Saturday, December 18, 2010

live dari hospital klang ;)



note :
mak = ibu kuku
ma = ibu dudu

Assalammualaikum sumee ;)

kat spital ni.. teman mak malam ni.. ho ho.. tapi mak skang dah tidur, aku pun bukaklaa laptop dan pakai celcom broadband kepunyaan ofis si kuku.. hehe...

semalam mak operate mata, glukoma.. kak lina yang teman mak malam tadi.. pastu sementara aku x keje hari ni, aku teman mak laa... nanti hari keje cian kak lina yang kene jaga di hospital setiap malam..

tadi mak cite mak xnak dah wat operate ni lain kali.. sakitt... mestilaahh, mata kann huhu... aku penah pakai contact lens sekali je, iaitu masa hari kahwin.. hehe sebab x nak pakai spek mata... sekali je lah aku pakai, lepas tu kosserrr.... x selesa sangat bila dah tiba malam.... nak masuk kan mende tu dalam mata pun payah...
cube bayangkan mata kite di'bedah.. aaa tidakkkkk.....

dulu mak pernah operate mata ni, beberapa tahun yang dulu masa kuku masih kecil. tapi mak kate x sakit, mungkin bius kuat kot. semalam bius x kuat, so mak masih bole rasa bila orang tu jahit kornea mata mak. jahit?? ngaaaaaaaaaaaaa??


tapi Alhamdulillah result untuk pembedahan semalam adalah bagus. ;)

oh glukoma tu apa??


glukoma tu adalah penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan tinggi kat bebola mata, pastu mengakibatkan saraf optik mata rosak.


punca glukoma ni sebab saliran air keluar dari mata x lancar / tersumbat, dan ini menyebabkan tekanan mata naik.


so kira pembedahan semalam yang aku faham Dr. nak buat lubang kecil laa kat dalam mata supaya lepas ni air boleh keluar dari mata.


wahhh sesuka hati aku jek eksplain secara x saintifik, xpeee asal budak kecik leh paham cukup ar ;p


duduk kat spital ni pun aku boleh belajar banyak mende.
sekarang mak tengah comel tau sebab sebelah mata mak ditutup. mak jadik pendekar mata tutup sebelah hee hee comell sangat hee hee

lepas tu mak rasa gelisah sebab nak solat tapi x dapat amik wudhu' sebab dr. melarang mata tu terkena air. pergelangan tangan mak pun ada balut yang cucuk jarum tu, kire kalau amik wudhu pun, air x lalu situ la. lepas tu mak nak tayamum, tapi xde pasir. haa lepas tu laaaa abang kuku ajar tentang tayamum. abang kuku ustaz kat sekolah di sarawak. apa yang aku baru belajar hari ni adalah

1) kite boleh tayamum guna debu2 sahaja, xperlu cari pasir. kat mana2 tingkap pun ada debu walaupun macam xnampak debu tu. angkasawan sheikh muszafar tu pun masa kat angkasa amik wudhu' guna debu2 kat tingkap kapal angkasa tu. ooooooo~~~

2) tempat yang xde debu adalah kat kilang buat microcip. itupun 99.9% je jamin xde debu. 0.01% tetap ada debu. hehehe

3) mak risau kalau amik wudhu' guna air x lalu kat bahagian mata yang dah tertutup tadi dengan bahagian pergelangan tangan yang kena balut. tapi sebenarnya kalau kite tayammum xpe klu x lalukan debu tu ke semua bahagian. ooooooo~ korang paham x paham x? aku paham ni hehe.

dulu masa sekolah belajar tayammum tapi aku lupe dah.

tadi duk main gugel2 terjumpe lak debu yang mudah dibawa kemana2 ni. klik laaa sini, menarik ;)



wahhh sejuknyeeeee spital ni, aku sedang memakai baju sejuk kuku, seluar track kak lina, selimut kak lina dan stokin kak lina. banyak gile stok2 pemanasan diorang bawak tadi.. brrrrrr


hmm jam dah pukul 9:38 malam..


rindu.... =)


xde gambar dengan mak lagi. tapi ada gambar tangan mak masa merisik dulu.bole? hihi


note : abang sebut akupuntur tu cucuk cucuk atas titik2.. mak tanya "cucuk cucuk atas liang roma?" hihi comel gile
hee hee




5 comments:

dhilaaziz said...

maklong masuk hospital??? sekarang dekat hospital lagi ke? ayah long macam mana? tinggal kat rumah sorang2 ke??? semoga mak long cepat sembuh. :|

dd dudu said...

kakngah sayang, bukan maklong laa... mak abg khairi..

Ezzan Yusop said...

kat hosp. klang? mesti nanti data mak dd masuk dlm sistem yg ezan tgh buat skrg. hehehe. :)

lina said...

dd.. aku pernah kena suspek glukoma. Nasib baik pakar kata bukan glukoma cuma mata aku 'dry eye syndrome' je.

dd dudu said...

{ezzan}
wahhh kerlasss, cube ezan cek ada x ada x hehehehhe

{lina}
dry eye syndrome? ooo sbb kering ek... ermmm baguslaa x glukoma, sakit rasanyaa, sebab tekanan tinggi kat mata kan,huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...