Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers

Wednesday, January 19, 2011

entry dede untuk wewe



semalam kan, wewe nyanyi kat partition die.. kuat laa gak kot sebab ramai yang dengar.. orang tengah hepi laa katakan ;p

tapi aku xdengar pun laa, sebab my secret partition agak jauh dari wewe.. ;P


lepas tu dengar oto (bukan nama sebenar) duk cakap wewe "cikshidadariparit"..

dede dan wewe terkial2.. cikshidadariparit tu apa??

ooo rupenyeee artis dalam utube.. hehe


selepas tu aku pun gigih layan laa utube, search nama cikshidariparit..

o m g .... kui kui kuiii... xnak paste video tu kat sini.. takut cikshidadariparit tak selesa... erm korang gi ar carik sendiri kat utube, cari yang dia nyanyi lagu shakira, jahat-stacy dengan lagu jangan pandang2..


oto panggil wewe "cikwawadarilangat"...

xlama kemudian dia tukar dia panggil wewe "cikwawadarihulu" .. keji kan??



tp wewe, dede nak panggil wewe "cikwawadarilangit".. x keji sangatkann, hew hewww hewww


sekian, entry sempoi dari dede... to cikshidadariparit, makasih ek buat saya terhibur semalam, hihi ^_^








Tuesday, January 18, 2011

tentang kenduri kawen lina?



entry ni ditujukan pada kawan2 aku dan lina... untuk memudahkan aku, aku paste je ym aku dengan lina ni kat korang... so korang tahulaa apa plan aku sebenarnye tuk gi kenduri lina nanti.. so xyahlaa aku msj sorang2 "ko gi x" "ko gi x" ;p

jadii berdasarkan ym di bawah ni, kesimpulan yang aku boleh buat adalah aku akan pergi masa lina nikah nanti 4 februari (cuti raya cina)... jadi kira akan bermalam di hotel lipis laa satu malam, sebab lina sanding 5 februari..

selain kuku, mak ayah pun akan join gak.. sebab lina kan anak angkat diorang hee hee


greenrose_dd: aku nak tempah 2 bilek penginapan kat lipis nanti tuk mak ayah, aku dan keri
greenrose_dd: cane ehh
greenrose_dd: ko bgtau tempat penginapan or num ke
lina: bilik penginapan ey?
greenrose_dd: nanti aku contact
lina: nk sama ngn romobongan din tak?
greenrose_dd: xkesah mana2, tp nak murah
greenrose_dd: hehehehe
lina: din tgh confius nak pilih hotel mana
lina: lipis byk hotel
greenrose_dd: ooooo gituu
greenrose_dd: nak yg dkt ngn umah ko
lina: hotel yg paling baru tu bapak mertua aku tak bape suke
lina: semua dkt bandar
lina: hehe
greenrose_dd: camtu ko sajes beberapa hotel, then aku carik sendiri ar hehe
lina: nak yg berhantu ke tak?
greenrose_dd: xnakkk crying
greenrose_dd: linaaa ko mmg
greenrose_dd: motip??
lina: org cakap la ade hantu
lina: adik aku tido situ takde ape pun
lina: tapi tempat tu paling cantik sbb nmpk bandar lipis
greenrose_dd: xmo2
greenrose_dd: xmo yg ada gosip hantu
greenrose_dd: hik2
lina: 09-3125363
lina: ni hotel lipis valley inn
lina: abah din tak suke sbb dlm bgnn umno
lina: tapi yg hotel paling baru
lina: hotel ni bilik dia besar
lina: mak aku penah tempahkan suite utk famili din
greenrose_dd: ooo
lina: suite yg pm penah stay
lina: murah rasenye
lina: lipis standard paling mhl pun 100++ je
greenrose_dd: oooo
lina: ni lagi 1 hotel
lina: lipis centerpoint
greenrose_dd: sri mesia ada, ayah aku suke sri mesia hee hee
lina: 093122688
lina: sri mesia tak de
lina: hehe
greenrose_dd: ooo
greenrose_dd: lina aku xtau umah ko katne.. peta ko sgt membantu x hee hee
lina: kebanyakan hotel yg besar2 kwn mak aku
lina: hehe
lina: tak tau la
lina: lipis tu kecik je
greenrose_dd: pusing2 sekali sampai bentong, cane hee hee
greenrose_dd: tido umah ayahcik la camtu hee hee
lina: takdenye
lina: mesti sampai lipis jugak
lina: http://www.centrepointhotel.com.my/Room.cfm
lina: ni rate harga lipis centerpoint
lina: aku selalu mkn kat sini
greenrose_dd: wahh lina sgt membantu, terima kasih sayang
greenrose_dd: tenet slow laa plak, nyampah
greenrose_dd: nak tgk link ko bg td
lina: http://www.centrepointhotel.com.my/Room.cfm
lina: tak pe nanti try agi
greenrose_dd: lina umah ko nanti ramai org x b4 nikah?
greenrose_dd: xpekee aku nyikbuk2 hihi
lina: ptg before nikah tu ade khtam quran
lina: ok je
greenrose_dd: ko nikah kul bape ye
greenrose_dd: khatam tu dlm kul bape, lepas asar ke
greenrose_dd: wahh rm88 je
greenrose_dd: ok laaa hotel centrepoint td, ok ok
lina: tak ingt kol bape
lina: nanti aku tanye mak aku
lina: tapi mcm lepas zhr kot
lina: sbb lepas asar nak kne siap2 nikah
lina is typing...
lina: nikah kol 8 tau
greenrose_dd: ooooooookieee
greenrose_dd: seb baik aku bermalam, so x kesah kul bape winking



