Tuesday, May 3, 2011

dah makan nasi dagang



ingat tak entry aku yang ini? hehe aku kate x pernah try makan nasi dagang kak mah yang aku selalu duk nampak masa ulang alik gi keje hari2 kan?

hik2 hari ni aku dah makan uolsss :D

baru je lepas ni, betul2 baru lepas makan :D ... nasi dan ikan masih tengah berenang2 dalam perut aku lagi ni untuk melalui proses seterusnye, hik2


kenapa tiba2 aku dapat makan? padahal hari tu aku cakap x tau nak singgah parking kat mana sebab selalu nampak ramai orang dan kereta banyak parking kat tepi2?
kenapa kali ni aku berjaya? kenaapaaaa???


sebab..

kuku outstesen lagi laa uolsss, kali ni ke sabah pula T_T
dia kuar rumah pukul 6:15 pagi ni untuk kejar flight, aku pun ikutla bontot dia kuar 6:15 gak, tapi untuk kejar nasi dagang... motip? ;p

jalan clear habes kat depan kedai ni sebab gelap lagi kan, hahaha jalan itu aku yang punya, itu yang senang jek brooommmmm terus letak kereta sebelah kakak yang jual tu... pelanggan pun masa tu ada aku sorang dan seorang pakcik yang dah berusia hihi..


tercapai hajat aku yang dari hari tu nak makan nasi dagang.. hari tu zana kata kat putrajaya presint 9 ada nasi dagang yang sedap, tapi selalu cepat habes.. hehe masa tu aku keluar sarapan pukul 8 lebih ngan kuku.. rasa macam xsempat je.. huhu


rasa dia??? bole laaa, bak kata umu, bolelaa kalau rasa nak lepas nak makan nasi dagang.. hehe aku layan jek, x berkira sangat bab2 rasa ni.. sebab aku rasa tadi sedap je, bole? ;p tapi yelah diakui lah, kalau balik kampung kat kuantan atau tengganu, nasi dagang sana lagi sedapppp..

puasnyee hatiiii sebab dah makannnnnnn nasi daganggggggg..



huhu kuku baru sampai Sandakan tadi. hari tu tengok tiket flight dia, terkejut gak, baru tau sabah tu jauh gile rupenye. ambil masa 3 jam. failed geografi aku ni. ingatkan sejam jek cam sarawak, bole? huhu

kuku kat sabah 3 hari. hari ni aku angkut beg besar lagi gi keje. beg besar yang x isi apa2 sebab baju aku pun banyak kat gombak gak.. tapi xde beg kecil pulak untuk bawak balik gombak. huhu perlu ke aku terang semua ini?

disebabkan hari ni aku balik gombak, dan esok aku malas nak ulang alik bangi di kala musim hujan-pagi dan hujan-petang ni dan mengakibatkan aku ngantuk masa drive, aku bercuti tau sok uols.... lepak2 di gombak sambil siapkan kerja hehe..


okiee tataaaa





7 comments:

aDieyZa said...

dd, nasi dagang yg kat p9 tu lagi sedap dr kak mah nasi dagang tu.. hihihi..

weeekend ni jom gie makan nasi dagang kat p9.. hihihi.. bila dd citer nasi dagang terus otak ni ingat nasi dagang jer.. hihihi..

dd dudu said...

{adieyza}
hehe wikend ni dd balik banting pulak, hehe sedap sgt ek????? xpe2 akan kucuba juga satu hari nanti hik2

aDieyZa said...

owh, balik banting yer.. xpe, nnti dd gie cuba k..

lain org lain citarasanya kan.. tp bagi zana yg kat P9 tu sedap.. kalau jamuan kat office ni, mesti beli nasi dagang kat situ.. pulut panggang dia pun sedap.. terliur zana sambil cerita ni.. hihi..

ummihasan said...

dd.. ko balik banting ek.
kat bandar Banting kan, ada satu tempat kedai jual baju baby tau. mak ummu klu beli baju kat ctu, mesti memenuhi citarasa ummu la. sbb kain dia sangatla cotton yang lembut, dan sejuk, sesuai dengan cuaca negara kita. tapi ummu xpernah p lagi. nnt klu ummu dpt nama kedai, ummu bgtau ek.

dd dudu said...

{adieyza}
sedapnyeeee, dgr perkataan pulut panggang tetibe kecur air liur, bole??


{ummihasan}
wahh nak tahu nak tahu ;)

Ezzan Yusop said...

i jeles u cuti esok. dah. tu je nak cakap.

dd dudu said...

{ezzan}
ezan! motip? hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...