Daisypath Anniversary tickers

dd's Pregnancy tickers

Friday, May 6, 2011

entry pasal ayah dan rojak2





1) hari selasa tu kan aku balik gombak dari tempat keje masa kuku outstesen kan.. hari tu ada pasar malam dan ayah beli banyakk giler makanan macam ada 7 orang dekat rumah, padahal yang balik ni anak dia sorang jek. ayah beli laksam, nasik lemak daun pisang 2 bungkus, nasi putih ayam kari, rojak buah, yong tau foo, nasi lemak kedai lain *motip banyak nasik lemak je ayah beli? ...

walaupun aku mempunyai perut yang besar, tapi bila makan ada laa tahap kemampuan aku jugak kan hik2, so aku cume makan laksam dan rojak buah jek..

bila menjelang lewat malam, ayah tengok kat meja, banyak lagi makanan yang x disentuh.

tiba2 ayah tinggi suara.

"kenapa manyak lagi makanan? kenapa tarak makan?????????" :O

eh eh ayah ni marah pulak ;p motip? ;p tapi kalau ayah marah, aku tarak takut, nampak comel jek. haha.

sebab lepas tu konfem2 laah ayah aku kene bebel dengan mak sebab beli makanan banyak sangat, membazir pot pet pot pet... kui2, ayah yang nak marah sekali ayah yang kena bebel, hak hak.

comel x situasi itu? ;p

aku buat dek jek, sebab aku ni jenis kalau aku x larat nak makan dah, memang aku x kan makan punye. tapi ma lah kesian, sebab ma x suke pembaziran, so susah2 macammanapun, ma akan habeskan semua makanan yang ada. itu yang ma akan bebel kat ayah tu, ma x larat jadi tong dah. hehe

tadi rina cite yang dalam bang bang boom tu, kan watak tu tengah nak mintak duit dari orang ramai pasal apentahh, ada kaitan dengan sakit2 lah.. pastu rina cite watak tu mintak duit kat ayah, tapi ayah xsempat buat apa2, ma dah tarik tangan ayah laju2 jalan ke depan dah.

jap aku nak gelak rolling on the floor sebab sangat boleh bayangkan. itu yang cousin rina cakap kat rina tu masa tengok tv "cube tengok pakcik dan makcik tu" .. hahahahahaaaaaa

situasi tu selalu berlakulah, sebab tu aku bole bayangkan. kalau kat pasa malam, semua orang yang duk tengah jalan mintak derma ayah akan hulur.. baik hati sangat.. tapi selalulah akan nampak aksi mak aku tarik ayah aku jalan laju2 toksah bagi toksah bagi.. ma kan kedekut siket, negatif siket takut orang menipu.. kui kui, ma ma~~ ayah ayah~~ comel cam kartun je aku rasa. hak hak

tapi x puas hati laa, selagi x tengok bang bang boom rasa x puas hati sangat.




2) hari tu ma cerita, entah kenapa ayah tiba2 feeling pada satu malam.. cakap dengan ma macam ini

"saya sudah tua.. naseb baik ada awak.. yang mahu jaga saya.. saya punya anak semua duduk luar negala... kalau awak tak ada, saya sikalang duduk dekat lumah olang tua.."


sedeynye, kenapa ayah tetibe cakap camtu :'( masa menaip ni pun mata bergenang bile kenangkan cara ayah cakap camtu dengan ma.



3) habes cerita pasal ayah. nanti nanges lak. erm nak tepek gamba bihun goreng singapura yang aku masak semalam.

semalam kuku balik dari sabah, tapi dia sampai malam ar. aku fikir nak masak apa ye, last2 aku masak bihun goreng singapore sementara nak tunggu kuku sampai. tak tahu pun resipi dia camne, tapi pernah makan kan, bile makan kan rasa black pepper dan bilis2 siket kan. so aku belasah je la semalam tumis bawang, lada hitam dengan bilis tumbuk. pastu buat sambal ikan bilis gune baki sambal kuku yang dah dimasak secara lama.

hehe rasa dia biasa2 aje, xde lah sedap macam aku pernah makan dekat satu meeting tu (sedap giler) ... tapi layan lah sebab makan dengan sambal ikan bilis sedap. hehe xpe, nanti improve lagi..

oh ye, yang kelakarnye, masa kuku sampai dia nampak bihun tu, dia tanye "beli kat mana ni?"