jadi kawan2.. info sume dah ada kat atas ni, lina nikah pukul 8 malam, petang tu ada khatam Quran... jadi terpulanglaa pada korang nak pergi masa lina khatam, nikah atau pergi masa sanding kat dewan aje.

kalau ada pape tinggalkan comment anda di sini atau sms aku ok?? aku tengah banyak keje ni tau, sila study ym ni dulu sebelum mesej aku ok? ;p garang x i~


byeeee~~~~~

-mangsa kerja x siap lagi tapi kena tunjuk 24hb ni-







Monday, January 17, 2011

ngumpat kuku



kuku outstation hari ni..
so dimanakah saya sekiranya kuku outstation? ;p

oh haruslah di rumah mak ayah di gombak, hik2 kosserrr aku nak tido sorang2 kat umah tingkat 13 tu kan ;p


tapi x ada lah jauh kuku pergi kali ni.. ke Eagle Ranch, PD aje.. dia ada boot camp disitu.. boot camp uolss~~ uhuk2

tadi duk gugel Eagle Ranch, laaaaa macam pekan koboi pulak aku tengok resort situ kui2.. dengan chalet bentuk rumah kudanya laa.. macam2..

pastu lewat petang tadi kuku call, katanya baru lepas water crafting.. whattt??? water crafting?? kof kof kof aku yang terbatuk dengar...

pastu katanya lagi esok ada go kart... hahhh?? go kart?? hok hok boot camp betul korangg~
ntah2 bila kuku balik nanti dah hitam legam dah ;P kui kui kui


hari tu kannn, erm beberapa minggu yang lepas laa.. ikut kuku pergi celcom kat kajang.. dia nak trade balik num celcom aku yang lama tu.. alaaa ingat x masa kes henfon aku hilang beberapa minggu sebelum aku nak kawen dulu?? kalau lupe bole klik sini

haaa masa kejadian tu, kuku call ar celcom tuk block num aku.. pastu sekarang dah kawen baru nak trade balik number tu kat celcom.. tapi henponyee xdelaa hee hee simpan je simkad dulu hee hee

pastu kan.. kelakaar masa tu.. kat kaunter.. masa tu gadis kaunter tengah tekan2 keyboard laa tuk periksa num aku tu..

kuku : "ada bil tertunggak ke?"
gadis kaunter : *masih fokus pandang skrin komputer, dahi kerut2 siket

dudu : *dup dap dup dap dup dap serius x tau pasal bil sendiri.....

*tunggu..



..

