Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers

Monday, December 20, 2010

menunggu



buat tajuk boring siket ala2 motivasi.. hehe.. saja nak kongsi apa yang terlintas kat fikiran..

kalau dulu aku x suka menunggu.. terutamanya menunggu sesuatu yang lewat..tapi lama kelamaan aku perasan yang aku ok je menunggu.. xde masalah.. bole? ;p bila entah ion2 positif tu datang dalam diri.. tapi dari sebelum kahwin laa hihi

kalau dulu aku rasa menunggu itu membuang masa.. tapi sekarang aku jadikan "menunggu" itu adalah satu pembelajaran sementara aku menunggu.. ^^



contoh 1

aku terpaksa menunggu angka giliran yang jauh lagi di kaunter sekolah pengajian siswazah, upm. memang dah risau lewat sebab aku keluar waktu kerja. tapi dalam tempoh menunggu tu, aku perhatikan jee foreigners yang ada kat situ, cara pergaulan diorang dengan rakan2, cara diorang
tanya orang kaunter.. cara berpakaian.. cara bercakap.. pemandangan tu buat otakku ligat berfikir itu ini.. lepas tu aku berfikir "inilah hikmah aku menunggu.. dapat tengok diorang.. =) .. satu pelajaran baru untuk aku hari ni, hihi" ..



contoh 2

lately ni kuku banyak sangat kerja, dia busy sangat.. terpaksa balik lewat.. sementara tunggu kuku sampai amik ku di ofis, aku xde laa rajin pun buat kerja.. aku surfing hehe... aku ok sebab ada lagi rakan di ofis.. tapi bila sume orang dah balik, dalam pukul 8 lebih camtu, aku takut berseorangan di ofis... aku pun keluar duduk di lobi... duduk di sofa, menunggu.. tapi xpe, aku tahu aku perlu buat sesuatu untuk mengelakkan rasa menunggu tu.. nak tengok sekeliling memang xde mende untuk dilihat,gelap jekk.. aku pun keluarkan envelope yang ada chapters tesis yang dah disemak.. aku semak balik. conteng2.. tup2 x sedar kuku dah sampai, padahal tunggu betul2 kat depan.. hihi..

hikmah menunggu =
dapat berfikir pasal tesis dengan lebih tenang.



contoh 3

dulu masa bujang, selalu kena ikut mak ayah gi dating kat carefour. terpaksa ikut sebab aku kena drive kalau dah lewat petang, sebab kalau balik malam dah gelap ayah xleh nampak. hehe keji gile kate terpaksa ikut. sebab aku dah busan giler dengan carefour tu, bole? kadang2 kalau aku memang tengah penat sebab baru balik dari somewhere berjalan sepanjang hari pastu kene jalan kat carefour pulak, aku memang x join ma ayah jalan2 dalam carefour tu, aku duduk kat fudcourt. menunggu.... berjam2... tapi xpe, kite beli komik sincan dulu.. lepas tu layan laaa komik tu gelak yang xberbunyi sorang2 kat situ.. kadang2 bahu vibrate.. hik2... klu x komik sincan pun, aku belilaa majalah lain..

lepas tu fikir "naseb baik kena menunggu.. kalau x, x baca laaa info yang menarik sekian sekian ni"

tapi ada jugak waktu2 yang menunggu tu aku rasa malas nak membaca.. aku pun duduk dan tengok sekeliling.. berlakulah sesi pembelajaran untuk diri sendiri, aku dapat tengok dari jauh orang beli tudung cane, pilih2 kasut camne, parents layan anak nanges camne, tengok muka orang beratur beli makanan yang macam2 gaya, kedai mana yang ramai orang, etc... hehe

jadi observer itu indah tau ;)



contoh 4

nak cepat sampai ofis sebab ada miting atau dah dekat pukul 8, tapi lewat gile.. sangat tension apabila jem.. tapi masa menunggu jem tu, aku lihat kereta2 lain... apa yang diorang buat.. hehe dari setiap apa yang aku lihat tu, akan buat otak berfikir... dan belajar lagi... ;)

kadang2 kalau balik gombak, jem sampai 2 jam.. aku gunakan waktu menunggu itu dalam kereta sambil layan lagu2 best-keseorangan- berfikir tentang masalah atau isu2 berat yang perlu aku fikirkan. soo peaceful ;)



contoh 5

contoh ke 5 ni masa teman mak kat spital semalam. note : mak = mak mertua yang ku anggap macam mak sendiri.

