume lagu yang radio putarkan masa aku kat Bandung sume aku sukeeee, sooo soft listening. suke suke

then masa balik malaysia, kuku donlod lagu ni pasang dalam keta, suke ah.





Sumpah mati aku cinta~
Cinta kepadamu hanya dirimu..
Sungguh ku bisa gila bila tanpamu
..






Saturday, March 5, 2011

nak tanya pasal Cameron Highland



ini sticky entry sehingga 5hb mac 2011 ye.

Salam kawan2, 6hb mac ni hingga 8hb mac ni, saya dan kuku nak pegi rehat2 jalan2 kat Cameron Highland.. ini dari bulan 1 hari tu tertangguh, harap kali ni jadi laaa, InsyaAllah :)



tapi kan, saya gugel nak tahu tempat mana nak jalan2 atau makan kat Cameron, lepas tu macam pening ar *sambil ngada2 buat2 aksi pening, aduhhhhh ;p

pangg~~

lepas tu x buat keje saya karang kalau asik menggugel kan, tengah nak siapkan carta alir ni. huk2

nak mintak tulun korang bole?

Siapa yang pernah pergi Cameron Highland ehh?

bole x bagitau saya, nak jalan2 kat mana yang best, pastu kena bayar tak, dan yang paling penting, nak makan2 katne? sarapan, tengahari, dinner? yang halal punye la. nanti bagitau eh :) kitorang tak duduk hotel mahal2 pun, duduk rumah peranginan persekutuan jek, save budget, kuh kuh kuh so xde laa sarapan free kan. hehe

any suggestion?


mintak tulun ey.

lina dan muni diwajibkan drop comment kat sini sebab korang pernah pergi cameron. jangan sms atau ym tau, sebab takut nanti aku lupe. kalau tulis kat comment kat sini, nanti masa nak pergi aku print je 1 page comment ni haa, senang cite ;) *byk songeh plak kedidi ni haha, itupun kalau ada orang leave comments la wakakaka

thank u uolss :)




Thursday, March 3, 2011

update update update



Assalammualaikum sumee :)

baru ada masa nak update entry ni, pagi tadi duk khusyuk buat carta alir.. saiz A3 lagi tu paper, itupun xcukup.. punye lah besar sistem nak develop ni.. pengsan omma dd~


tadi sempat ber'ym dengan ciare. lepas tu aku baru tahu yg org pregnant xleh minum tebu. tebu tu tajam jugak.. aaaa risonyeee sebab dah 2x terminum air tebu, aku x tauuuu crying bb hopefully bb kuat. bb harus kuat tauuuu!!!!!!!!!!! mintak2 x jadi apa2
praying Allah..




anyway malam kelmarin kitorang x masak, beli sate dengan soto kat pasa malam putrajaya jek.

ezzan pun ada datang rumah masa tu, makan sama2. hehe pastu main tangkap2 gambar, kekeke. mintak tulun ezan sebenarnye, sebab dan kenapa nanti2 lah aku cerita, itupun kalau ingat ;p







tolonglah percaya ilusi optik ni. baju ni jenis cerut, sebab tu bila tang perut dia nampak gelembung semacam. perut aku x sebesar itu, tolonglaah percaya haha

aku baru 6 weeks okayy ;p


ezan yang banyak berjasa pada nusa dan bangsa. tih tih



malam tadi pulak x makan berat2 pun. kuku goreng pisang sambil buat eksperimen. dudu lak buat bihun sup simple2 jek. biasalahh, itulahh selera aku sekarang. hehe cian kuku, da cakap macam tu da kat dia cakap kite rasa bersalah, tapi dia kate x kesah, hehe.


pisang goreng eksperimen kuku (x sure kuku inovasi letak apa) dan bihun sup biasa2 omma dd.


lepas makan, duk layan movie Jumper, lepas tu dua2 tertidur hee hee
tapi aku sempat terjaga sebelum ending hee hee so skip part lawan sana lawan sini, tengok mule2 dan akhir jek. hik







Wednesday, March 2, 2011

wedding my friend, noor khuzaimah



hari ni lambat update entry, bizi siket pagi tadi, berpinar mata ku huk2.