..

akhirnyaa gadis kaunter itu bersuara...

gadis kaunter : "bil tertunggak xde... tapi terlebih bayar adalah" *sambil tersenyum2 macam nak gelak

whatt?? muahahaha saba je lahh aku kuku ni rolling on the floor





erm hari tu kann... masa tengah makan2 dengan ayah, ma dan kuku... tengah cakap pasal ayah-panggil-ma-tong-nasi.. ayah panggil ma tong nasi sebab ma kat mana2 kedai pun mesti order nasi.. x de variety gitu... nak nasik memanjangg.. xpasal2 dpt gelaran tong nasi dari ayah hee hee


dudu : "camne ayah boleh terfikir nak bagi ma gelaran tong nasi tu?"

ma : "sebab ayah teringat ayah panggil abang tong sampah" (sebab apa2 makanan yang x habes, kitorang semua suka bagi kat abang, kui2)

dudu : "ooo ma tong nasi.. abang tong sampah.. habes kite tong apa?" ;p

ma : "tong apa... makan makanan pun x pernah habes.. asyik tinggal je..... siket pun nak tinggal" *apa yang ma cube sampaikan adalah aku x layak jadi tong sebab aku selalu x habeskan makanan dalam pnggan, hihi

tetibe terdengar suara kuku bersuara..

kuku : "tong bocor.."


uh..
uwaaaaaaaaaaaaaa crying

pukkk pukkkk kuku :V


gambar hiasan : suami saya aka kuku sedang mesin rumput di laman rumah kampung.
kui kui pakai helmet hee hee


malam ni ku tidur berdua dengan kakngah sepupuku, kak ngah ada dirumah skang.. hee..


note : suwitnyee perasaan tulun suami mengemas beg untuk outstation ~(^,^)~ pangg~~




sedihnya baca



sedih sangat baca pasal pengorbanan ibu. baca kat blog ofismetku --> klik ar sini

lepas tu ada gambar sebenar watak2.. huk huk membuatkan aku merasa sayu melihat gambar wanita yang bergelar ibu itu.....

wuu..... stroooootttt streeettttttt *bunyi hingus













gambar2 lepas kawen



gambar selepas kawen?? memang taaak laaa.. haha dah lama ok aku x camwhoring.. gambar snap2 sendiri2 dalam kereta pun xde... lepas kawen otomatik dah hilang tabiat tu ;p ekekekeke

kalau dulu dalam bas pun bole kantoi dengan orang depan aku snap snap muka sendiri kat belakang, hik hik

hee hee


nway, sampai sekarang setiap kali balik gombak atau banting mesti kitorang kene angkut2 lagii... hadiah kawen byk tinggal.. tapi bawak siket2, sebab semak sangat klu tinggal kat rumah ibu...


aku suka tengok cara kuku uruskan barang2 yang nak angkut. bole??
sungguh berstrategi gitu.

ini salah satu contohnya...

sume kotak2 ni dia selotepkan sekali pastu jadikan selotep+lipatan suratkabar sebagai pemegang di atas.

selepas itu boleh laaa angkat barang2 ini dengan sebelah tangan sahaja *xpe, berat sekali xpe .. asalkan x ulang alik ulang alik ;p... tingkat 13 ok tingkat 13 ;p sekarang asyik dapat parking kereta jauh jek dari lif..

kalau xtau strategi kuku ni, aku duk main ulang alik ulang alik angkut seketul kotak jek hehe.




lepas tu x habes2 membeli itu ini itu ini untuk keperluan rumah.. yang dibeli tu pun semua memang penting, keperluan, bukan sebab nak hias2 ke ape ke huhu...

wahhh pokaii pakcik dan makcik.. hahahaaa

nah gambar2 lepas kawen.. bukan gamba kitorang, gamba sos tiram adalah... kekeke


dd, perlu ke snap sume ini? hee hee



yang ni beli kat kedai barang2 plastik kat Banting.

memori membeli dan memilih barang bersama suami memang bes ^_^
espeseli part si suami bagi can kat isteri yang dah muncung nak jugak bekas color pink atau kole minyak yang ada penapis ;p
tapi part muncung nak bekas isi minyak yang lutsinar dan bergaya xdapat pulak, ekekeke sebab kecik xberbaloi katanyaa hew hew hewwwww



hmm.. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian :)
apa2 pun, kena stabilkan ekonomi sekarang ini..


go dudu n kuku!









lebih satu



dah lama x cerita pasal ayah kan.. hihi

wikend semalam balik gombak.. erm pastu dudu, kuku, ayah dan ma pegilaa tempat feveret ayah, carefour tuk bersoping brg2 runcit. berjalan lahh kami bersama2 dalam carefour tu.