masa mak jaga, aku duk laa tepi katil menatap muka mak. motip? lepas tu mak layan aku borak. tapi bila mak tidur, aku nak buat apa ya. ada bawak laptop dengan broadband sebagai bekalan menunggu, tapi x rasa nak bukak lagi.
lalu aku pun duduk je laa memerhati pesakit2 kat katil
lain. tengok kemudahan yang ada, tengok cara nurse berkerja. sambil otak ku ligat berfikir teringat masa aku jaga ayah dulu kat 2 hospital. hehe 3 jenis hospital dah rupanya aku pernah bermalam untuk menjaga--> hospital kerajaan, hospital separuh kerajaan dan hospital swasta. semua pengalaman itu adalah sangat2 berbeza. aku diberi peluang untuk dapat siket pengalaman2 itu dalam kehidupanku. wink^^


bila waktu melawat dah habes pukul 7 malam, kuku n family dah balik.. sementara menunggu xtau nak buat apa, aku n mak berdiri kat tingkap memandang luar tengok gagak2 mencari tempat tidur.. tengok gagak pun bole belajar, heee


keesokkannya hari Ahad, dapat tahu yang Dr. kata mak dah bole kuar spital. Alhamdulillah mak dah sembuh, hihi semua x sangka sebab dr. jangkakan mak duduk di wad selama seminggu - 2minggu sebab nak kawal tekanan mata mak.

jadi kitorang packing2 laaa, siap packing pukul 10 pagi, padahal diorang akan amik kitorang balik rumah pukul 12:30++ nanti, masa waktu melawat hihi. sementara menunggu tu, aku dan mak duduk di atas katil mengadap tingkap ke arah parking menunggu kereta persona masuk. sadis giler keadaan menunggu
hee hee

dalam keadaan itu, aku dan mak berbual2. macam2. mak cerita pasal mandi mayat, mak selalu gi tulun mandikan mayat. aku yang tak biasa ni memang terpucat jugak laa muka mendengarnya. lepas tu mak bagila nasihat kat aku apa yang bole apa yang x bole pasal mandi mayat ni. uhuuuu motip belajar pasal mandi mayat kat spital?? hehe


ilmu yang ku perolehi semasa menunggu = mandi mayat.


lagi, ada juga mak ceritakan tentang tanda2 kalau orang yang kite sayang nak pergi, mak dah lalui semua tu.. sedih.. sebab tanda2 tu mak memang dah nampak kat fizikal mereka, cuma bile mereka dah "pergi" baru teringat..


tanda yang paling aku ingat mak cite adalah "hidung nampak layu....".... :(






6 comments:

Atiqah Adnan said...

hheheh banyaknye pengalaman menunggu berhikmah dd.. huu~ tulaa kadang2 nak ikut mood juga menunggu ni.. kalau tengah panas menunggu memang stress juga laa kan..

ja_on_seven said...

contoh-contoh menunggu yang tak best:

1. tunggu bas di kawasan yang tak ada bas.

2.tunggu network up balik setelah down utk beberape jam.

3. tunggu result exam keluar.

4. tunggu gaji masuk di kala poket kosong.

dd dudu said...

{atiqah adnan}
hehe kene tengok kategori menunggu tu cane, klu yg bole mendatangkan stress, memang tensi

{ja}
hehe itu kategori menunggu sesuatu yg xpasti. memang xbesssss.

saba je lah kan.

oh yee, aku bagi contoh2 tadi kes menunggu sesuatu yg pasti datang cume lambat tiba, hihi

Zana Adieyza said...

dd, bykkn pengajaran dr menunggu yg dd dpt..
tp kalau menunggu husband ambik tu mmg selalu gak zana rasa.. kdg2 terfikir, "kalau blk sndiri, agaknya dh bape jenis lauk boleh aku masak ni.." hihihi..

dd dudu said...

{adieyza}
ahahhahahha xpelaa zana, sementara tu kite gugel2 resipi. wahh bole dapat 20 resipi sementara tunggu suami sampai. hik2

rosealley said...

yg xbest gak, tunggu jem padahal kete ko manual T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...