Friday, May 27, 2011

kuku niiiiii



kring kringg~~ *bunyik henpon dd

dd : "hello"

fifi : "hello dd, kat mana kedai laksa yg sedap tu?"
dd : "ko da sampai ke"
fifi : "dah tp tutup"
dd : "memanglaaaa, dia bukak siang je laa, kul 5 dah tutup slalu sbb laku kottt kopok die sedap"
fifi : "laa yekee, aku makan kat tmpt lain je la"
dd :"ko dgn zu ke? kem salam kat zu"
fifi : "hehe"

pastu letak fon

tetibe suara kuku berbunyi.. "zu apa?? zulkifli?"

;n

"zulaikhaaaa laaaaaaaa"

*dialog yang digunakan di atas bukan nama sebenar ;p



puk puk. sokmo gitu tau. msj2 dengan ros, dikatenye aku msj dengan rosman.
roslina okayy~~ ;n


pergi kursus dengan su, dia kate dengan sulaiman.
sumaiyyah okay~~~ ;n



malam tadi pegi mines dengan kuku. kat Giant kitorang ushar penutup mangkuk toilet. saje la kan nak tukar penutup mangkuk toilet ;p

kuku : "nak color apa. awak nak putih ke merah ke biru?"
dudu : "nak putih" *dalam hati, xde yang corak2 bunga atau kartun ke, nak gak
kuku : "ok kite ambik merah"
dudu : "motip tanya orang tapi amik color lain
crying"
kuku : "haha. segan lah bawak putih. nampak sangat bawak penutup toilet kalau color putih"
dudu : "abes, kalau color merah nampak cam bawak skateboard ke."


puk puk




dah sampai kat parking rumah. masih dalam kereta, x keluar lagi.

dudu : "seronoknyeeee hari ni dah beli syampoo baruu untuk kite, ermm berus gigi baru.. ape ye lagi.. oh stokin baruu.... seronoknyeeeeee"

kuku : *seperti menunggu ayat seterusnye

dudu : ('__') *what..

kuku : "ahhhh awak x sebut penutup mangkuk toilet baruuu.." *motip kecewa

dudu : "xnak arrr... tu awak punye.. dah la color merah, tak mix n match langsung dengan mangkuk toilet putih"

kuku : "nanti setiap kali lepas pakai, kite cabut penutup tu, pasang balik color putih yang lama, awak pakailah yang lama, jangan pakai yang baru"


hahhaha motip gigih nak cabut setiap kali guna toilet?

hee hee




dah keluar kereta. tengah keluarkan plastik2 barang dari kereta.

dudu : "ni biskut cheese ni nak bagi kat kak siti kan. tinggal je lah dalam kereta, x payah bawak naik"

kuku : "ok. eh tak bole tak bole, bawak naik atas gak. tinggal dalam kereta nanti orang curik"

dudu : "motip?? biskut je kotttt, mana ada orang curik"

kuku : *muke serius dan berkobar2. "jangan pandang rendah pada orang yang kelaparan!!!"


okayyyy
hee hee



kat dalam rumah..

aku ulang dialog yang sama sebab gembira sangatkann..

dudu : "yeyyyy yeeyyyy ada shampoo baruu, berus gigi baruuu, stokin baruuuu.. yeyyy yeyyyy"
kuku : .....
dudu : ..... *what..
kuku : "kite dah bagi awak peluang, awak x sebut-sebut jugak penutup mangkuk toilet yang baruuu"

motip nak paksa aku supaya suke jugak pada penutup baru tu
crying




sekadar gambar hiasan, kredit to gugel image ;p

hee hee



beautiful.
pemandangan di pagi semalam
heee sonoknye nampak pelangi dari tingkap bilik ;)




selingan 1 : semalam dalam kereta bual2 dengan kuku pasal nama bb. surprisingly bile sebut je calon2 nama, ada nama-nama tu bila disebut, terasa tumbukan angin dalam perut tolak2 ke kanan ke kiri laju2 macam eksaited. hahahaha tu tanda bb suke ke x suke kat nama tu. haha kelakaaa laa bb. keliru emak.





9 comments:

mzhany said...

dd, ada tak kaler hijau ;)

dd dudu said...

{mzhany}
hahaha xnampak ijau lak hany ;p

fami said...

bestnya dh bncg pilih2 nama..nk pilih jugak tp bila bincang2 asik2 hubby pilih nama yg xberkenan..benci

dd dudu said...

{fami}
hheehe camtu kene chaiyuk cari nama sampai dua2 pun suke ar ;p

fami mana ye ni ;p

Bright Eye said...

cantik lah cover toilet seat da tu.. ada bunga2.. love it..

nurul azida ahmad said...

hahaha. lawak la korang :)

Atikah Honey Bee said...

comel lah korang...lelaki kdg2 suka ckp benda2 pelik cm tu..but so cute..heheheh

aDieyZa said...

hihihi... kelakar la kuku tu.. warna purple or pink x de ke dd? hihihi..

dah plan nama baby yer? bestnyer..

dd dudu said...

{be}
hhahahaa comel nye be suke pulak, kui2


{zida}
heheee kuku tu haaa, memanggg ;p


{honey bee}
hahahahaha


{adieyza}
hehe

xde color pink lak. hik2 klu ada, nak dah ;p

hehe masih dalam perbincangan ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...