1) dibahagian jual limau2

ayah : "waa tengok. manyak cantek ini limau. saya mahu amik sekotak.. "*sambil masukkan dalam troli... "diana! saya angkat lagi satu kasi awak ya!"

diana : "xmo xmo" *sambil menahan ayah dari mengambil lagi sekotak limau

ayah : "amik sekotak laaa... lu 2 olang bawak balik rumah"

diana : "xmolaa nanti x habes ayahh... kitorang 2 jekk yang ada kat rumah.. nanti membazir"

ayah : "yakaaa" *bertanya perlahan sambil tolak balik kotak limau td




2) di bahagian jual2 kek

ayah : "saya mau beli kek ini satu.. diana saya angkat lagi satu kasi awak haaaa"

diana : "okayy.." *suke kek hehe



3) kat mana2 bahagian laa... sama je dialog ayah ;p aku pun asik jawab "xmo laaa.. xmo xmo"



4) kat bahagian limau lain pulak

ayah : "ini limau macam ok aa... diana saya angkat lagi satu kasi awakk haa"

diana : "tak nakk.. ayahh ni... sume pun nak pakej satu kasi oranggg" *muke ala-ala stress

ayah : *x dengar
tetibe kuku bersuara..

kuku : "He's concerned about u u know?"


*ouch hihi.. ayah eksaited sangat nak belikan barang sampai dah x terdaya aku nak menolak ;p tp klu terima memang membazir laaa, limau hari tu ayah bagi pun x usik lagi dalam fridge T_T


balik putrajaya semalam, ayah bagi sepapan telur. sepapan okayyyy ;n bukan 10 biji, tp sepapan..

limau aku berjaya mengelak x nak bawak hihi.


Note : ma pun suka bagi banyak barang.. *tapi dengan ma aku suke mintak macam2 hahahaa.. alas kaki, alas meja sume mintak kat ma ;p
terharu dengan ma ayah, sob sob sob.. sayang mereka selamanya...


labels dari blog lama : ayah




Friday, January 14, 2011

cepat terhibur



hihi masa rehat yg lama tadi tergelak sorang2 tengok 2 video ni..

1) kat blog kak marina letak utube zizan ajar cakap bahasa tengganu.. haha kelakaa betulll, x leh cover dah gelak tadi... suke sangat ah kat lawak zizan dari dulu!


2) blog hanis.. yang video dia mintak maaf pasal Deutsch vs Dutch tu.. hihihi kelaka.. *motip org mintak maaf tp aku kata kelaka?? kelaka endingnye kui kui... sukelahhh hanis


eh aku memang orang yang cepat terhibur.. hihi.. pagi2 nak pergi kerja, kalau aku drive kereta sendiri kuku kereta sendiri, lepas tu kuku nak buang sampah kat pondok buang sampah kan, tapi kene bawak sampah tu pakai kereta la sebab jauh, kuku letak plastik sampah hitam atas bonet kereta dia, bile kereta kuku jalan, dan dan aku gelak sorang2 dalam kereta sebab nampak kereta kuku berjalan dengan plastik hitam dekat atas bonet :'D aku memang cepat terhibur hahahahaha


comel, hihi...
itupun nak gelak kan, entah ape2 aku ni hee hee


note : baru semalam perasan ada entry ini dari kak quinybridal. hehe selalu suka2 je tengok muke orang sebelum dan selepas. x sangka aku pun ada gambar sebelum selepas, haha nak gelak!