noor khuzaimah atau jaja ni kawan sepermainan dekat rumah, dan kitorang mrsm sama2, matrik pun sama2. keluarga pun memang kenal rapat sangat hihi.

so nak share gambar masa wedding dia hari tu 27/02/2011... gamba2 kredit to Ain, kawannye pada si jaja ni. hari tu send msj facebook mintak kebenaran nak gambar dari Ain, dia benarkan, tq ek ;)


oh ye gambar aku xde tau, entah, sebab rumah dekat sangat kan dengan dewan flat kitorang, main turun tangga pakai baju kurung biasa2, tudung biasa2 pastu muke kusam dan pucat. huhu amik gambar pun terus gamba x ceria hehe.


masa nak dinikahkan :)



suaminya, Abdul Mu'min



hehe cantek sangat pelamin. suke suke




port baik punya aku makan malam nikah tu. sambil makan sambil tengok diorang berarak untuk malam berinai




bersanding di malam berinai :)


okeh hari resepsi pulak... jaja, nak tau x apa aku nak cakap???

LAWA GILERRRR BAJU KO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


nanges jap aku tengok baju minah ni. cantek ok, dress color biru yang sangat1000x cantek di mata aku!!!!
dahlah tuan badannye pun sememangnye dah cantik dan slim tinggi


pandai hang pilih, hihi



lawanye lawanye lawanye!!!



uwaaaaaaa lawanyaaaaa crying



huk huk ni review wedding ke review baju omma dd hee hee




Tuesday, March 1, 2011

update update


1) semalam untuk dinner, kitorang makan spageti. hehe resipi adalah main letak2 jek.. xde khusus pada resipi2 tertentu, ikut naluri je, keke.

bole pulak aku terletak cili banyak, so jadi sangat pedas, xdpt nak makan tambah, kuku sorang jek tambah. tapi aku serius nak makan lagi, rasa x cukup, jadi pagi tadi kuku panaskan dan masak balik letak gula dan kasi masak lama siket untuk hilangkan pedas. bawak bekal spageti hari ni, hilangkan kempunan nak makan byk semalam hehe. pedasss ooohh smlm, sampai x bole tido aku dibuatnye angkara angin dah masuk perut.

dalam spageti ni selain letak minced chicken, letak gak sosej yang ada cheese.

sedapnyeeee, nanti kite masak spageti lagi eh suamiku ~(^,^)~ *musti kuku berbisik matila aku, isteri pregnant dengan aku aku sekali kena makan makanan yang berunsurkan masam2.. hehe



2) minggu lepas sebelum balik gombak singgah MPH jusco beli 2 ketul buku pasal pregnant.

bes betul buku yang tajuk Amalan & Nasihat Bagi Ibu Hamil itu. aku baca x berkedip, sebab semua persoalan yang berlegar2 kat otakku selama ni banyak terjawab dalam buku tu. suke suke. prefer baca buku jugak, sebab kalau duk gugel je, jadi pening laaa.


3) kakak ofismet suruh aku minum susu Anmum Materna, baik untuk ibu mengandung. dah beli kelmarin kat Alamanda, tapi belum minum lagi, duk habiskan susu ducth lady dulu. hehe semalam dah habes, patut minum anmum ni, tapi bekas container untuk isi susu yang dah bukak ni pulak xde, terpaksa keluarkan bekas besar dari kotak dan basuh dulu dan tunggu kering, balik ni baru minum hee hee


4) hari tu kat alamanda survey harga baby stroller, yang nampak bes semua harga dekat2 seribu, memang mahal eh? hehe xpela, nantilaa ;p


bye bye korang. sori eh kalau busan baca pasal pregnant ni. hehe


note : terima kasih zana dan kak marina sebab buat entry pasal dd :(

motip smiley sedih?? terharu sampai nak menangis bile kenangkan kawan maya yang juga ambil berat pasal diriku. macam xsangka kehidupan yang aku tulis di alam maya di ambil perhatian oleh pembaca2. uhuk nak menanges...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...