Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers

Monday, June 13, 2011

servis baik, hati pun senang ;)



secara rasminya aku bukan lagi pengguna p1 wimax ;)

tahun lepas, aku register p1 wimax, kontrak 2 tahun... masa tu aku duk Gombak laa, signal memang kuat la, xde masalah. sehingga laa lepas aku berkahwin pada November tahun lepas dan mengikut suami pindah ke putrajaya, di mana putrajaya tiada langsung signal p1 wimax.

aduhhh rasa rugi sangat, nak terminate takut sebab kite kan 2 tahun kontrak. bile gugel, memang yang aku baca tu mangsa2 kena bayar denda laa sebab terminate dalam tempoh kontrak kan. 300 lebih kot.

mula2 aku bayar je lah monthly walaupun x guna kan p1 tu. tapi lama kelamaan, aku kemalasan, bole? ;p yelah kite x gune kan, rasa sayang betul nak transfer duit macam tu je uhuk2.


setelah beberapa bulan kemudian.. baru2 ini.. pada satu hari aku terima panggilan dari p1 wimax... oh cuak dah, mesti nak tanya kenapa x bayar ni hee hee

tapi takk, rupa2nya dia tanya kenapa dalam rekod diorang, trefik penggunaan aku adalah zero? means aku x guna langsung p1??? aku pun cerita lah yang aku dah pindah rumah kat putrajaya.
lepas tu minah tu pun check signal kejap. ternyata betoll xde signal di kawasan rumah aku.

lepas tu dia cakap lah yang aku boleh je terminate tanpa perlu bayar apa2. laaaa motip aku xtau hehe.. tapi diorang suruh aku ke HQ p1 wimax dekat petaling jaya, dan bawak sekali modem untuk pulangkan, beserta bil2 rumah dan sijil nikah yang membuktikan aku memang dah berpindah. laa kacang jerwkkk.. pastu aku tanya "habes bulan2 yang saya xbayar tu kene setelkan dulu x?"
dia kata "xpelu"... phewwwww~~

sabtu lepas, aku dan kuku busy betul. pagi2 amik dik kelisa kat perodua. dik dah sembuh. pastu pata balik ke putrajaya untuk pergi satu kereta. pastu ke gombak untuk amik modem, pastu terus ke PJ cepat2 sebelum pukul 1. sebab sabtu diorang tup kul 1. seb baik sempat... tapi aku tengok kul 1 pun diorang xtutup num giliran lagi ;p kire ok laa, diorang xde laa nak cepat2 tutupkan. in fact aku balik dah dekat2 pukul 2 pun, ramai orang lagi giliran belakang ku.


selesai kat kaunter cepat je. serius x sangka. sebab sebelum datang tu, dah fikir negatif dah. cakap dengan kuku "yelahhh tu x payah bayar apa2. entah2 kene bayar jugak siket, hidden punye bayaran" *gile negative thinker.. sebab perkhidmatan lain slalu macam tu, entah hape2


sekali memang senang. diorang x banyak songeh. sebab reason kite xde signal kan dekat rumah. kire itu tanggungjawab dorang la kan. walaupun kontrak kite x abes lagi, tapi reason kukuh x pe je laa nak terminate ;)

moral of value : apa2 hal pun memang kene call, jangan gugel baca pendapat orang ;p


rasa senang hati betul hari tu ;)
yeyy dah bebas.
lepas ni nak ushar broadband ke? entahh macam xde keperluan. bila kat rumah siriyes aku xde perasaan nak surfing2 pun. kat ofis je rasa. lain betul dah kawen ni haha.




4 comments:

rosealley said...

bagusla eh, kalo aku si celcom tu dulu, xguna pun still kena bayar, padahal signal dia yg xde, uhuk

dd dudu said...

{rosealley}

yeke rosaa, aku sebenanye tkt jd camtu arrrr, hok2

Zana Adieyza said...

mmg terbaik la service diaorang!!

dd dudu said...

{adieyza}
zana pakai p1 gak ke ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...