Thursday, January 13, 2011

kerja



aaaaa kenapalaa gred kerja aku ni perlu fikir prototaip dan design2 sistem... aaaaa pening mokcikkk...


hadoii...


aku relaaa kerja yang buat programming pada design yang telah disiapkan, aci x ;p


aduhh.. sedangg berusaha untuk fikirrrr dannn siapkannn... dateline dah dekat..

tadi lunch makan buah jek.. bukan x selera bukan diet ok?? cume pagi tadi dah terlebih makan sampai jadi kenyang giler.. makan nasi goreng dengan mee rebus masa pagi tadi.. biarlah aku kekalkan kesedapan mereka sehingga ke petang, yehhh..


suamiku, malam ni nak makan apa eh?

orang balik lambat tau.. ;p


bye sumeee











bawang ku dan dia



semalam balik kerja, kitorang ingat nak makan cekodok jek for dinner.. pastu aku pun kupas laa bawang.. pastu kuku cakap x cukup, pastu die pun kupas laa bawang lagi..

selepas die kupas..


oh..


ok..





motip bawang yang kuku kupas lagi 'berseni' dari bawang yang aku kupas??
crying

dari kiri bawang kuku, bawang dudu


xpe!! lepas ni aku berazam untuk kupas bawang secara berseni!!! xmo buruk buruk rongak2 dah!! azam seorang wanita yang baru berkahwin yehhhh!! p('o')q


tapi sebenarnyee aku gelak giler semalam tengok bawang aku dan dia
rolling on the floor sentap pun ada rolling on the floor





Wednesday, January 12, 2011

the way of love



Salam sumeee

hari ni dah mula bekerja setelah cuti 4 hari.. huhu keje yang tertangguh sangat menimbun.. tengah semangat nak siapkannn sume keje ni, chaiyuk2

layanlah lagu "The way of Love" kat bawah ni sementara saya tiada, busy dengan kerja hihi..




beautiful music..



The Prophet's Path, the Way of Love
Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key

Honey, nectar, sweetness and cream
Orchids blooming by a mountain stream
Starlit skies and waves on the sand
Next to love they can't stand
Next to this love they cannot stand

Yaa Robii yaa sarii'ar ridho irham man ro-su maalihir-rojaa
Wa thina maa qod sa-alnaa bi liqoo-i khoiril anaami,
Yaa khoiral a'anaami

The Prophet's Path, the Way of Love
Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key

Yaa man-ismuhu dawa wa dzikruhu syifaa-un lana
Robbiy faj'al mujtama'na ghoyatuhu husnul khitami
Bihusnul khitami

How can I find a way to express
Something that cannot be thought or guessed
Something more than just words
This love is neither seen nor heard
This love is neither seen nor heard

Love is the rope Given by Allah
It will save you from over flaw
Grasp it then He will draw you near



okieee, bye byee sehingga ketemu lagi (^^)/
ttym






Tuesday, January 11, 2011

hadiah kawen yang dah buka.. part 2



hehe macam bes pulak hari tu buat entry pasal hadiah kawen, mengabadikan hadiah2 ini dalam blog ;)

oh mana tau gambar2 dalam entry ni bole memberi idea pada pembaca untuk bagi hadiah apa kat kawan2 korang yang nak kawen? ;)
sebab yang aku publish ni memang yang aku dah guna atau akan guna dalam masa terdekat tau ;) kire keperluan pasangan lain pun mesti lebih kurang aku jek, tul x hihi

so ini sambungan eh, selepas kemas2 dapur, dan sangat teruja dengan isi2 dapur sendiri hik2 *mangsa suka dapat hadiah macam misae mak sincan



feveret ever!

set pisau yang bermacam2 saiz dan warna serta gunting color pink.. sukee sangattttttttttttttttt




dapat 4 ke 5 toaster tah.. ini salah satu yang dah guna,pu~




mug comel2

nampak tag 2 mug yang satu tulis 'saint' dan lagi satu tulis 'sinner'?

aku suke rebut gelas yang tulis 'saint' dari kuku hee hee motip rebut xnak 'sinner' ? hee hee





mug ada penutup, suke suke..




set gelas dan jag color merah.

leh ar hidang kat tetamu yg suke color merah ;)



balang ni aku letak jajan2, kepek2 macam tu pastu letak atas coffee table depan tv hehe




mangkuk2 yang sudah dibukaa



masa ni xde tempat letak minyak recycle.. terpaksa laa guna mangkuk kaca yang lawa ni dulu hee hee
*tapi sekarang dah ada kole buat isi minyak recycle ;p



kosserr pulak aku nak snap satu2 hee hee

masa ni tengah susun2 dalam kabinet.. yang agak2 akan digunakan dalam masa terdekat aku keluarkanlaaa set dari kotak dulu, lepas tu wrap kan mereka dengan plastik, xmo habuk lekat hihi




hadiah ni nak suruh aku rajin buat kek ye ;p
ok ok InsyaAllah ;)




heiiii~ set2 hadiah tupperware yang korang bagi ni sangat2 berguna tauuuuuuuu, paling aktif digunakan di rumah ini hihihi




mineral water pot.