"heiii orang masaklaaa"
"gas ada ke?"


hak hak terkejut si kuku tu ok. sebab selama ni aku xpernah reti nak pasang kepala gas setiap kali kuku outstesen dan cabut kepala gas. kalau sebelum ni, sampai ke malam lah aku x masak selagi kuku x balik, sebab aku xreti pasang kepala gas. pernah cube pasang, tapi takut2 rasa takut gas tu akan meletup.. bile putar punat tu kan dia bunye "sheiiiii" , macam bunyi bocor jek .. huk2.. tapi semalam tekad jugak mahu masak.. jadi kene belajar jugak pasang kepala gas! siapa yang menjadi mangsa aku?? RINA la hahaha...

call rina semata2 nak tanya camne nak pasang kepala gas? yelah nak kol kuku, kuku dalam penerbangan dia tutup henset hee.

bes tanya rina ni sebab dia pandai eksplen macam aku xtau apa2 langsung. pernah je call mak aku sebelum2 ni, tapi x berjaya dan aku xpaham, last2 ma pun xpaham apa yang ma terang. haha

rina semalam terangkan memang bulat2 sampai aku paham lah. haha
bila berjaya, suke sangat


kecoh je kan aku ni??? kepala gas pun xreti pasang.. apparaa... malu dengan readers blog ni (=-_-=)


so endingnye, kitorang dapatlah makan bihun goreng singapura. share 1 pinggan, hik2.. jimat air basuh pinggan ;p



4) sekarang waktu lunch yang panjang di hari jumaat. macam biasa aku tidak kemana2. huhu wewe gi Nilai cari barang hantaran kawen, aku x ikutlah, ada keje yang nak siapkan by petang ni. lagi satu aku takut tertido kat kedai2 hantaran tu, bole?? kang satu keje lak si wewe tu kene mengheret omma mengantuk ni
hee hee lately ni aku xbole dipercayai sangat. semalam tengahari aku ikut wewe pergi butik kawen dia masa lunch. sepanjang wewe diskusi dengan kakak tu, aku tertido lena di atas sofa dengan ber'air-cond bagai. tido duduk la..mata xtahan giler..... dari kul 1:15 datang sampai lah kul 1:50 aku tido.. huduh betul perangai.. naseb baik xde orang.. haishhhhh






7 comments:

marinahunny said...

sayangi lah org tua kita .. ;)

dd dudu said...

{marinahunny}
yaaaa ;)

akak x p mana2 ke rehat ni? hehee

Zana Adieyza said...

zana suka dgr cerita ayh dd.. dr cerita dd mmg nampak yg ayah dd sgt pemurah & baik hati.. mesti semua org senang jer dgn ayh dd..

dd makin kuat tido eh?? xpelah, mungkin faktor pembawakan kot.. zana yg x pregnant ni kuat tido jugak apa kes?? hahahaha..

dd, zana pun xtau pasang kepala gas.. hahahaha.. malu dgn dd sbb dd dah pandai.. hihihih

aYenZ JamiL (^0^)/ said...

lama xkomen kt blog dD..
huu slalunya org2 tua kita ada moment feel2 mcm tu..tp utk ms nk luahkan tu, adalah menda yg terkenang di hati..hmmmb dia rdu kt dd kot..selama ni kan dd dok dgn dia..sunyi lah wat dia ckp gitu..

mi singapura..kyen xpenah wat..tp penah wat meehun putih..cuma xguna ikan bilis plbagai..n beza sket intipati dia.huhuhu..

dd dudu said...

{adieyza}
hehehee tp dd x ikut pangai ayah yg baik hati sgt. cam jahat jek dd ni. kekeke


ha ah makin kuat tido yg kronik. bole nampak dd tido di mana2 sahaja.
uhuk
haha yekeeee kuat tido gak ek zana? kui2


yeke... hebat ah dd dah reti pasang kepala gas. hebat2 clap clap clap ;p


{ayenz jamil}
hehe die rindu anak2 die yg kat obersi kot. dd ni slalu jek balik, xsempat nak rindu sgt hehe. anak2 chinese ayah laa yg susah siket nak nampak muke, mungkin ayah terkenang. hoho


yekee, kak yen gune apa? bawang dan lada hitam ada kan?

Ezzan Yusop said...

saya pun tak reti pasang kepala gas.




dah tu je. ;p

dd dudu said...

{ezzan yusop}
waahh dd tere skg. hak hak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...