tapi ruang dapur aku macam sempit pulak lepas letak mende alah ni, kene beli meja kecik kot untuk letak dia.. buat masa sekarang kite tukar pakai jag plastik tuk isi air masak dulu la yeee




periuk yang dah guna ;)




blender canggih... x reti aku guna, kene belajar manual dulu hee hee



oklahh itu dulu buat masa ni. bye bye. nanti ada part 3 lagi ;p xpe ke?? ;p
hadiah kawen deco2 pun akan menyusul gakk, hehe



note : sebenarnye aku nak je letak nama2 pemberi kat setiap hadiah kawen ni tapi aku x sure nak letak x, sebab pernah dinasihatkan jangan dan tak digalakkan.. ho hooo


nama2 pemberi memang aku catat dalam buku sebab aku memang menghargai sangat setiap hadiah yang diberi.. dan ada yang aku dah wish terima kasih personally.. tapi ada yang belum sempat aku wish personally lg T_T









game cacing



pagi tadi bukak2 blog ni, tengok chatbox ada mesej ni

menbacategar: puan dudu sekarang jarang tulis blog..membuatkan kami pembaca blog tegar secret garden asyik tertunggu2...

xsangka hehe.......

kof kof kof terbatuk adinda..

maaflaaa cik membacategar, lepas kawen ni time schedule dah lari2 siket.. hehe kalau dulu masa bujang, balik rumah terus campak henbeg dan bukak laptop surfing, update blog.. sekarang dah berdua berani ko buat camtu ;p
sekarang suke sangat melepak kat dapur, tapi bukan untuk masak.. saje main kemas2 dapur, lap sana lap sini.. orang yang pertama kali ada dapur sendiri, memang jakun siket gayanya hee hee

xpe, nanti dah biasa dengan kehidupan baru ni dan dah pandai2 adjust2 time, kite update blog slalu yee, pinjam broadband ofis kuku hee hee sekarang ni gosok baju dua orang pun dah nak dekat sejam, aku pun xtau kenapa lembab sangat menggosok hee hee basuh baju, sidai kain, lipat baju pun dah dekat 2 jam, menyampah hee hee bile nak tere ni, hehe... yelah, masa hidup bujang dulu, selalu mak yang buat ;p ;p


lagi satu, kalau ada masa terluang siket, saya dan kuku pergi layan game pulak.. bole? ;p so bilenye nak update blog ;p

game Worms 4.. best dan comel!!!!

kuku sambungkan cpu dengan tv, pastu layan ah game kat situ.. dudu vs kuku.. tapi cacing dudu selalu mati dulu.. motip??


ini team cacing kuku.. pakai rambut afro dan bermisai hee hee

nama team = kasukabe. ahli team sume geng2 sincan rolling on the floor


sincan, nini, kazama, masao, bo, ai hee hee


gambar team aku xde, sbb time ni aku tengah x main..

tapi team aku dianggotai oleh siapa, nak tau? ;p








fazura,
nora danish,
shan cai,
chun hyang


hak hak hakk....



poyo x?

kesian fazura kene tembak dengan team sincan wuwuuwuwuwu




huhu kuku botakkan kepalanya lagi.. sekarang muke dia dah macam worm jugak hee hee
espeseli kalau sedang berbungkus dalam selimut, kepala botaknya terkeluar, comel gilerrrrr macam cacing/ulat rolling on the floor




matilah aku kuku baca entry ni.. ampun suami, hihi..


note : kalau kuku tiru gaya cacing tu sedang ketakutan, mesti aku gelak gile macam hape jekk ;p kelaka gilerrrr sebab sebijikkk samaaaa
laughing

update dari library upm.. oklah nak sambung buat kerje.. bye bye





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...